Sihat Itu Hebat

Sihat Itu Hebat

Share

Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kesihatan kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

27/03/2021

Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.

Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.

Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut

Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.

Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.

Sekiranya tekanan darah anda s**ar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

25/03/2021

Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?

Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah memakan daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. 😱

Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!

Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.

Jadi pada yang s**a memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.

24/03/2021

Jika anak-anak anda mengalami kes**aran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.

Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.

22/03/2021

BE FAST!

Ketahui tanda-tanda amaran strok ini.

Tindakan pantas mungkin mampu menyelamatkan nyawa kita.

20/03/2021

Kumpulan ini berisiko tinggi mendapat pelbagai komplikasi jika dijangkiti .

Bagi melindungi mereka, kumpulan berisiko tinggi ini menjadi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 dalam Fasa 2 yang akan bermula April ini.

19/03/2021
Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 17/03/2021
16/03/2021

Penyakit TIBI boleh dirawati, namun ia perlulah dikesan lebih awal.

Selain daripada itu, rawatan bagi penyakit TIBI adalah percuma. Jika anda didapati mempunyai gejala penyakit ini, segeralah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

15/03/2021

Sistem Janji Temu Klinik adalah inisiatif KKM kepada orang awam selaku pelanggan, yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia (sistem ini sedang dilaksanakan secara berperingkat di klinik-klinik).

Dengan adanya Sistem Janji Temu Klinik ini, pelanggan-pelanggan KKM tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan ini sekaligus dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan.

Untuk pendaftaran kali pertama dan mengakses, sila layari www.malaysia.gov.my

12/03/2021

Risiko sakit jantung dan strok dapat dikurangkan jika kita menghadkan pengambilan garam tidak melebihi 1 sudu teh sehari.

Elakkan juga bahan berperisa, makanan terproses, makanan ringan dan makanan diawet untuk gaya hidup yang lebih sihat!

10/03/2021

Jika anda adalah penjual produk berasaskan garam buluh, mohon HENTIKAN aktiviti pemasaran berlebihan dengan menyatakan ia sebagai bahan untuk merawat penyakit🙏🏻

Garam buluh, garam himalaya, garam kosher dan garam laut adalah sejenis garam dan ia mengandungi kandungan Natrium yang hampir sama. Oleh itu pengambilan harian perlu terhad dan tidak melebihi 1 sudu teh sehari.

Sebenarnya, garam buluh adalah sejenis garam biasa yang di masukkan ke dalam buluh dan dibakar selama 6-8 jam. Ia mungkin lebih bersih dan mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi, namun Ia tetap sejenis garam dan TIDAK mempunyai kesan untuk merawat penyakit kronik.


Seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi 10X dan cirit birit untuk 2-3 jam.

Pemeriksaan lanjut mendapati tubuh badannya lemah. Ujian darah mendapati paras garam Sodium terlalu tinggi. Keadaan beliau dikenalpasti sebagai Hypernatraemia

Rupa rupanya , beliau telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150gram setiap hari selama 10 hari untuk membantu penghadaman dan mengurangkan berat badan.

Dalam kes berlainan, seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil dan dalam pemantaun pakar buah pinggang datang dengan kerosakan buah pinggang akut akibat pengambilan garam buluh yang diambil untuk menyembuhkan masalah buah pinggang.

Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar. Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam buluh , bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari.

09/03/2021

Sempena Hari Wanita Sedunia. Ketahui fakta mengenai 'Perempuan Tanpa Rahim'.

"Jangan pernah meminta maaf kerana menjadi wanita yang kuat."

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450