Jom Jaga Kesihatan

Jom Jaga Kesihatan

Share

page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

23/03/2021

Seramnya! Kenapa tiba-tiba Skim Pampasan muncul? Saya dengar terus takut nak daftar vaksin.

Kami faham kerisauan anda. Lebih-lebih lagi selepas kecoh berita kematian front liner yang disalaherti berpunca daripada vaksin. Berita tersebut telah menyebabkan kerisauan yang mendalam dan masih ramai tidak mengetahui atau belum masih boleh menerima sebab kematian (bukan disebabkan vaksin) yang diisytiharkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri terlibat. Tidak apa. Take your time ☺️.

Namun, Skim Pampasan Kecederaan Vaksin atau nama sebenarnya Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudharat Vaksin ini sebenarnya telah mula dicadangkan pada permulaan proses vaksin c19 ingin dibawa masuk oleh kerajaan. Dan pada waktu itu, secara dasarnya ianya telah dipersetujui oleh kabinet. Cuma ianya baru dilancarkan hari ini kerana ianya memerlukan masa untuk menyediakan dan meluluskannya.

Simple sahaja sebabnya. Bukan sebab apa-apa episod terbaharu.

Betapa percayanya Kerajaan kepada badan Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara, KKM, di dalam membuat keputusan meluluskan vaksin C19 yang dikatakan SELAMAT & BERKESAN.

Bukan sahaja diberikan percuma kepada semua rakyat Malaysia, malah dibela dan disokong dengan diberikan pampasan jika berlaku kecederaan* teruk atau kematian akibat vaksin (walaupun kerajaan yakin ianya tetap selamat).

Itulah kesungguhan kerajaan yang inginkan kita semua mendaftar untuk mendapatkan vaksin C19 ini.

Kami menyokong tindakan kerajaan memperkenalkan pampasan kecederaan vaksin ini. Kerana ianya menyediakan satu kaedah atau jalan, jika anda terkena kemudharatan vaksin pada tahap yang dinyatakan (walaupun ianya sukar berlaku kepada anda), anda dan keluarga boleh menuntut pampasan daripada pihak kerajaan.

Terdapat tiga Penilai dan pemantau kesan kemudharatan vaksin ini.

1) Jawatankuasa Farmakovigilans Khas - yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin

2) Jawatankuasa Teknikal Perubatan - yang akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin

3) Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 - Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Nah, begitulah.

Usah ragu-ragu lagi. Pada yang dah mendaftar teruskan menunggu. InsyaAllah minggu depan ada pengumumannya. Pada yang belum mendaftar, dan masih ingin menunggu dan lihat, tidak apa. Ambil masa anda secukupnya. Moga masa akan menunjukkan kebenarannya.

22/03/2021

Stress sekali sekala adalah normal dan mungkin membawa kebaikan. Namun jika stress berpanjangan, anda akan mula alami gejala fizikal yang tidak spesifik.

Ini adalah petanda tubuh anda sedang menjerit meminta bantuan!! Stress berpanjangan adalah sangat toksik dan membuatkan fisiologi tubuh anda huru hara.

✔️ Kenal pasti punca anda stress
✔️ Belajar teknik relasasi dan pernafasan (deep breathing)
✔️ Ketahui coping mechanism apabila anda alami stress
✔️ Bercakap dan berbual dengan rakan dan individu yang anda percayai

20/03/2021

Anda boleh menerima vaksin walaupun anda dalam keadaan...

Untuk lebih banyak info vaksincovid.gov.my

19/03/2021

Sedih kami mendengar berita kisah seorang anggota kesihatan yang telah meninggal akibat serangan jantung sewaktu muda. Kami ucapkan takziah kepada keluarga.

Serangan jantung merupakan punca kematian UTAMA di Malaysia. Statistik menunjukkan terdapat 50 kematian akibat jantung SETIAP HARI. Rakyat Malaysia mendapat serangan jantung pada usia yang lebih MUDA berbanding negara jiran dan negara maju lain.

Jika anda merupakan golongan berisiko tinggi dan mendapat gejala berikut, JANGAN TUNGGU. Dapatkan rawatan segera.

MASA = JANTUNG. Semakin lama tempoh serangan jantung, semakin banyak sel dan tisu otot yang mati dan ia boleh berhenti berfungsi.

15/03/2021

Mengantuk sebab tidur lambat kerana AJL ke tu? Tidur kejap jika berpeluang. Anda akan lebih bertenaga dan fokus.

11/03/2021

Apabila anda sudah bersara, ia bukan bermakna anda perlu berehat dan tidak berbuat apa sepanjang hari.

Tempoh persaraan adalah waktu untuk anda mengisi masa dengan melakukan aktiviti yang anda tidak dapat lakukan sebelum ini kerana kesibukan bekerja.

Otak anda perlu terus dirangsang dengan aktiviti membaca, menulis , berfikir dan menghafal. Bagi umat islam, amalan membaca alquraan dan berzikir sangat membantu untuk mengelakkan anda dari menjadi pelupa dan alami masalah nyanyuk

Paling penting, amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit yang boleh menjejaskan otak seperti strok. Ini adalah masa untuk amalkan pemakanan sihat dan lupakan makanan segera dan makanan proses.

Semoga dengan tips ini dapat membantu anda untuk kekal sihat di usia emas

Photos 09/03/2021

Berikut merupakan tips penjagaan kesejahteraan kesihatan mental semasa wabak pandemik COVID-19.

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia



08/03/2021

Bahaya ubat nyamuk tidak berdaftar

Marahkan Nyamuk, Kesihatan Tergadai..

Baru baru ini telah tular sejenis ubat nyamuk yang dikatakan cukup berkesan membunuh nyamuk dengan pantas. Pencarian jenama produk tersebut didapati ia TIDAK BERDAFTAR dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP)

Jangan berani untuk gunakan produk tidak berdaftar secara sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan beracun yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan khususnya kanak kanak.

Ubat nyamuk Zenden Micro-Smoke yang diimport dari China contohnya dikesan mengandungi bahan Class 1A carcinogen yang boleh menyebabkan kanser.

Begitu juga dengan Tian Hong Mosquitos Coil, Lengen Mocro-Smoke 12 Hours, Jianbao Mosquito Coil yang masih dijual secara berleluasa di Shopee.

Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

05/03/2021

Gigi geraham bongsu terimpak, adakah perlu dibuang atau tidak?

Jika perlu, apakah indikasinya?
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450