28/10/2021
Anda baru bersalin? Anak kuning? Baca ini. Hampir 60% bayi yang baru dilahirkan akan alami masalah jaundis (kuning). Punca utama adalah akibat faktor fisiologi. Ada juga yang berpunca dari jenis darah ibu (O), G6PD dan lain lain.
Walaupun kebanyakan masalah akan reda selepas 2 minggu, paras bilirubin ( punca kuning) perlu dipantau untuk elak komplikasi.
Dalam tempoh inilah ibu ibu akan menerima banyak nasihat dari orang sekeliling. Tidak perlu kalut untuk mencari susu kambing kerana “rawatan” utama masalah ini adalah untuk memastikan bayi di susu dengan KERAP.
Lepas banyak najis dan kencing keluar, kuning pun kurang. Simple kan?
28/05/2021
Semasa kempen pilihanraya, jentera kempen besaran ditubuhkan. Peraih peraih undi datang dari segenap tempat masuk ke kampung kampung pedalaman dan pemimpin pemimpin tempatan menjadi tonggak kepada gerakan kempen.
Kempen untuk vaksinasi haruslah sehebat kempen pilihanraya. Bayangkan, jutaan rakyat masih lagi belum mendaftar untuk vaksin. Mereka ini bukannya anti vaksin atau enggan vaksin, tetapi majoritinya golongan terpinggir dan pedalaman yang tidak mendapat akses untuk pendaftaran.
Hal ini perlu menjadi agenda UTAMA negara kerana ,
- Insidens kes positif berbanding jumlah pop**asi antara yang tertinggi di dunia
- Bilangan kematian harian meningkat, katil ICU sudah penuh
- PKP penuh tidak mampu dilakukan untuk kepentingan ekonomi masyarakat
Jangan hanya tunggu dan mengharap KKM sahaja, mereka telah terlalu sibuk dengan aktiviti merawat dan kawalan penyakit.
Kepada pemimpin tempatan, belia belia kampung harapan bangsa, inilah peluang untuk anda menyinar. Ini ruang untuk anda membantu bersama dalam memerangi pandemik.
Cepat2 kita capai imuniti kelompok dan meletakkan titik noktah kepada kelesuan pandemik ini.
27/05/2021
Insiden pertembungan tren LRT baru baru ini bukan sesuatu yang “normal” atau sekadar insiden 2 tren kiss each other
Ia merupakan insiden yang melibatkan kecederaan PARAH yang pertama berlaku sejak 23 tahun lalu.
Sehingga kini, dari 212 penumpang,
67 penumpang di rawat di HKL
61 telah discharge
6 masih dalam rawatan
3 masih KRITIKAL
Perjalanan menggunakan tren seperti LRT sepatutnya menjadi pengangkutan paling SELAMAT berbanding kenderaan lain.
Semua penumpang yang terlibat pasti masih dalam keadaan trauma. Harap ada Psychological First Aid (PFA) dilakukan untuk semua penumpang dan keluarga
26/05/2021
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai agar bersedia untuk menghadapi gelombang terburuk, berikutan trend terkini peningkatan graf jangkitan di negara ini.
Sama sama kita doakan, bebaskanlah negara dari bencana ini 😭
25/05/2021
'KOPI BERACUN'
Bahan beracun mudah dimasukkan kedalam kopi kerana rasa kopi yang pahit mengebabkan anda tidak dapat mengesan rasa aneh dari bahan beracun
24/05/2021
Anak saya ini kurang tumpuan bila saya panggil. Tak menyahut. Lepas tu, bila ditanya makan, sampai ke sudah tidak makan. Kalau tidak dipaksa, kurus kering agaknya dia.
Jika handphonenya hilang, gelisahnya lain macam. Berlari, tak tentu arah. Almari pun dipanjat. Mendesak p**a handphone kita untuk digunakan.
Jika anak tuan puan mempunyai gejala seperti itu, sudah tiba masanya untuk mengawal ketagihan gadget. Sedar atau tidak, kebanyakan ketagihan gadget juga berpunca daripada kita sendiri. Pendedahan awal kepada gadget punca fenomena ini berlaku. Malah ibu bapa sebagai "role model" juga tidak lekang dengan gadget menyebabkan mereka meniru aktiviti kita.
Oleh itu, perbanyakkan masa melakukan aktiviti bersama anak terutamanya hujung minggu ini. Jom cuba berubah untuk mereka.
Jika anda mempunyai masalah dalam mengawal ketagihan gadget mereka, anda juga boleh cuba dapatkan rawatan dengan doktor anda. Semoga berjaya!
21/05/2021
Kebimbangan utama dalam situasi menghadapi pandemik adalah apabila sistem kesihatan tidak lagi mampu menanggung bebanan kes yang terlalu banyak.
Bebanan ini bukan sekadar diukur dari angka katil ICU yang ada, tetapi anggota yang diperlukan untuk menjaga pesakit serta bebanan yang berlaku di sektor kesihatan awam yang bagaikan menggila mengesan kontak rapat dan melakukan aktiviti kawalan penyakit.
20/05/2021
Warna gelang tidak mewakili status kes, ia bergantung kepada stock sedia ada disesebuah kawasan.
Yang penting, sesiapa yang dipakaikan gelang tidak boleh berada ditempat awam dan perlu menjalani kuarantin di rumah
18/05/2021
Kerepek pisang, kerepek bawang, kerepek ubi..nyumm2😋
Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia sewaktu musim perayaan Aidilfitri adalah KEREPEK yang mempunyai pelbagai jenis, rasa dan bentuk. Tidak salah untuk merasa sedikit, dinasihatkan agar anda semua berhati-hati dengan kuantiti yang dimakan kerana ambil sepiring kecil pun dah tinggi kalori nya!
Selain itu, anda boleh gantikannya dengan kekacang. Walaupun jika dilihat kacang badam mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan kerepek ubi pedas, namun nilai nutrisi yang terkandung di dalamnya adalah tidak sama.
⚠️Kebanyakan kerepek hanya mengandungi tepung, minyak, gula atau garam yang tinggi, manakala kekacang mempunyai vitamin dan mineral yang boleh membantu fungsi tubuh dengan lebih baik.
Jadi tunggu apa lagi, pilihan di tangan anda!🤓
07/05/2021
Just like with other vaccines, experiencing mild side effects after receiving a vaccine is normal and is a signal that your body is building protection against .
👉🏽 https://bit.ly/3dUD0A4
06/05/2021
Status Terkini , 5 Mei 2021
Kes sembuh= 2,304
Jumlah kes sembuh= 389,846
Kes baharu positif= 3,744 (3,737 tempatan, 7 import)
Jumlah positif= 424,376
Kes kematian= 17
Jumlah kes kematian= 1,591
Kes dirawat di ICU= 328
Bantuan Alat Pernafasan= 185