09/06/2021
Sekiranya anda nampak ikan berwarna kebiruaan ini, elakkan membeli dan makan ikan ini ππΌ
Ikan yang dikenali sebagai Ikan bayan atau parrotfish ini merupakan spesis penting untuk melindungi ekosistem terumbu karang.
Ia akan makan lumut dan rumpai yang tumbuh di sekitar terumbu karang. Tanpa kehadiran ikan ini, rumpai laut yang merimbun akan menyebabkan terumbu karang terlindung dari cahaya matahari dan seterusnya menyebabkan kematian batu karang.
Selain itu, sisa buangan ikan ini adalah dalam bentuk pasir. Bahan ini sangat penting untuk pertumbuhan batu karang.
Kajian dari Institut Oceanografi Universiti California mengesahkan bahawa , apabila semakin banyak spesis ikan pemakan alga seperti ikan bayan, karangan laut akan tumbuh dengan lebih cepat.
Banyak lagi ikan lain yang boleh dimakan, lindungi ikan bayan untuk membantu ekosistem marin π
06/04/2021
Gelisah. Tekak rasa penuh dan s**ar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Ingatkan lepas makan nasi tadi akan hilang gejala ini. Malam ini kalau tak hilang juga mesti s**ar nak tidur malam.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Ini adalah gejala GERD(reflux asid perut). Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena. Yang s**a makan lewat malam pun sama.
Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik p**a kedai jauh dan dah tutup malam- malam ini. Macam mana nak cegah dan atasinya?
Ubahlah diet anda.
Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.
1) dada ayam - kalau boleh panggang
2) air putih - air gula tak bagus untuk GERD
3) Teh halia. Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD
4) Tembikai - buah yang kurang berasid dan penuh dengan air. Ini bagus untuk mengurangkan tahap asid di dalam perut. Jangan gatal makan oren. βΊοΈ
5) nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.
6) oat- sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama
7) kentang - panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik
8. minyak zaitun. Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun
9) sayur salad. Sangat baik. Kurang angin.
Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. βΊοΈ
05/04/2021
LINDUNGI DIRI, LINDUNGI SEMUA
02/04/2021
Jika anda sering alami masalah kembung & berangin ia merupakan antara tanda sistem penghandaman yang TIDAK SIHAT.
01/04/2021
Lindungi diri, lindungi semua
31/03/2021
Pecahan kes baharu (1,482)
29/03/2021
Terkejut melihat gambar perkahwinan baru baru ini yang bergambar mesra sehingga berpelukan. Nak kata duduk serumah memang tidak mungkinlah.
Itu adalah contoh bagaimana kes**aran untuk mengawal SOP semasa majlis sosial seperti perkahwinan.
Ingat, kita masih di tempoh pandemik... ππ»
* jangan lupa mendaftar untuk vaksinasi.
25/03/2021
Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?
Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah memakan daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. π±
Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!
Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.
Jadi pada yang s**a memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.
24/03/2021
Jika anak-anak anda mengalami kes**aran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.
Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.
Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.