Sihat Itu Segalanya

Sihat Itu Segalanya

Share

Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

27/03/2021

Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.

Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.

Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut

Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.

Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.

Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

24/03/2021

Jika anak-anak anda mengalami kesukaran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.

Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.

Photos from Public Health Malaysia's post 23/03/2021
22/03/2021

BE FAST!

Ketahui tanda-tanda amaran strok ini.

Tindakan pantas mungkin mampu menyelamatkan nyawa kita.

Mobile uploads 19/03/2021
17/03/2021

Sakit gigi kerana karies gigi tapi tak tahu bagaimana ia terjadi?

Rujuk infografik Program Kesihatan Pergigian KKM bagi melihat proses kejadian karies gigi.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 17/03/2021
16/03/2021

✅ Sukar untuk tidur

✅ Terjaga di tengah waktu malam dan sukar untuk kembali tidur.

Adakah anda mengalami salah satu atau kedua dua gejala di atas?

Gejala ini dinamakan sebagai INSOMNIA.

Apakah Punca Insomnia?

Insomnia yang berlaku secara akut atau jangka masa pendek berlaku akibat;

✅ Stress (seperti kematian, masalah rumah tangga dan penyakit)

✅ Gangguan fizikal dan emosional

✅ Faktor persekitaran - bunyi bising, cahaya yang terang, terlalu sejuk/ panas.

✅ Ubat ubatan

✅ Perubahan jaduan tidur seperti tukar shift, jet lag.

Sekiranya masalah ini berlaku lebih dari 2 minggu atau mula menganggu kehidupan dan rutin harian anda, dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Anda mungkin memerlukan bantuan.

15/03/2021

Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat tambahan 10,675 perjawatan baharu secara berfasa bagi tahun 2020 dan 2021.

Perjawatan baharu ini dibuat secara trade-off (tukar ganti) jawatan di KKM dan kementerian lain.

12/03/2021

Risiko sakit jantung dan strok dapat dikurangkan jika kita menghadkan pengambilan garam tidak melebihi 1 sudu teh sehari.

Elakkan juga bahan berperisa, makanan terproses, makanan ringan dan makanan diawet untuk gaya hidup yang lebih sihat!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450