31/12/2020
144 kematian akibat Denggi setakat 26 Dis 2020 termasuk 1 kematian baharu di Melaka dan 1 lagi di Johor.
Johor, Selangor dan Sabah merekodkan kematian tertinggi akibat Denggi.
Luangkan 10 minit setiap hujung minggu untuk hapuskan tempat pembiakan Aedes.
30/12/2020
15% rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.
Kebanyakan mereka hanya mengetahui menghidap penyakit itu apabila sudah berada pada tahap serius kerana tiada gejala peringkat awal.
29/12/2020
Setakat 28 Disember 2020, jumlah kumulatif positif COVID-19 mencecah 81.19 juta kes. Ini berikutan peningkatan lebih 430 ribu kes sejak semalam. Angka korban akibat COVID-19 turut bertambah kepada 1.77 juta kes iaitu peningkatan lebih 7 ribu kes.
Jumlah kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat p**a kini menghampiri 20 juta kes dengan 140 ribu kes dilaporkan semalam. Dengan penularan varian baharu, Afrika Selatan hari ini menjadi negara terbaharu yang mencatatkan jumlah kes positif melebih 1 juta kes.
Secara keseluruhannya, kadar kematian dunia terus menunjukkan aliran menurun dan kadar kesembuhan juga semakin meningkat di tengah-tengah kebimbangan dengan kemunculan 3 varian baharu sejak awal Disember ini.
28/12/2020
Pernah tak rasa ? 🧐
Pernahkah anda berasa kepala berpusing-pusing dan rasa tidak seimbang selepas bangun tidur? Anda mungkin mengalami 'VERTIGO'.
Ini disebabkan disebabkan gangguan di bahagian telinga seperti; jangkitan dalam telinga, cecair terkumpul dalam telinga dan perubahan tekanan dalam telinga selain faktor umur.
Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang sendiri tetapi jika berlarutan, dapatkan rawatan daripada doktor.
24/12/2020
COVID-19: Penggunaan vaksin harus, golongan ditetapkan kerajaan wajib ambil | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
07/12/2020
Pecahan kes baharu (1,600)
N.Sembilan
521 kluster sedia ada
13 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan
Selangor
44 kluster sedia ada
5 kluster baharu (Malawati)
99 saringan kontak rapat
276 lain-lain saringan
2 import
Sabah
61 kluster sedia ada
124 saringan kontak rapat
63 lain-lain saringan
KL
37 kluster sedia ada
33 kluster baharu (Awan Lembah)
18 kontak rapat
60 lain-lain saringan
Johor
75 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
12 lain-lain saringan
P.Pinang
45 kluster sedia ada
6 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan
Perak
48 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan
Kedah
12 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan
Labuan
3 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Kelantan
3 kluster sedia ada
Sarawak
1 saringan kontak rapat
1 import
Pahang
1 kluster sedia ada
Melaka
1 saringan kontak rapat
27/11/2020
Terima kasih petugas kesihatan! ❤️❤️❤️
Jumlah sembuh dan discaj kini melebihi 50k!