26/07/2021
Jika BENAR kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tembakau kelmarin mengenai keuntungan cukai yang bakal diperolehi dari hasil cukai cecair nikotin, ia akan mencatatkan satu sejarah hitam yang memalukan buat Malaysia.
Negara jiran sudah awal awal lagi mengharamkan bahan ketagihan yang merosakkan umat ini.
Sehubungan dengan itu, 5 NGO kesihatan telah menggesa supaya kerajaan menyatakan secara jelas pendirian mengenai isu menghalalkan v**e bagi membolehkan cukai eksais dikenakan ke atas produk tersebut.
https://www.sinarharian.com.my/article/151672/BERITA/Nasional/Kerajaan-perlu-maklum-pendirian-mengenai-cukai-eksais-v**e
15/07/2021
Tiga Variant of Concern (VOC) ialah Alpha, Beta dan varian paling dominan dan paling bahaya ketika ini, Delta.
Setakat 13 Julai, sebanyak 293 VOC telah dikesan di Malaysia.
Jumlah ini termasuk 67 kes jangkitan varian Delta dikesan hasil penjujukan genom.
09/07/2021
Adakah anda merasakan masa berlalu dengan sangat pantas? Tanpa kita sedari sudah masuk bulan 7. Esok sudah hari Jumaat dan masa berlalu dengan begitu pantas.
Anda tidak keseorangan. Perkara ini berlaku dikebanyakan individu semasa tempoh pandemik ini.
Hal ini berlalu berikutan persepsi minda yang tidak menyimpan banyak perkara yang significant dan tidak mencatatkan memori yang yang baru.
Tiada lagi memori percutian indah, tiada lagi memori meraikan majlis ulangtahun dengan rakan rakan. Segalanya hanya aktiviti rutin yang sama. Hatta hari hujung minggu atau cuti umum juga tidak lagi ada perbezaan.
Jika anda perasan, semasa kanak kanak, masa seminggu berlaku dengan panjang. Macam macam aktiviti dilakukan. Sekolah, bermain,kelas mengaji , menonton Doraemon… fuhh.. lama sungguh.
Pada ketika itu, otak menerima semua perkara baru sebagai pengalaman baru dan ia diproses dengan lama sebagai memori jangka masa panjang.
Kita semua berada di titik kemuncak pandemik yang sangat melesukan. Semua orang terkesan akibat pandemik. Bersama sama kita memberi sokongan antara satu sama lain.
06/07/2021
Tular di aplikasi Whatsapp tentang keadaan terkini di HKL tetapi maklumat ini adalah palsu. Mohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkannya. Dapatkan maklumat yang sahih hanya di media sosial rasmi KKM iaitu di Facebook, Twitter dan instagram.
17/06/2021
Pecahan kes baharu , 17 Jun 2021.
07/06/2021
Ada hari hari tertentu... kita ada rasa sebegini. Tapi kita akhirnya bangkit dan kembali bertenaga.
Tapi..
Tapi..
Tapi..
Jika ia berterusan selama 2 minggu, maknanya anda perlu dapatkan pemeriksaan dan rawatan