Jus Peria dan Misai Kucing

Jus Peria dan Misai Kucing

Share

Page ini bertujuan untuk menyebarkan info kesihatan dan isu semasa.

29/03/2021

Terkejut melihat gambar perkahwinan baru baru ini yang bergambar mesra sehingga berpelukan. Nak kata duduk serumah memang tidak mungkinlah.

Itu adalah contoh bagaimana kesukaran untuk mengawal SOP semasa majlis sosial seperti perkahwinan.

Ingat, kita masih di tempoh pandemik... 🙏🏻

* jangan lupa mendaftar untuk vaksinasi.

27/03/2021

Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.

Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.

Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut

Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.

Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.

Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

24/03/2021

Jika anak-anak anda mengalami kesukaran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.

Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.

Photos from Public Health Malaysia's post 23/03/2021
22/03/2021

Dalam diam, Lee buat kerja. 🥰

Tahniah Lee Zii Jia atas kejayaan menjuarai All England Open 2021!

Lepas ni, mesti semua semangat nak bersukan dan bersenam kan? Jadi admin nak berpesan untuk melakukan regangan otot terlebih dahulu ok!

20/03/2021

Kumpulan ini berisiko tinggi mendapat pelbagai komplikasi jika dijangkiti .

Bagi melindungi mereka, kumpulan berisiko tinggi ini menjadi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 dalam Fasa 2 yang akan bermula April ini.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Knmp1 Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450