Petua Sihat

Petua Sihat

Share

page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 27/02/2021
25/02/2021

Warna SAYUR & BUAH yang berbeza mempunyai vitamin dan mineral yang berbeza untuk fungsi yang juga berbeza!

Warna ungu sering dikaitkan dengan misteri kerana jarang ditemui di alam semula jadi.

Apa khasiat sayur dan buah berwarna ungu?

Sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

24/02/2021

Esok adalah hari yang amat penting untuk negara kita, hari Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

YAB Perdana Menteri akan menjadi penerima pertama program imunisasi ini di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya pada petang esok.

Selepas setahun lebih semua petugas barisan hadapan berperang melawan COVID-19, esok adalah hari yang akan membawa sinar baru buat semua.

Petugas barisan hadapan KKM akan memulakan tugas vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin, PPV seluruh negara.

AlisahKhairun bt Rahmat, dari Kampung Sungai Udang Melaka, dan Dr Wan Mohd Shariffuddin bin Zainudin, dari Tasik Raban, Perak adalah antara dua orang petugas barisan hadapan KKM yang bertugas sebagai vaksinator di seluruh negara.

AlisahKhairun yang sudah 26 tahun bertugas di KKM berasa terharu kerana dapat bertugas dan terlibat sama dalam perlaksanaan pemberian imunisasi COVID-19 kebangsaan yang akan bermula esok.

Manakala Dr Wan Mohd p**a yang sudah 10 tahun bertugas sebagai pegawai perubatan di KKM berasa bangga menjadi salah seorang petugas barisan hadapan bagi program imunisasi ini.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua petugas KKM yang akan mula bertugas esok. Insyallah, dalam melawan musuh yang tidak nampak ini.

Berkhidmatlah dengan penuh kasih sayang kepada seluruh rakyat Malaysia.

- Admin -

23/02/2021

cara pemberian vaksin covid-19 di malaysia

Bagaimana pemberian vaksin akan dilaksanakan di Malaysia?

Infografik ini menerangkan secara terperinci.

22/02/2021

Pasport Vaksin Covid-19 dibangunkan

PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan dokumen secara fizikal iaitu pasport vaksin atau dipamerkan melalui aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu sedang diperhalusi kerajaan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) termasuk menilai kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama negara-negara lain bagi pembangunan pasport vaksin Covid-19.

“Kalau ikut perancangan, kita perlu lihat bagaimana negara-negara lain boleh bekerjasama untuk membangunkan pasport vaksin tersebut terutama sekali apabila kita ke luar negara.

“Ketika ini, jika ke Arab Saudi pun perlu ada Yellow Book (maklumat suntikan vaksin), oleh itu kita akan cuba berunding dengan negara-negara lain bagaimana kita boleh selaraskan mengenai pasport vaksin ini di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena acara ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara maya.
Sidang akhbar terbabit turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, beliau turut mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya di Singapura sebelum ini untuk membuat perakuan bersama atau peringkat serantau supaya satu sijil vaksinasi universal boleh dilaksanakan.

Menurut beliau, pada masa ini proses vaksinasi sedang berjalan, dan tindakan susulan akan dilakukan yang mana menetapkan beberapa syarat itu kepada mereka yang menggunakan lapangan terbang negara di samping pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) .

“Begitu juga bila sampai negara lain mereka (pengembara) mungkin tidak tertakluk dengan kuarantin lagi.
“Jadi ini antara perkara yang akan dilihat sekali gus menghidupkan semula sektor penerbangan di Malaysia selain kawasan serantau juga,” katanya. -UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/02/pasport-vaksin-covid-19-dibangunkan/

19/02/2021

Mesej Integriti Siri 2/2021

Kepada warga KKM, patuhi arahan bekerja dari rumah (BDR) kerana anda boleh dikenakan tindakan tatatertib jika gagal.

Pesanan daripada Unit Integriti KKM


18/02/2021

13 kluster ditamatkan hari ini iaitu jumlah tertinggi dalam sehari setakat ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah; 529.

Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah di Selangor dan KL adalah kluster dengan kes tertinggi antara semua kluster yang ditamatkan.


Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 16/02/2021

salam takziah

11/02/2021

Orang dewasa hanya perlukan 70 mg Vitamin C sehari. 3 sajian sayuran dan 2 sajian buahan sudah dapat memenuhi keperluan Vit C harian anda.

Makanan semulajadi tinggi Vit C antaranya:
1. Jambu batu
2. Betik
3. Kailan
4. Sawi
5. Brokoli
6. Longan
7. Pucuk gajus
8. Ulam raja

Tidak perlu berlebihan kerana boleh memudaratkan kesihatan selain pembaziran.

Dapatkan nasihat profesional daripada ahli farmasi sebelum mengambil suplemen Vit C.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450