15/07/2021
Pecahan kes baharu .
Halaman ini bertujuan menyediakan petua menjaga kesihatan fizikal dan mental melalui pemakanan.
15/07/2021
Pecahan kes baharu .
09/07/2021
Pecahan kes baharu , 9 Julai 2021.
06/07/2021
Perhatian kepada pemilik kucing... berikut merupakan makana yang TIDAK boleh dimakan oleh kucing.
Jangan main main, segala jenis bawang termasuk bawang goreng, bawang mentah dan bawang yang telah dimasak boleh akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah.
Lebih bahaya adalah bawang putih. Ia adalah 5x ganda lebih bahaya berbanding bawang biasa
02/07/2021
"Ye Saya Maklum Muka Daddy." Makin Besar, Scha Akui Dua Anak Daranya Versi Awal - Pa&Ma Kejap je buah hati kedua Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari besar. Rasa baru je Scha melahirkan Lyla Amina.
02/07/2021
Ringkasan kes kematian baharu , 1 Julai 2021.
84 kes kematian dilaporkan hari ini termasuk 9 kes Brought-In-Dead (BID).
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
28/06/2021
Nama Lain Bagi GARAM‼️
Adakah anda tahu yang terdapat banyak nama dalam keluarga GARAM yang selalu digunakan dalam produk makanan & minuman?
Amalkan membaca label makanan dan perhatikan nama-nama lain garam ini ketika membeli di pasaraya untuk mengetahui kandungan garam yang terdapat dalam sesuatu produk tersebut🧐
Saranan pengambilan garam setiap hari ialah 5g SEHARI ataupun bersamaan dengan 1 PARAS SUDU TEH. 😎
Jom ketahui nama-nama lain bagi garam~ 🤔👀
14/06/2021
Pecahan kes baharu (4,949)
10/06/2021
07/06/2021
Dah duduk dalam rumah semasa lockdown pun masih batuk? Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?
Ya, itu adalah KULAT.
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.
Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini di cegah?
✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
02/06/2021
Kadang kadang kita lihat ada penjaga kecil promosikan kraf buatan sendiri... bukannya ada keperluan untuk memiliki , tetapi memikirkan dengan pembelian itu mungkin dapat membantu mereka untuk menampung kos makan untuk beberapa hari..
Jika anda berkemampuan, ini waktu untuk “kita bantu kita”, sumbangan sedikit anda mungkin besar makna nya pada individu yang memerlukan.
01/06/2021
PHM adalah laman antimerokok #1 di Malaysia.
Tetapi kami bukan nak ajak anda BENCI perokok, mereka ini adalah MANGSA kepada produk yang menyebabkan ketagihan.
Mangsa ini perlu dibantu, perlu sentiasa dinasihatkan untuk berhenti. Untuk yang benar2 ingin berhenti, ada rawatan untuk berhenti , ada ubat untuk hentikan ketagihan.
Syarikat rokok adalah tangan tangan ghaib yang menyebabkan masih ramai terjebak dengan ketagihan merokok. Mereka ini licik & penuh helah. Sebab itu ada perjanjian FCTC. Dalam perjanjian itu sudah bilang, jauhi syarikat rokok, jangan bekerjasama dengan mereka, jangan terima CSR mereka.
Sehingga kini, belum ada mana mana kerajaan (dari dahulu sehingga kini) yang berani untuk tendang keluar syarikat rokok dari Malaysia.
Sebab itu kita perlu berusaha untuk meningkatkan kawalan & peraturan. Kita perlu pastikan jualan rokok ini tidak semudah dahulu, kita sekat promosi dan iklan, jangan bagi muka pada mereka untuk taja mana mana program sukan, konsert, program belia dan lain lain.