Kekalkan Badan Sihat

Kekalkan Badan Sihat

Share

Page ini bertujuan untuk menyebarkan info kesihatan dan isu semasa.

16/04/2021

😱 Baru tahu, susu UHT kalau dibuka perlu dihabiskan dengan segera jika tidak disimpan di peti sejuk. Kalau terbiar lama-lama di luar peti sejuk, adakah susu ini perlu dibuang? Jom lihat ketahanan susu seperti di bawah.

Susu botol/kotak (Pastur)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka - tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar - habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
- Kotak yang belum dibuka - Tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka - perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

Susu tepung
- Belum dibuka - boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama - tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

Susu frozen
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

Yougurt
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka - habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.

Photos from Public Health Malaysia's post 15/04/2021
14/04/2021

Pesanan ini penting, untuk peniaga peniaga sepanjang bulan ramadhan, jaga kebersihan semasa mengendalikan makanan.

Juadah yang anda sediakan adalah untuk orang yang berpuasa. Jangan aniaya pembeli dengan menjual makanan yang telah rosak 🙏🏻

12/04/2021

Anda darah jenis apa ?

Jenis yang paling RARE adalah...

09/04/2021

Sekiranya anda mengunjungi premis makanan, mohon lihat ATAS BAWAH individu yang bekerja sebagai pengendali makanan.

Mengikut Akta Makanan 1983 dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (Per 32); Pengendali Makanan dikehendaki memakai pakaian harian yang bersih, sesuai dan wajar serta tidak menyumbang kepada apa-apa pencemaran. Pakaian ini termasuklah baju yang bersih, sesuai dan berwarna cerah, apron berwarna cerah, penutup kepala dan KASUT.

Selipar (tidak kira ia mesra muslim atau tidak) TIDAK boleh dipakai oleh pengendali makanan. Mereka WAJIB memakai kasut bertutup.

Jika anda dapati pengendali makanan tidak mematuhi peraturan, maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Berhampiran untuk tindakan lanjut

06/04/2021

92% kandungan buah tembikai merupakan air, oleh itu ia merupakan antara buah buahan yang mampu membekalkan tenaga dan hidrasi pada tubuh. Ia juga kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Sudah boleh beli dan simpan stok untuk buka puasa/sahur.

05/04/2021

Posisi mencangkung sememangnya lebih baik untuk kesihatan namun ada alternatif yang dapat membantu pengguna tandas duduk. Letakkan kerusi pendek dan letakkan kaki seperti posisi mencangkung.

Jangan p**a duduk mencangkung di atas tandas duduk! Rosak penutup tandas dengan kesan tapak kaki.

02/04/2021

Jika anda sering alami masalah kembung & berangin ia merupakan antara tanda sistem penghandaman yang TIDAK SIHAT.

01/04/2021

Hidung Berkerak? Awas. Jangan biarkan sampai begini !

Hidung merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi setiap manusia. Apabila hidung bermasalah, sudah pasti kehidupan seharian kita terganggu. Paling teruk, mood pun boleh jadi swing. Asyik nak marah je.

Antara punca yang biasa membuatkan hidung seseorang itu bermasalah adalah dari pencemaran udara seperti asap kenderaan dan asap rokok. Alahan dengan makanan atau sesuatu benda juga boleh membuatkan hidung seseorang menjadi gatal dan kerap bersin.

Oleh itu, setiap individu dinasihatkan oleh para doktor untuk menjaga kebersihan dan kesihatan hidung SETIAP HARI, bukan hanya ketika hidung bermasalah sahaja. Begini caranya.

1. Cuci Alas Tempat Tidur

Kita perlulah menjaga kebersihan diri dengan cara menukar atau mencuci alas tempat tidur dengan kerap. Cara ini dapat mengurangkan habuk yang berada di alas tersebut dan hidung kita dapat bernafas dengan selesa.

2. Elakkan Asap Rokok

Berhenti merokok. Atau kalau bukan perokok, jauhkan diri dari asap rokok. Asap rokok ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada paru-paru, malahan hidung juga boleh mendapat jangkitan.

3. Elakkan Punca Alahan

Lain orang lain alahannya. Tetapi alahan paling biasa adalah alahan kepada bulu kucing atau alahan kepada makanan laut. Elakkan dari punca alahan-alahan ini.

4. Bersihkan Hidung Menggunakan Air Garam Semulajadi

Di mana nak dapat air garam ni? Terdapat produk di pasaran Sterimar yang berasaskan 100% air laut (isotonik) dalam bentuk semburan hidung (nasal spray). Semburan ni bersifat neutral, bebas steroids dan bebas pengawet. Ia selamat dan mudah digunakan oleh bayi dan orang dewasa.

Kajian telah menunjukkan mengenai pembersihan hidung menggunakan nasal spray ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan serta masalah kronik yang lain.

5. Elakkan Tabiat Memasukkan Jari ke Dalam Hidung

Akhir sekali, kurangkan tabiat memasukkan jari ke dalam lubang hidung. Ini kerana anda tidak tahu sama ada jari anda kotor atau bersih ketika memasukkan ia ke dalam hidung. Ia juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada hidung seperti pembuluh darah meletup dan proses penyembuhan p**a memerlukan masa yang lama.

Belajar sesuatu? Jangan lupa untuk kongsikan posting ini kepada orang lain. Terima kasih.

30/03/2021

Hi jangan lupa jaga diri ya

29/03/2021

lindungi diri, lindungi semua

27/03/2021

Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.

Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.

Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut

Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.

Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.

Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450