Sihat Kunci Kejayaan

Sihat Kunci Kejayaan

Share

Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

15/08/2021

Berita baik untuk pencinta kucing!

Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui,

✔️ Pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.

Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik. Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik.

Kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif!

Like Health Malaysia untuk informasi kesihatan

Rujukan

Qureshi, Adnan I et al. “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases. Results from the Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study.” Journal of vascular and interventional neurology vol. 2,1 (2009): 132-5.

Photos 30/07/2021
23/07/2021

Vaccine works ✅, ini satu usaha kita untuk mengakhiri pandemik. Sama sama kita doakan

19/07/2021

Apa yang perlu dilakukan lakukan jika anda merupakan kontak rapat COVID-19?

02/07/2021

Varian Delta Pantas Merebak

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan membimbangkan kes jangkitan varian Delta COVID-19 apabila sebanyak 18 kes dikesan dalam tempoh seminggu dengan empat daripadanya melibatkan kes kematian.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah itu antara 25 kes jangkitan varian membimbangkan (VOC) melalui survelan genomic dijalankan dari 23 Jun hingga semalam oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang melaksanakan jujukan genom penuh ke atas 28 sampel Covid-19.

Menurut beliau, jumlah kes varian Delta itu menunjukkan peningkatan membimbangkan berbanding kes VOC lain iaitu lima kes varian Beta, dua kes varian Alpha selain tiga kes varian berkepentingan (VOI) Kappa.

Kata Dr. Adham, pada masa ini data dari United Kingdom (UK) menunjukkan varian Delta mempunyai kadar kebolehjangkitan lebih tinggi berbanding Alpha iaitu 60 peratus dan boleh menjangkiti lebih ramai orang. Ini dibuktikan dalam tempoh seminggu sebelumnya iaitu dari 11 hingga 22 Jun, kes VOC hanya merekodkan sembilan kes varian Delta.

Beliau berkata, daripada kes kematian jangkitan varian Delta dalam tempoh terbaharu ini, tiga kematian adalah melibatkan kes kematian di rumah (BID) yang dikesan di Labuan manakala satu kes kematian membabitkan warga asing di Kuala Lumpur.

“Sebanyak satu kes jangkitan melibatkan petugas kesihatan di Negeri Sembilan dan masing-masing tiga kes dikesan daripada kluster komuniti di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dan Kluster Pedas, Negeri Sembilan.

“Selain itu masing-masing dua kes di Melaka, Kluster Ocean Blue, Sabah dan Kluster Dah Bukit Makmur, Kedah dan satu kes dari Kluster Rantau Kenanga, Pahang,” katanya di sini semalam. Dr. Adham memberitahu, bagi kes varian Beta, ia melibatkan masing-masing satu kes melibatkan petugas kesihatan di Terengganu serta petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kluster Delima Raya dan Kluster Jaya Gading, Pahang.

Beliau memberitahu, bagi kes jangkitan varian Alpha p**a melibatkan dua kes kontak di Sabah manakala tiga kes jangkitan varian Kappa membabitkan petugas kapal laut, Johor. “Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 jangkitan VOC setakat ini sebanyak 136 kes varian Beta, 40 kes varian Delta dan 10 kes varian Alpha, manakala jumlah VOI yang dikesan ialah dua kes varian Eta dan empat kes varian Kappa,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Adham berkata, data dari Public Health England yang diterbitkan pada 22 Mei lalu menunjukkan dua vaksin yang digunakan di UK iaitu P¬fizer dan AstraZeneca masih mampu memberi perlindungan terhadap jangkitan varian Delta walaupun terdapat sedikit pengurangan dalam keberkesanannya.

“Dua dos vaksin P¬fizer mampu memberi perlindungan sebanyak 88 peratus apabila dijangkiti dengan varian Delta berbanding dengan perlindungan sebanyak 93 peratus sekiranya dijangkiti dengan varian Alpha,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

15/06/2021
27/03/2021

"Akibat tidak tekan luka, udara masuk ke dalam salur darah dan naik ke atas otak."

Seorang remaja telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Beliau hanya cedera dekat satu tempat sahaja, iaitu di bahagian leher.

Mangsa masih lagi sedar sewaktu itu. Beliau boleh bangun, berjalan, dan duduk di tepi bahu jalan.

Pendarahan masih berlaku, tapi tekanan tidak diberikan di luka tersebut. Beliau pengsan selang beberapa minit selepas duduk.

Luka tersebut sebenarnya agak dalam. Yang telah memotong bahagian salur darah vena. Sewaktu duduk, udara dari luar masuk ke dalam salur darah vena dan naik ke atas otak (secara berlawan arus) disebabkan udara lebih ringan berbanding darah.

Gambar yang ditunjukkan ini adalah sebahagian gambar otak yang menunjukkan gelembung udara di dalam salur darah. Ianya dipanggil embolisme udara. Ianya menyebabkan strok dan seterusnya menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Jika anda berhadapan dengan situasi ini, pastikan anda menekan bahagian luka tersebut. InsyaAllah dengan kaedah ini si mangsa boleh diselamatkan.

Kredit
Ashraf Ibrahim.

25/03/2021

Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?

Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah memakan daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. 😱

Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!

Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.

Jadi pada yang s**a memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 24/03/2021
Photos from Public Health Malaysia's post 23/03/2021
23/03/2021

5 kes kematian warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia adalah; 1,238.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

22/03/2021

Nilai dan kadar pengurangan kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Kategori 1: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi atau memberi impak jangkitan COVID 19 kepada komuniti pada skala yang besar.

Kategori 2: Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi namun tidak memberi impak jangkitan COVID 19 kepada komuniti

Kategori 3: Kesalahan menyebabkan risiko penularan jangkitan COVID-19 yang rendah dan tiada kesan langsung kepada penularan dalam komuniti.

Tiada pengurangan kompaun diberikan jika individu terbabit melakukan kesalahan yang berulang.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450