Kesihatan Dan Gaya Hidup
Halaman ini bertujuan menyediakan petua menjaga kesihatan fizikal dan mental.
21/07/2021
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ฎ๐ต๐ ๐๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ ๐๐ท๐ถ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐๐ข๐ฉ๐๐-๐ญ๐ต
- membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 sekaligus membantu mengurangkan bebanan petugas kesihatan.
- Penggunaan kit ujian ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) tetapi boleh digunakan oleh orang awam untuk menjalankan saringan kendiri bagi mendapat keputusan mengenai status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.
- Menggunakan kit ujian ini dengan cara yang betul mengikut arahan penggunaannya (instruction for use) dan melupuskannya dengan tatacara yang selamat serta mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya termasuk melaporkan keputusan ujian yang diperolehi.
Sumber: CPRC Kebangsaan - Kementerian Kesihatan Malaysia
14/07/2021
Daripada 1 hingga 13 Julai 2021, sebanyak 76 kes varian baharu telah dikenalpasti:
1. 48 kes varian Beta (B.1.351)
2. 27 kes varian Delta (B.1.617.2)
3. 1 kes varian Theta (P.3)
1 kes varian Beta melibatkan kes import manakala lain-lain varian adalah kes tempatan.
Tiga varian VOC telah dilaporkan menular di Malaysia iaitu:
1. Varian Alpha โ Mula dikesan di UK pada September 2020
2. Varian Beta โ Mula dikesan di Afrika Selatan pada Mei 2020
3. Varian Delta โ Mula dikesan di India pada Oktober 2020
Tiga varian VOI juga turut menular di Malaysia iaitu:
1. Varian Kappa โ Mula dikesan di India pada Oktober 2020
2. Varian Theta โ Mula dikesan di Filipina pada Januari 2021
3. Varian Eta โ Mula dikesan di Nigeria pada Disember 2020
Secara kumulatif, sebanyak 293 kes VOC dan VOI dilaporkan setakat 13 Julai 2021.
Peningkatan jumlah kes varian Beta dan Delta ini adalah selari dengan peningkatan jumlah kes harian kerana varian ini lebih mudah menjangkiti dan menyebabkan gejala yang lebih teruk serta kemasukan ke hospital yang lebih tinggi.
08/07/2021
๐ญ | Follow untuk quote-quote kehidupan
08/07/2021
Lebih 14 juta dos vaksin COVID-19 akan diterima bulan ini.
Daftar โก๏ธ https://t.co/BuaBwXu8H6
05/07/2021
Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.
Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera.
JKJAV
16/06/2021
Kenalilah โSindrom Post Covidโ iaitu bergejala selepas dijangkiti Covid-19 terutamanya 2/3 mereka yang terkesan ditahap 4 dan 5 semasa jangkitan. Antara gejalanya adalah kelesuan, sesak nafas, sukar tidur, batuk dan rasa berdebar.
08/06/2021
03/06/2021
Petang-petang ni memang sedap kalau ada kudapan minum petang... tambah-tambah lagi masa tempoh "lockdown" ni macam-macam idea masakan datang dalam kepala๐คฉ
Kalau boleh masaklah cukup-cukup untuk porsi bilangan ahli keluarga jangan berlebihan..Terutamanya kalau makanan yang bergoreng tu setiap ketul anggaran mengandungi anggaran 1 kecil sudu teh minyak = ~50 kcal
Kami kongsikan tip makan MAKANAN BERGORENG:
โ
Guna air-fryer jika ada
โ
Masak dengan minyak yang panas
โ
Gunakan penapis minyak semasa mengangkat makanan yang baru digoreng
โ
Serap/ perah minyak berlebihan yang terdapat pada makanan sebelum makan menggunakan kertas minyak/ tisu bersesuaian
โ
Kawal kuantiti
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka
01/06/2021
Agak-agaknya dah berapa gelas air kosong anda minum setakat petang ni?
Rasa cukup tak pengambilan AIR KOSONG anda setiap hari?
Jangan pandang remeh tentang kepentingan air kepada tubuh badan kita..
Minum air kosong secukupnya dapat membantu mengoptimumkan fungsi sistem dalam badan kita seperti sistem perkumuhan, penghadaman, pertahanan badan, peredaran darah dan lain-lain..
31/05/2021
Sebulan puasa seronok sangat sebab berat badan turun. Ada yang turun 3kg, 5kg, 10 kg pun ada. Tapi, baru 2 minggu Syawal berat badan naik semula.
Jadi, belum terlambat lagi. Jom amalkan #5 tips kat bawah ni dan istiqamah ye.
27/05/2021
Jika kita melihat kepada PKP pertama dahulu, rakyat rata-rata bersemangat dan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi membendung penularan C-19 dan kita berjaya melandaikan keluk kes jangkitan.
Namun sejak September tahun lepas ditambah dengan kebenaran merentas negeri serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kes positif C-19 kian bertambah. Ini membuatkan rakyat mula letih dan berfikir bila pandemik ini akan berakhir.
Sekarang ini, ada mengikut SOP dan ada yang tidak. Mengapa? Ini adalah kerana 'kelesuan pandemik' yang menyebabkan masyarakat leka dan tidak berwaspada. Segala ceruk kampung ada jangkitan komuniti, siapa yang membawanya kalau bukan warga kota yang merentas negeri.
Sikap sesetengah pemimpin masyarakat, influencer berpengaruh yang bersikap acuh tidak acuh terhadap kelesuan yang dialami rakyat mengeruhkan lagi keadaan. Apa susah sangatkah untuk menunjukkan contoh yang baik? Takkan perkara basic seperti tatacara pemakaian facemask masih tidak lepas.
Lihat polis yang menjaga sempadan negeri pun sudah cukup kasihan. Berhujan berpanas dalam pondok kanvas menyaring satu demi satu, mendengar alasan demi alasan
Apakah yang tinggal untuk mengembalikan semangat masyarakat untuk kembali bersemangat melawan pandemik?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450