06/06/2021
Ringkasan 87 kes kematian hari ini, 6 Jun 2021.
Daripada 87, 3 adalah bukan warganegara.
6 kes brought in dead (BID).
Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat
06/06/2021
Ringkasan 87 kes kematian hari ini, 6 Jun 2021.
Daripada 87, 3 adalah bukan warganegara.
6 kes brought in dead (BID).
27/03/2021
Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.
Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut
Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.
Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.
Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
24/03/2021
Jika anak-anak anda mengalami kesukaran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.
Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.
Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.
23/03/2021
22/03/2021
BE FAST!
Ketahui tanda-tanda amaran strok ini.
Tindakan pantas mungkin mampu menyelamatkan nyawa kita.
20/03/2021
Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.
Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Selagi ad rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut
19/03/2021
Sedih kami mendengar berita kisah seorang anggota kesihatan yang telah meninggal akibat serangan jantung sewaktu muda. Kami ucapkan takziah kepada keluarga.
Serangan jantung merupakan punca kematian UTAMA di Malaysia. Statistik menunjukkan terdapat 50 kematian akibat jantung SETIAP HARI. Rakyat Malaysia mendapat serangan jantung pada usia yang lebih MUDA berbanding negara jiran dan negara maju lain.
Jika anda merupakan golongan berisiko tinggi dan mendapat gejala berikut, JANGAN TUNGGU. Dapatkan rawatan segera.
MASA = JANTUNG. Semakin lama tempoh serangan jantung, semakin banyak sel dan tisu otot yang mati dan ia boleh berhenti berfungsi.
18/03/2021
Mengantuk sebab tidur lambat kerana AJL ke tu? Tidur kejap jika berpeluang. Anda akan lebih bertenaga dan fokus.
17/03/2021
16/03/2021
✅ Sukar untuk tidur
✅ Terjaga di tengah waktu malam dan sukar untuk kembali tidur.
Adakah anda mengalami salah satu atau kedua dua gejala di atas?
Gejala ini dinamakan sebagai INSOMNIA.
Apakah Punca Insomnia?
Insomnia yang berlaku secara akut atau jangka masa pendek berlaku akibat;
✅ Stress (seperti kematian, masalah rumah tangga dan penyakit)
✅ Gangguan fizikal dan emosional
✅ Faktor persekitaran - bunyi bising, cahaya yang terang, terlalu sejuk/ panas.
✅ Ubat ubatan
✅ Perubahan jaduan tidur seperti tukar shift, jet lag.
Sekiranya masalah ini berlaku lebih dari 2 minggu atau mula menganggu kehidupan dan rutin harian anda, dapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Anda mungkin memerlukan bantuan.
15/03/2021
Sebahagian besar pesakit buah pinggang dikesan ketika buah pinggang 90% telah rosak.
Gaya hidup anda hari ini akan menentukan kesihatan buah pinggang anda pada masa akan datang.
Jaga buah pinggang anda, amalkan gaya hidup sihat.
Jika rosak tiada ganti.
12/03/2021
Risiko sakit jantung dan strok dapat dikurangkan jika kita menghadkan pengambilan garam tidak melebihi 1 sudu teh sehari.
Elakkan juga bahan berperisa, makanan terproses, makanan ringan dan makanan diawet untuk gaya hidup yang lebih sihat!