24/11/2021
Status pemakanan warga emas sangat dipengaruhi oleh perubahan-perubahan yang berlaku di usia tua. Perubahan yang berlaku seperti pengurangan deria rasa dan bau, kekurangan gigi, pengurangan keupayaan menghadam dan menyerap makanan. Hal-hal ini akan menyebabkan pemilihan makanan menjadi terhad dan penyerapan zat makanan juga turut terganggu. Oleh itu, rancanglah & pilih menu makanan yang bersesuaian untuk warga emas.
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka
23/11/2021
Fasting 2 days a week can help obese people keep off the weight with modest results, study finds
Obese people rate the 5:2 diet, a type of intermittent fasting, more highly than conventional weight loss plans but neither approach results in dramatic weight loss, a study has found.
22/11/2021
Panduan berpantang cara sihat | Harian Metro
AMALAN berpantang untuk ibu yang baru melahirkan anak berbeza mengikut kaum, negeri mahupun berlainan negara.
22/11/2021
Pengambilan jumlah protein yang mencukupi sangat penting untuk tubuh kita berfungsi dengan baik pada tahap kesihatan yang optimum..
Namun, kandungan protein dalam setiap makanan adalah berbeza-beza dan ianya tidak bergantung kepada harga makanan tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa protein yang sihat pada sumber protein yang mahal seperti salmon, daging, ayam dan makanan laut..
Namun tanggapan ini adalah salah❌
Makanan seperti kekacang, tempe dan telur juga merupakan sumber protein yang BAIK untuk keperluan badan.
Mengikut saranan Piramid Makanan 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak:
✅ Ikan - 1 sajian
✅ Ayam/telur/daging - 1-2 sajian
✅ Legum atau kekacang - 1 sajian
✅ Susu dan Produk Tenusu- 2 sajian
Walaupun harga sumber protein berbeza-beza, tetapi kandungan nutriennya adalah hampir sama bagi setiap saiz sajian. Jadi, ambillah mengikut saranan selain pelbagai dan seimbangkan diet harian kita supaya dapat memperolehi nutrien yang berbeza-beza.
Bila AYAM naik harga, kita masih ada pilihan sumber protein yang lain😎
"MURAH TIDAK SEMESTINYA KURANG NUTRIEN"
17/11/2021
Gejala anxiety atau kerisauan ada persamaan dengan pelbagai gejala masalah kesihatan lain.
Contohnya, serangan jantung akan ada gejala jantung berdebar, rasa sesak nafas, berpeluh peluh dan lengan menjadi kebas. Gejala gejala ini hampir sama jika mengalami anxiety atau serangan panik.
Jika ia kerap berlaku, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Masalah kesihatan lain perlu di exclude terlebih dahulu sebelum mengatakan seseorang individu ada masalah anxiety.
12/11/2021
Capai Dan Kekalkan Berat Badan Dalam Julat Yang Sihat
Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat.
Mengekalkan berat badan yang normal bukan sahaja boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan tetapi boleh juga membina keyakinan diri.
Terdapat pelbagai cara mudah untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat ini. Jom mulakan secara perlahan-lahan. Jangan terlalu drastik sehingga badan tak mampu nak terima p**a ya.
Nutritionist Klate
11/11/2021
7 kg Ikan Siakap Untuk 7 orang makan⁉️
Berapa banyak satu sajian protein? 🤔
Mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak :
🟡Ayam / telur / daging - 1-2 sajian
🟠Ikan - 1 sajian
🟣Legum atau kekacang - 1 sajian
🔵Susu dan Produk Tenusu - 2 sajian
Untuk ikan bersaiz besar seperti ikan siakap, 1 sajian yang perlu diambil adalah sebanyak 5 sudu makan isi ikan iaitu bersamaan dgn 1 ekor ikan kembung/selar bersaiz sederhana..
Ambil protein mengikut saranan yg ditetapkan mengikut keperluan individu.
Pilihan di tangan anda!
10/11/2021
Anda sedang mengalami sengal kaki? kebas? Masa untuk anda berdiri. Jika anda duduk lama sangat, anda berisiko untuk mendapat nyanyuk. Anda juga berisiko untuk mendapat pelbagai lagi penyakit lain seperti kanser, sakit jantung, mati awal, dll. Jadi, pastikan setiap jam, anda berdiri berjalan sebentar dan lakukan regangan ringkas. Semoga bermanfaat.
09/11/2021
Perhatian kepada ibu-ibu dan bapa-bapa❗
Biasa tak di atas meja dapur rumah anda sentiasa ada hidangan kopi atau teh❓
Ada sebilangan ramai yang akan menjawab ‘YA’.
Soalan seterusnya, adakah anda memberikan anak-anak anda teh atau kopi seawal usia setahun lagi sama ada dengan sengaja atau tak sengaja❓
Jangan terkejut sekiranya ramai yang menjawab ‘YA’.
Selain minuman teh dan kopi..minuman lain yang berasaskan koko, soda serta minuman berkarbonat juga mengandungi satu bahan yang dinamakan ‘KAFEIN’. Bagi orang dewasa, minuman yang mengandungi kafein ini bertindak sebagai stimulant yang mampu meningkatkan kepekaan dan mengelakkan rasa mengantuk. Namun bagi kanak-kanak, pengambilannya lebih mendatangkan banyak kemudaratan..
Ingat‼️ Kanak-kanak memerlukan zat makanan yang mencukupi untuk tumbesaran yang optimum..Jangan jadikan minuman ini sebagai minuman kegemaran mereka..
Sumber NutrionistKKM
08/11/2021
Migrain tengok newsfeed penuh Siakap? Ni cara nak elak dan kurangkan Migrain.