Sihat Bersama

Sihat Bersama

Share

page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

Photos from MedicalPro's post 05/05/2021
30/04/2021

Pernahkah anda meluangkan masa untuk membaca bersama anak?

Jika anda belum pernah melakukannya , mungkin ini masa yang baik untuk mulakan satu budaya yang sihat dalam keluarga.

Kajian terkini membuktikan , ibu bapa yang meluangkan masa untuk membaca bersama anak, kurang garang, jarang meninggikan suara dan tidak bersikap agresif dengan anak.

Anak p**a akan kurang hyperaktif dan terlalu nakal. Tingkahlaku mereka akan menjadi lebih baik.

Kajian ini melibatkan 2165 ibu di sekitar kawasan bandar dan telah di terbitkan dalam Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics.

Selain itu, kajian sebelum ini juga membuktikan amalan membaca bersama anak dapat meningkatkan kemahiran berbahasa, ilmu pengetahuan dan skil emosi untuk anak.

Amalan ini mungkin nampak konvensional dan tidak begitu pop**ar dalam masyarakat kita.

Namun ia terbukti mampu memberi impak positif kepada perkembangan akademik, emosi dan sahsiah kanak kanak.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 29/04/2021
28/04/2021

Bukan mudah bagi seseorang individu yang menghidap masalah Bipolar Disorder. Perubahan mood yang ketara antara mania dan murung menyebabkan individu yang alami masalah ini sering di pandang serong.

Kitaran emosi bipolar boleh berlaku dengan mendadak dan ekstreme. Hal ini boleh menganggu kitaran tidur, tenaga, kebolehan membuat keputusan, tingkahlaku dan pemikiran.

Dari luaran, pesakit kelihatan normal dan mungkin tidak menampakkan ciri ciri yang jelas. Hakikatnya, penderitaan yang mereka alami sangat sukar dan mencabar

27/04/2021

Memang hairan melihat semut bersarang dalam kotak suis elektrik. Apa yang menyebabkan begitu banyak semut berkumpul di sana sehingga menyebabkan peralatan rosak?

Rupa rupanya, semut memang tertarik pada gelombang elektrik.. apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia pheromones.

Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan lebih banyak semut akan mati! Apabila terlalu banyak bangkai semut, barang elektrik akan rosak dan menyebabkan kerugian.

Untuk mencegah
- Pastikan ruang ruang barang elektrik di rapatkan
- Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik
- Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik
- Lakukan pembersihan dengan berkala

26/04/2021

Mulut berbau menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa apabila bercakap. Bagi yang berpuasa, keadaan mulut yang kering kerana hidrasi menyebabkan pembiakan bakteria yang menyumbang kepada mulut berbau atau halitosis.

Ketahui punca halitosis ini dan cara mengatasinya supaya anda lebih yakin apabila bercakap.



24/04/2021

Hampir 229 juta manusia dijangkiti Malaria setiap tahun di seluruh dunia.

Dan daripada jumlah itu, lebih 400,000 kematian dilaporkan setiap tahun.

Jom ambil tahu mengenai trivia kedua yang disediakan dalam infografik seperti berikut.

23/04/2021

"Bulan puasa kali ini cukup mencabar. Jam baru 11 pagi. Perut terasa sangat pedih. Kadangkala, terasa asid tiba-tiba naik ke tekak. Tekak p**a terasa pedih."

Anda alami perkara ini? Anda mungkin ada penyakit gastrik dan gerd.

Dalam Islam, memang Rasulullah sudah mengajar cara nak mengelaknya. Sains membuktikan, teknik ini boleh membantu kita menghadapi gastrik sewaktu ramadhan. Kami ringkaskan tips ini dalam bentuk infografik. Semoga berkesan untuk anda.

P/s. Jika gejala berlarutan dan semakin teruk, pastikan anda berjumpa doktor tau.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450