23/11/2021
Fasting 2 days a week can help obese people keep off the weight with modest results, study finds
Obese people rate the 5:2 diet, a type of intermittent fasting, more highly than conventional weight loss plans but neither approach results in dramatic weight loss, a study has found.
22/11/2021
Pengambilan jumlah protein yang mencukupi sangat penting untuk tubuh kita berfungsi dengan baik pada tahap kesihatan yang optimum..
Namun, kandungan protein dalam setiap makanan adalah berbeza-beza dan ianya tidak bergantung kepada harga makanan tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa protein yang sihat pada sumber protein yang mahal seperti salmon, daging, ayam dan makanan laut..
Namun tanggapan ini adalah salah❌
Makanan seperti kekacang, tempe dan telur juga merupakan sumber protein yang BAIK untuk keperluan badan.
Mengikut saranan Piramid Makanan 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak:
✅ Ikan - 1 sajian
✅ Ayam/telur/daging - 1-2 sajian
✅ Legum atau kekacang - 1 sajian
✅ Susu dan Produk Tenusu- 2 sajian
Walaupun harga sumber protein berbeza-beza, tetapi kandungan nutriennya adalah hampir sama bagi setiap saiz sajian. Jadi, ambillah mengikut saranan selain pelbagai dan seimbangkan diet harian kita supaya dapat memperolehi nutrien yang berbeza-beza.
Bila AYAM naik harga, kita masih ada pilihan sumber protein yang lain😎
"MURAH TIDAK SEMESTINYA KURANG NUTRIEN"
19/11/2021
Tahukah anda saranan pengambilan garam hanyalah sebanyak 5g sehari iaitu bersamaan dengan 1 sudu paras teh?
Oleh itu, untuk menghadkan pengambilan garam seharian anda perlulah mengelakkan pengambilan makanan masin, makanan terproses dan makanan-makanan lain yang mengandungi garam tersembunyi.
Anda juga perlu biasakan diri untuk membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk.
Nutritionist Klate
12/11/2021
7 kg Ikan Siakap Untuk 7 orang makan⁉️
Berapa banyak satu sajian protein? 🤔
Mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak :
🟡Ayam / telur / daging - 1-2 sajian
🟠Ikan - 1 sajian
🟣Legum atau kekacang - 1 sajian
🔵Susu dan Produk Tenusu - 2 sajian
Untuk ikan bersaiz besar seperti ikan siakap, 1 sajian yang perlu diambil adalah sebanyak 5 sudu makan isi ikan iaitu bersamaan dgn 1 ekor ikan kembung/selar bersaiz sederhana..
Ambil protein mengikut saranan yg ditetapkan mengikut keperluan individu.
Pilihan di tangan anda!
11/11/2021
Kekal Hidrat dengan Air Kosong!
Air kosong sangat penting untuk badan kerana ia membantu mengoptimumkan sistem penghadaman, mengekalkan fungsi buah pinggang, menjadikan kulit tampak segar dan sihat serta membantu untuk rasa kenyang supaya tidak terlebih makan.
Namun, untuk konsisten minum 6-8 gelas air kosong setiap hari sebenarnya agak mencabar, lebih-lebih lagi jika kita sentiasa sibuk bekerja.
Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips mudah untuk mencukupkan pengambilan air kosong pada setiap hari.
Nutritionist Klate
#6-8gelassehari
10/11/2021
Capai Dan Kekalkan Berat Badan Dalam Julat Yang Sihat
Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat.
Mengekalkan berat badan yang normal bukan sahaja boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan tetapi boleh juga membina keyakinan diri.
Terdapat pelbagai cara mudah untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat ini. Jom mulakan secara perlahan-lahan. Jangan terlalu drastik sehingga badan tak mampu nak terima p**a ya.
Nutritionist Klate
09/11/2021
Semakan semula protokol bagi kes dan kontak rapat
🔴Jika anda disahkan positif, kuarantin diri selama 10 hari dan tidak perlu ulang ujian.
🔵Jika anda kontak rapat yang telah lengkap vaksinasi, kuarantin diri selama 7 hari dan ulangi ujian pada hari kelima.
⚫️Jika anda kontak rapat yang belum lengkap vaksinasi / tiada vaksinasi, kuarantin diri selama 10 hari dan ulangi ujian pada hari kelapan.
08/11/2021
Migrain tengok newsfeed penuh Siakap? Ni cara nak elak dan kurangkan Migrain.
02/11/2021
Pasti sudah ramai yang merancang untuk ke Pantai pada cuti panjang minggu hadapan.
Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihat agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula 4 hingga 7 November 2021.
Pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.
Kejadian fenomena air pasang besar ini akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut