27/03/2021
Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.
Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut
Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.
Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.
Sekiranya tekanan darah anda s**ar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
25/03/2021
Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?
Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah memakan daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. 😱
Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!
Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.
Jadi pada yang s**a memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.
24/03/2021
Jika anak-anak anda mengalami kes**aran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.
Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.
Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.
20/03/2021
Kumpulan ini berisiko tinggi mendapat pelbagai komplikasi jika dijangkiti .
Bagi melindungi mereka, kumpulan berisiko tinggi ini menjadi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 dalam Fasa 2 yang akan bermula April ini.
15/03/2021
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat tambahan 10,675 perjawatan baharu secara berfasa bagi tahun 2020 dan 2021.
Perjawatan baharu ini dibuat secara trade-off (tukar ganti) jawatan di KKM dan kementerian lain.
12/03/2021
Tuberkulosis (TIBI) adalah penyakit berjangkit berpunca daripada bakteria M.Tuberculosis sp dan BOLEH MEMBAWA MAUT.
Ketahui tanda dan gejala penyakit ini dengan merujuk infografik yang disediakan ini.
Untuk makluman, 24 Mac adalah tarikh bagi sambutan Hari TIBI Sedunia.
10/03/2021
Fasa kedua program vaksinasi Covid akan mensasarkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinghi seperti obesiti, diabetes dan pesakit darah tinggi.
Tolong daftarkan ibu bapa anda supaya mereka dapat keutamaan untuk mendapat perlindungan dari jangkitan 🙏🏻
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/