Hidup Sihat Dan Mudah

Hidup Sihat Dan Mudah

Share

Halaman ini bertujuan menyediakan petua menjaga kesihatan fizikal dan mental.

15/07/2021

✅ Tiga hari berturut-turut jumlah pemberian vaksin melepasi 400,000 dos sehari.

✅ Setakat 14 Julai, lebih 12.6 juta dos vaksin telah diberikan.

✅ 12.3 % populasi di Malaysia telah melengkapkan dua dos vaksin.


09/07/2021

Pecahan kes baharu , 9 Julai 2021.

06/07/2021

Seorang wanita berusia 30 an, masih muda, sihat dan tiada masalah kesihatan. Datang ke kecemasan dengan kesakitan di bahagian pinggang melarat ke bawah perut. Sakit yang digambarkan lebih perit dari sakit melahirkan anak.

Ujian darah mendapati buah pinggang sudah rosak 80%. Paras creatinine sudah mencecah 400++. Ujian biopsy dari tisu buah pinggang menemui kristal kristal oxalate yang telah menyumbat saluran halus dalam buah pinggang.

Dari mana datangnya kristal oxalate ini?

Persoalan terjawab apabila wanita malang ini mengaku mengamalkan supplement Vitamin C megadose. Setiap hari beliau mengambil lebih dari 2 ribu mg vitamin C. Alasan adalah untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Sebenarnya tubuh hanya memerlukan 80-100 mg vitamin C sahaja setiap hari. Jumlah ini boleh diperolehi dari buah oren atau buah jambu sahaja.

Semasa tempoh pandemik ini, ramai yang memberi nasihat untuk mengambil vitamin C megadose, hati hati.. kerosakan kekal boleh berlaku, buah pinggang yang telah rosak tidak dapat pulih kepada keadaan asal.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 02/07/2021
Photos 28/06/2021
14/06/2021

Pecahan kes baharu (4,949)

10/06/2021

Pecahan kes baharu

07/06/2021

Seorang wanita berusia 50an, seorang suri rumah, hanya mempunyai sejarah ke kedai berhampiran untuk membeli barang barang keperluan harian, ada sekali dia ke pasaraya sebelum Hari Raya.

Beberapa hari kemudian, dia mula batuk dan demam. Disangka hanya demam biasa, makan panadol sebijik dan cuba berehat dirumah.

Setelah 3 hari, wanita tersebut mula rasa sesak nafas, badan semakin lesu dan letih. Keluarga membawa ke Bahagian Kecemasan, dan dikejarkan ke zon respi untuk kes suspek covid. Ujian calitan RTK Antigen menunjukkan garis jelas- Positive .

Siasatan dilakukan pada semua ahli keluarga dan rakan terdekat, tiada satu pun yang positif.

Ini adalah contoh kes jangkitan SPORADIK dimana punca jangkita TIDAK DIKETAHUI.

Perkara ini membimbangkan kerana ia bukti jangkitan berada di mana mana. Data terkini menunjukkan kes sporadik di Malaysia adalah mencecah 80%, kematian kes sporadik juga semakin banyak dan membimbangkan.

Jika perkara ini TIDAK MEMBIMBANGKAN , apa lagi indikator pihak anda untuk mengatakan ekonomi lebih penting pada masa ini?

01/06/2021

Bahan beracun mudah dimasukkan kedalam kopi kerana rasa kopi yang pahit mengebabkan anda tidak dapat mengesan rasa aneh dari bahan beracun

31/05/2021

Kerajaan memutuskan untuk TIDAK membenarkan aktiviti rentas daerah dan rentas negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ) sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama selama dua minggu, bermula Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasangan PJJ terpaksa 'berkorban' buat sementara sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh dilaksanakan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

27/05/2021

Jika kita melihat kepada PKP pertama dahulu, rakyat rata-rata bersemangat dan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi membendung penularan C-19 dan kita berjaya melandaikan keluk kes jangkitan.

Namun sejak September tahun lepas ditambah dengan kebenaran merentas negeri serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kes positif C-19 kian bertambah. Ini membuatkan rakyat mula letih dan berfikir bila pandemik ini akan berakhir.

Sekarang ini, ada mengikut SOP dan ada yang tidak. Mengapa? Ini adalah kerana 'kelesuan pandemik' yang menyebabkan masyarakat leka dan tidak berwaspada. Segala ceruk kampung ada jangkitan komuniti, siapa yang membawanya kalau bukan warga kota yang merentas negeri.

Sikap sesetengah pemimpin masyarakat, influencer berpengaruh yang bersikap acuh tidak acuh terhadap kelesuan yang dialami rakyat mengeruhkan lagi keadaan. Apa susah sangatkah untuk menunjukkan contoh yang baik? Takkan perkara basic seperti tatacara pemakaian facemask masih tidak lepas.


Lihat polis yang menjaga sempadan negeri pun sudah cukup kasihan. Berhujan berpanas dalam pondok kanvas menyaring satu demi satu, mendengar alasan demi alasan

Apakah yang tinggal untuk mengembalikan semangat masyarakat untuk kembali bersemangat melawan pandemik?

26/05/2021

Bayangkan.. hanya kerana 1 voice not dari Mak Teh, mungkin menyebabkan 100 ribu masyarakat enggan mengambil vaksin!

⚠️ Malaysia kini adalah antara negara yang mempunyai insidens kes tertinggi di dunia,

⚠️ Peratus pendaftaran vaksin perlahan, yang sudah mendaftar tidak munculkan diri.

Adakah kita masih mahu berdiam diri kepada ANCAMAN UTAMA kesihatan awam negara?

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450