07/04/2021
Pecahan kes mengikut negeri, 7 April 2021.
page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kesihatan kepada masyarakat diluar sana untuk keka
07/04/2021
Pecahan kes mengikut negeri, 7 April 2021.
05/04/2021
02/04/2021
10 HARI CABARAN SAYUR & BUAH
Hanya 5% Rakyat Malaysia ambil cukup Sayur & Buah setiap hari.
Adakah anda tergolong dalam 5% ini?
Jom sahut 10 hari cabaran sayur & buah bersempena dengan Bulan Pemakanan Malaysia 2021. Anda boleh kongsikan gambar, video dan lain2 hasil kreativiti berkaitan usaha anda dalam pengambilan sayur & buah ini menggunakan hashtag:
Jom cabar diri anda mampu atau tidak..Jangan lupa ajak bersama ahli keluarga & kawan-kawan anda juga
30/03/2021
Sekiranya ada ruam merah yang sangat gatal pada lokasi lokasi ini terutamanya pada waktu malam, ia mungkin jangkitan Scabies atau kudis buta.
Jangkitan ini mudah dirawat dengan berkesan tetapi yang paling PENTING adalah untuk membasuh semua pakaian dan cadar dengan air panas.
Tilam, permaidani dan objek yang tidak boleh dibasuh perlu dijemur di tengah panas. Bukan sekadar pesakit yang dijangkiti sahaja, seluruh keluaraga dan rakan sebilik perlu di rawat.
Jangan ambil mudah, jika berlaku di institusi seperti di asrama dan pusat jagaan, wabak akan terjadi dan menyukarkan proses penyembuhan.
29/03/2021
Pecahan kes baharu mengikut negeri, 29 Mac 2021.
27/03/2021
Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.
Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut
Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.
Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.
Sekiranya tekanan darah anda s**ar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
26/03/2021
Potassium adalah garam mineral yang diperoleh daripada makanan.
Potassium baik untuk kesihatan. Namun perlu diambil mengikut keperluan.
Bagi yang menghadapi masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor atau pegawai dietetik.
25/03/2021
kanse usus
Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?
Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah memakan daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. 😱
Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!
Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.
Jadi pada yang s**a memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.
24/03/2021
Jika anak-anak anda mengalami kes**aran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.
Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.
Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.
23/03/2021
22/03/2021
Stress sekali sekala adalah normal dan mungkin membawa kebaikan. Namun jika stress berpanjangan, anda akan mula alami gejala fizikal yang tidak spesifik.
Ini adalah petanda tubuh anda sedang menjerit meminta bantuan!! Stress berpanjangan adalah sangat toksik dan membuatkan fisiologi tubuh anda huru hara.
✔️ Kenal pasti punca anda stress
✔️ Belajar teknik relasasi dan pernafasan (deep breathing)
✔️ Ketahui coping mechanism apabila anda alami stress
✔️ Bercakap dan berbual dengan rakan dan individu yang anda percayai
20/03/2021