ADONI BIKE SHOP

ADONI BIKE SHOP

Share

Trusted & Expert Bicycle Shop

19/09/2021

POSTING PERTAMA ADONI BIKE: MTB ATAU ROAD BIKE?

Mungkin anda pertama kali nak berbasikal, dan tak pasti nak mula dengan MTB atau RB.

Pertama,tanya diri sendiri, lebih s**a berbasikal di jalanan atau di kawasan lecak, bukit dan hutan?

"Dua-dua s**a!"

ha kalau dua-dua s**a, dan ada bajet. Kami cadangkan belilah dua-dua, jadi mudah nak tukar-tukar bila ada ride.

Tapi kalau bajet terhad, kami cadangkan mula dengan MTB dulu. Sebab apa?

Sebab MTB boleh digunakan sama ada di jalanan atau di off-road (hutan, bukit, lecak dan lain-lain).

Dalam masa yang sama harga untuk basikal jenis MTB p**a masih dalam lingkungan harga yang boleh 'dengar'.

Selain itu jika membeli MTB anda berpeluang untuk menyertai acara kayuhan seperti jamboree yang diadakan setiap minggu. (hurm itu zaman circa belum covid).

Macam kami cakap tadi dekat atas,harga dengan komponen untuk MTB pada harga yang mampu milik boleh didapati di pasaran. Pelbagai jenama dan saiz serta jenis boleh dibeli mengikut bajet anda.

Ya walaupun MTB boleh digunaka di dua alam, tapi ia lebih sesuai untuk kegunaan off-road berbanding on road. Ini disebabkan tayar yang tebal serta suspensi fork hadapan menyerap dengan baik ketika melalui jalan off-road.

Bila digunakan di atas jalan tar ia akan lebih berat kerana tayar berbunga dan tebal serta hayunan suspensi akan menggunakan tenaga yang lebih untuk anda.

Okay RoadBike p**a macam mana? Kalau ikutkan pada kami, RB lebih seronok. hehe..

RB memang khas untuk jalan raya tar. Tak boleh dibawa di Off-road, habis jahanam nanti basikal. :)

RB ini dia punya frame adalah dalam kategori aerodinamik dan hanya sesuai digunakan untuk jalanraya bertar.

RB ini p**a harganya ada pelbagai dan lebih mahal sedikit berbanding dengan MTB untuk permulaan.

Orang kata lebih mahal lebih baik, sebab harga bergantung kepada jenis Frame, jenis groupset, jenis wheelset dan banyak lagi faktor membuatkan sesebuah basikal tu mahal..

Jadi jika anda mempunyai rakan-rakan yang lebih kepada MTB dan boleh meluangkan masa berkayuh setiap minggu serta s**akan laluan denai dan alam semulajadi masuk hutan dan sebagainya maka pilihlah MTB. Kadangkala banyak menolak juga dalam laluan off-road dari berkayuh.

Manakala jika anda s**akan kayuhan jarak jauh lancar dengan laluan landai dan berbukit maka RB boleh anda pertimbangkan.

Tepuk dada tanya selera yang penting ukur baju di badan sendiri.


Eh dah baca bolehlah LIKE dan SHARE posting ini untuk kawan-kawan lain baca. Kami pun ada Channel Telegram yang menawarkan barang-barang basikal dengan harga yang best.

Jemput masuk telegram kami di sini dengan KLIK>> https://t.me/adonibikeshop
https://t.me/adonibikeshop

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kota Fesyen Mitc
Ayer Keroh
75450