26/07/2021
Jom Kembali Sihat
Halaman ini bertujuan menyediakan petua menjaga kesihatan fizikal dan mental
26/07/2021
02/07/2021
Pecahan kes baharu , 1 Julai 2021.
28/06/2021
Nama Lain Bagi GARAM‼️
Adakah anda tahu yang terdapat banyak nama dalam keluarga GARAM yang selalu digunakan dalam produk makanan & minuman?
Amalkan membaca label makanan dan perhatikan nama-nama lain garam ini ketika membeli di pasaraya untuk mengetahui kandungan garam yang terdapat dalam sesuatu produk tersebut🧐
Saranan pengambilan garam setiap hari ialah 5g SEHARI ataupun bersamaan dengan 1 PARAS SUDU TEH. 😎
Jom ketahui nama-nama lain bagi garam~ 🤔👀
17/06/2021
Status Terkini , 16 Jun 2021
Kes sembuh= 7,240
Jumlah kes sembuh= 600,935
Kes baharu positif= 5,150 (3 import)
Jumlah positif= 673,026
Kes kematian= 73
Jumlah kes kematian= 4,142
Kes dirawat di ICU= 924
Bantuan alat pernafasan= 453
10/06/2021
Pecahan kes baharu
07/06/2021
02/06/2021
Semasa tempoh "lockdown" ni.. ramai yang berkerja dari rumah..
Banyak "dugaan" bila perlu bekerja dari rumah ini termasuklah mulut asyik terasa ingin mengunyah makanan.
Kebanyakan snek/ kudapan mempunyai nilai kalori yang tinggi serta mengandungi gula & lemak trans yang tinggi. Selalunya kita akan cederung ambil berlebihan tanpa sedar. Rugilah kalau makanan yang masuk dalam badan kita tidak dapat berikan khasiat tapi hanya SEDAP di tekak semata-mata..
Pilihlah kudapan atau snek yang mempunyai nilai kalori yang rendah tapi penuh dengan zat nutrisi yang baik yang dapat bantu optimumkan tahap kesihatan kita semasa melawan pandemik Covid-19 ni..
Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak. Kawal kalori, kawal nafsu, cegah obesiti, cegah penyakit..
02/06/2021
Kadang kadang kita lihat ada penjaga kecil promosikan kraf buatan sendiri... bukannya ada keperluan untuk memiliki , tetapi memikirkan dengan pembelian itu mungkin dapat membantu mereka untuk menampung kos makan untuk beberapa hari..
Jika anda berkemampuan, ini waktu untuk “kita bantu kita”, sumbangan sedikit anda mungkin besar makna nya pada individu yang memerlukan.
27/05/2021
Jika kita melihat kepada PKP pertama dahulu, rakyat rata-rata bersemangat dan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi membendung penularan C-19 dan kita berjaya melandaikan keluk kes jangkitan.
Namun sejak September tahun lepas ditambah dengan kebenaran merentas negeri serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kes positif C-19 kian bertambah. Ini membuatkan rakyat mula letih dan berfikir bila pandemik ini akan berakhir.
Sekarang ini, ada mengikut SOP dan ada yang tidak. Mengapa? Ini adalah kerana 'kelesuan pandemik' yang menyebabkan masyarakat leka dan tidak berwaspada. Segala ceruk kampung ada jangkitan komuniti, siapa yang membawanya kalau bukan warga kota yang merentas negeri.
Sikap sesetengah pemimpin masyarakat, influencer berpengaruh yang bersikap acuh tidak acuh terhadap kelesuan yang dialami rakyat mengeruhkan lagi keadaan. Apa susah sangatkah untuk menunjukkan contoh yang baik? Takkan perkara basic seperti tatacara pemakaian facemask masih tidak lepas.
Lihat polis yang menjaga sempadan negeri pun sudah cukup kasihan. Berhujan berpanas dalam pondok kanvas menyaring satu demi satu, mendengar alasan demi alasan
Apakah yang tinggal untuk mengembalikan semangat masyarakat untuk kembali bersemangat melawan pandemik?
26/05/2021
Bayangkan.. hanya kerana 1 voice not dari Mak Teh, mungkin menyebabkan 100 ribu masyarakat enggan mengambil vaksin!
⚠️ Malaysia kini adalah antara negara yang mempunyai insidens kes tertinggi di dunia,
⚠️ Peratus pendaftaran vaksin perlahan, yang sudah mendaftar tidak munculkan diri.
Adakah kita masih mahu berdiam diri kepada ANCAMAN UTAMA kesihatan awam negara?
25/05/2021
Sedih 😭. Sebak bila melihat wajah anak-anak sewaktu video call yang viral di whatsapp. "Mak! Mak! Ya Allah. Ampunkan kami mak. Maafkan kami." Mereka menjerit kesedihan membayangkan mungkin itulah kali terakhir mereka meratap wajah mak dan ayah mereka.
Baru-baru ini juga terdapat kes si anak menyesal kerana balik beraya kerana menjadi punca kepada kematian orang tersayang. Gambar raya bersama ibu bapa tercinta tidak lagi ditatap sebagai hari yang menggembirakan. Ada yang mengalami tekanan dan depression dan sedang menjalani rawatan. Kesan C19 meninggalkan kesan yang berpanjangan.
Di dalam hati mereka menyesal seumur hidup kerana tidak dapat melakukan lebih untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi.
Semakin banyak video call yang telah direkod viral di whatsapp. Ada diambil ketika pesakit sedar dan ada atas ihsan anggota kesihatan di ICU.. Kita patut berterima kasih pada mereka. Keluarga pesakit kongsikan untuk supaya kita boleh mengambil iktibar kerana mungkin ada di antara kita yang masih ada lagi insan yang kita perlu lindungi.
24/05/2021
Infectious Disease Society (IDSA) telah menyenaraikan aktiviti mengunjungi kasino sebagai aktiviti BERISIKO TINGGI bersama aktiviti mengunjungi bar, konsert besar dan acara sukan di stadium
Oleh itu, aktiviti mengunjungi kasino menerusi Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik sewajarnya TIDAK DIBENARKAN dan berpotensi menyebabkan risiko penularan penyakit dikalangan pengunjung yang rata rata merupakan golongan berisiko tinggi.
Adalah penting untuk menjana aktiviti pelancongan domestik pada ketika ini, namun keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450