07/05/2021
Jika anda selalu rasa perut tidak selesa selepas berbuka seperti kembung, pedih ulu hati dan lain-lain, cuba elakkan makanan ini.
Mulakan dengan buah-buahan dan air kosong dan makan perlahan-lahan.
Makan secara berlebihan juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut..jadi BERSEDERHANALAH!
Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu
04/05/2021
Kita dah masuk 10 hari terakhir Ramadan..
Moga kita semua terus menjaga pemakanan agar terus SIHAT untuk menambah amal ibadah💪💪
Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya
30/04/2021
Pelbagaikan sumber PROTEIN dalam menu harian anda..
Pilihlah IKAN lebih kerap dalam menu harian anda kerana ia membekalkan Iodin dan Asid lemak omega-3 serta kurang kolestrol berbanding Daging dan Ayam..
Saranan Pengambilan Ikan: 1 sajian ikan SETIAP HARI!
29/04/2021
Bukan mudah bagi seseorang individu yang menghidap masalah Bipolar Disorder. Perubahan mood yang ketara antara mania dan murung menyebabkan individu yang alami masalah ini sering di pandang serong.
Kitaran emosi bipolar boleh berlaku dengan mendadak dan ekstreme. Hal ini boleh menganggu kitaran tidur, tenaga, kebolehan membuat keputusan, tingkahlaku dan pemikiran.
Dari luaran, pesakit kelihatan normal dan mungkin tidak menampakkan ciri ciri yang jelas. Hakikatnya, penderitaan yang mereka alami sangat sukar dan mencabar
28/04/2021
Kebarangkalian kejadian darah beku disebabkan AstraZeneca sangat rendah dan jarang berlaku. Malah, masih tiada kaitan yang jelas antara kejadian darah beku yang berlaku dengan vaksin ini dan ianya berlaku di kalangan mereka yang berumur kurang dari 60 tahun. Sebagai perbandingan, risiko darah beku dalam pesakit yang dijangkiti adalah lebih tinggi.
Risiko Pembekuan Darah:
AstraZeneca - 4 kes dalam 1,000,000 penerima vaksin
Pil perancang keluarga - 500 - 1,200 kes dalam 1,000,000 wanita
Merokok - 1,763 kes dalam 1,000,000 perokok
Pesakit COVID-19 - 165,000 kes dalam 1,000,000 kes
27/04/2021
Waktu berbuka dah nak dekat. Hati-hati semasa berbuka dengan kurma. Jangan terus makan tau. Kopek dahulu lihat isi di dalam. Pastikan tiada serangga di dalamnya. Dan baunya tidak busuk. Jika ya, buah kurma tersebut mungkin sudah rosak.
23/04/2021
"Bulan puasa kali ini cukup mencabar. Jam baru 11 pagi. Perut terasa sangat pedih. Kadangkala, terasa asid tiba-tiba naik ke tekak. Tekak p**a terasa pedih."
Anda alami perkara ini? Anda mungkin ada penyakit gastrik dan gerd.
Dalam Islam, memang Rasulullah sudah mengajar cara nak mengelaknya. Sains membuktikan, teknik ini boleh membantu kita menghadapi gastrik sewaktu ramadhan. Kami ringkaskan tips ini dalam bentuk infografik. Semoga berkesan untuk anda.
P/s. Jika gejala berlarutan dan semakin teruk, pastikan anda berjumpa doktor tau.