Sihat Itu Emas

Sihat Itu Emas

Share

Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

07/09/2021

Khas untuk para-ibu-ibu :)

Haa.. Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.

Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah 'pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.

Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan: “Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.

"Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kumpulan fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif."

"Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal. Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.

28/12/2020
23/12/2020

Jika anda bangun dari tidur, tiba-tiba muka anda senget, anda mungkin mengalami Bell’s Palsy.

Bell’s Palsy berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.
Dapatkan rawatan pakar agar anda dapat pulih dengan cepat.

21/12/2020

Statistik kes baharu dan sembuh harian (11 Dis - 20 Disember 2020)

19/12/2020

Sebelum membeli produk makanan, baca label pada maklumat pemakanan. Buat pilihan yang bijak.


19/12/2020

tanda tanda penyakit jantung

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450