Sihat Dan Bahagia

Sihat Dan Bahagia

Share

Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

03/08/2021

Daripada jumlah 17,105 kes baharu hari ini (3 Ogos 2021):
- Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 97 kes, 0.6% (91.8% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 85 kes, 0.5% (78.8% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 3 (radang paru-paru): 135 kes, 0.8% (64.4% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 2 (gejala ringan): 8,520 kes, 49.8% (73.5% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 1 (tiada gejala): 8,268 kes, 48.3% (90.5% tiada sejarah vaksinasi)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 1.9% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (76.65% tiada sejarah vaksinasi) dan 98.1% kes pada kategori 1 dan 2 (81.9% tiada sejarah vaksinasi). Didapati 81.79% kes yang baharu didiagnosa COVID-19 tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda & keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.

03/08/2021

1 in 3 people who get won’t show any symptoms and can spread the virus to others without knowing it.

Stay safe by maintaining all the protective measures. It helps to protect you, your loved ones and your community.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 21/07/2021
06/07/2021

Subhanallah.. mengalir terus pahalanya.✨🤍

01/07/2021

Ringkasan kes kematian baharu , 1 Julai 2021.

84 kes kematian dilaporkan hari ini termasuk 9 kes Brought-In-Dead (BID).

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Photos from MedicalPro's post 01/07/2021
29/06/2021

Do you know the common symptoms of ?

🤒 Most common: fever, cough, tiredness, loss of taste or smell.
🙁 Less common: aches and pains, headache, sore throat, red eyes, diarrhoea, skin rash.
If you have any symptoms, 📞 contact your healthcare provider for advice.

➡️: https://bit.ly/3w7CMLD

27/03/2021

Terima kasih Sinar Harian kerana melaporkan mengenai isu penting ini.

Harap selepas kes c-19 semakin menurun, aktiviti Penguatkuasaan boleh dirancakkan.

Sementara itu, mohon beri kerjasama dan patuhi larangan merokok di premis makanan

25/03/2021

Pecahan kes baharu (1,268)

24/03/2021

Seramnya! Kenapa tiba-tiba Skim Pampasan muncul? Saya dengar terus takut nak daftar vaksin.

Kami faham kerisauan anda. Lebih-lebih lagi selepas kecoh berita kematian front liner yang disalaherti berpunca daripada vaksin. Berita tersebut telah menyebabkan kerisauan yang mendalam dan masih ramai tidak mengetahui atau belum masih boleh menerima sebab kematian (bukan disebabkan vaksin) yang diisytiharkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri terlibat. Tidak apa. Take your time ☺️.

Namun, Skim Pampasan Kecederaan Vaksin atau nama sebenarnya Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudharat Vaksin ini sebenarnya telah mula dicadangkan pada permulaan proses vaksin c19 ingin dibawa masuk oleh kerajaan. Dan pada waktu itu, secara dasarnya ianya telah dipersetujui oleh kabinet. Cuma ianya baru dilancarkan hari ini kerana ianya memerlukan masa untuk menyediakan dan meluluskannya.

Simple sahaja sebabnya. Bukan sebab apa-apa episod terbaharu.

Betapa percayanya Kerajaan kepada badan Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara, KKM, di dalam membuat keputusan meluluskan vaksin C19 yang dikatakan SELAMAT & BERKESAN.

Bukan sahaja diberikan percuma kepada semua rakyat Malaysia, malah dibela dan disokong dengan diberikan pampasan jika berlaku kecederaan* teruk atau kematian akibat vaksin (walaupun kerajaan yakin ianya tetap selamat).

Itulah kesungguhan kerajaan yang inginkan kita semua mendaftar untuk mendapatkan vaksin C19 ini.

Kami menyokong tindakan kerajaan memperkenalkan pampasan kecederaan vaksin ini. Kerana ianya menyediakan satu kaedah atau jalan, jika anda terkena kemudharatan vaksin pada tahap yang dinyatakan (walaupun ianya sukar berlaku kepada anda), anda dan keluarga boleh menuntut pampasan daripada pihak kerajaan.

Terdapat tiga Penilai dan pemantau kesan kemudharatan vaksin ini.

1) Jawatankuasa Farmakovigilans Khas - yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin

2) Jawatankuasa Teknikal Perubatan - yang akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin

3) Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 - Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Nah, begitulah.

Usah ragu-ragu lagi. Pada yang dah mendaftar teruskan menunggu. InsyaAllah minggu depan ada pengumumannya. Pada yang belum mendaftar, dan masih ingin menunggu dan lihat, tidak apa. Ambil masa anda secukupnya. Moga masa akan menunjukkan kebenarannya.

23/03/2021

Pecahan kes baharu (1,116)

20/03/2021

Jika anda mengalami salah satu masalah ini, anda perlu segera ke klinik pergigian kerana kes-kes ini dikategorikan sebagai kes kecemasan.

20 Mac Hari Kesihatan Oral Sedunia.

Lebih banyak info Program Kesihatan Pergigian KKM

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450