Kembali Sihat Bersama

Kembali Sihat Bersama

Share

Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

10/09/2021
07/09/2021

Haa.. Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.

Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah 'pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.

Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan: “Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.

"Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kump**an fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif."

"Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal. Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.

03/09/2021

Ciri baharu yang memaparkan status vaksinasi dan risiko di laman utama MySejahtera telah dilancarkan. Orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat.
Ini adalah salah satu daripada usaha untuk kita hidup dengan COVID-19 dengan lebih mudah.

02/09/2021

・・・
TAHNIAH ZIYAD SABAR ZIYAD

Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang di tonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo. Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.

Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini, sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima. Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah di tarik kemenangan pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu.

Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang p**a boleh jadi kesilapan dari pihak lawan. Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ianya memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.

Ziyad, memang pahit untuk ditelan. Akan tetapi nasihat saya sebagai rakan atlet, cuba untuk terima qada’ dan qadar, jangan berputus asa dan ‘keep moving forward’. Sudah tentu saya pun berharap agar bantahan dari pihak Malaysia akan diterima dan Ziyad dapat pingat Emas yang memang kepunyaan Ziyad itu. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah besar disebaliknya. Kami rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara yang sebenar dan pingat emas itu telah di rampas secara terang-terangan.

TAHNIAH ZIYAD SABAR ZIYAD


2021

27/08/2021

Kes Baharu Mengikut Kategori

Jumlah pesakit bagi tiga kategori iaitu kategori 3, 4 dan 5 adalah 412 bersamaan 1.9% daripada jumlah keseluruhan kes positif baharu iaitu 22,070. Manakala 83.9% daripada jumlah tersebut juga belum divaksin.

25/08/2021
23/08/2021

Pastikan anda memakai 2 jenis pelitup muka iaitu 3 lapis dan fabrik berserta dengan face shield.

Kekalkan displin yang sama terutamanya ketika perlu menguruskan hal-hal mustahak di luar rumah.

Serta saluran media sosial baharu KKM
👉https://t.me/MOHMalaysia

18/08/2021

Menghabiskan masa yang lama untuk melihat skrin komputer, telefon, atau tablet dapat melemahkan mata. Mata akan menjadi kering, kemerahan dan menjadi penat.

Menggunakan peraturan 20-20-20 dapat membantu mencegah masalah ini.

Setiap 20 minit yang dihabiskan untuk melihat skrin, seseorang harus melihat sesuatu yang berjarak 20 kaki selama 20 saat.

Amalkan. Mata nak pakai lama

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 16/08/2021
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450