30/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi.
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Semoga Malaysia terus aman, maju dan sejahtera.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
26/08/2026
Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada En. Emrita bin Alias, Presiden Kelab Muaythai Kala Merah merangkap Jurulatih Muaythai Negeri Melaka, atas penganugerahan Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M.) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Semoga penganugerahan ini menjadi satu penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau kepada masyarakat serta pembangunan sukan Muaythai di Negeri Melaka. Semoga terus maju dan cemerlang dalam mencurahkan bakti kepada masyarakat, negeri dan negara.
Ikhlas daripada,
Muhammad Hamizan Bin Hassan
Founder
Rakan Digital Resources Melaka
Kelab Muaythai Kala Merah Melaka
25/08/2026
Kru Wan Lion
Bangla Boxing Stadium Phuket
25/08/2026
Bangla Boxing Stadium Phuket
24/08/2026
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲
Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dengan mengamalkan nilai kasih sayang, hormat-menghormati, amanah, disiplin dan persaudaraan dalam kehidupan seharian.
Semoga semangat Maulidur Rasul terus menyatukan kita dalam mengejar kecemerlangan (Excellence), menjunjung rasa hormat (Respect) serta mengeratkan persahabatan (Friendship), selaras dengan nilai-nilai Olimpik dalam membina masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan saling menghargai.
Ikhlas Daripada,
Persatuan Muaythai Negeri Melaka
Kelab Muaythai Kala Merah
25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H
24/08/2026
19-23 Ogos 2026.
🥊 ALHAMDULILLAH, SYUKUR & TAHNIAH KONTINJEN MUAYTHAI MELAKA! 🥉🥉🥉
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dan tahniah diucapkan kepada seluruh atlet SUKMA Muaythai Melaka atas keberanian, semangat juang dan pencapaian yang telah ditunjukkan di pentas SUKMA.
Kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan pada edisi kali ini.
Daripada 12 orang atlet yang membawa cabaran Melaka, seramai 8 orang berjaya melepasi pusingan awal, kemudian 5 orang mara ke peringkat suku akhir dan akhirnya 3 orang berjaya melangkah ke separuh akhir, sekali gus menghadiahkan 3 PINGAT GANGSA 🥉🥉🥉 buat Kontinjen Muaythai Melaka.
Lebih membanggakan, keseluruhan atlet yang bertanding merupakan atlet yang masih baharu di pentas SUKMA. Bagi mereka, inilah pengalaman pertama membawa nama dan cabaran Kontinjen SUKMA Muaythai Melaka.
Walaupun berdepan atlet dari negeri lain yang lebih berpengalaman dan telah terlebih dahulu merasai saingan SUKMA, anak-anak Melaka tetap berani menyahut cabaran, memberikan tentangan dan berjuang sehingga ke tahap yang amat membanggakan.
💪 HASIL DARIPADA USAHA SENDIRI
Sepanjang persiapan menuju SUKMA, latihan dilaksanakan menerusi kem latihan yang dikendalikan sendiri oleh barisan jurulatih negeri yang dilantik, tanpa menggunakan khidmat jurulatih luar.
Kem latihan serta pusat latihan sendiri yang diwujudkan menjadi medan untuk membentuk disiplin, kekuatan fizikal, mental, taktikal dan keyakinan para atlet.
Alhamdulillah, segala pengorbanan, penat lelah, kesungguhan dan keyakinan akhirnya terbalas dengan sebuah pencapaian yang amat bermakna.
❤️ PENGHARGAAN KHAS
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada Datuk Wira YB Lim Ban Hong, selaku Bapa Angkat Muaythai, atas perhatian, sokongan dan keprihatinan yang diberikan terhadap pembangunan serta kemajuan sukan Muaythai Melaka.
Tidak dilupakan juga MITC selaku Jabatan Angkat Muaythai, yang sentiasa menjadi antara pihak yang memberikan sokongan dan ruang kepada perkembangan sukan serta atlet Muaythai Melaka.
Sokongan dan kepercayaan daripada pihak-pihak ini amat bermakna dalam usaha membina masa depan Muaythai Melaka yang lebih kukuh.
Mungkin pencapaian ini kelihatan kecil atau rendah di mata sesetengah pihak, namun bagi kami, 3 pingat gangsa ini amat besar nilainya.
Ia adalah hasil perjuangan atlet-atlet baharu yang berani berdiri, bersaing dan mengharumkan nama Melaka di pentas SUKMA.
Ini bukan sekadar tentang pingat.
Ini adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. 🥊🔥
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua atlet, barisan jurulatih, pengurusan, ibu bapa, penjaga, Bapa Angkat Muaythai, Jabatan Angkat Muaythai, serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan kepercayaan kepada pasukan Muaythai Melaka.
🥉🥉🥉 3 PINGAT GANGSA UNTUK MELAKA!
TAHNIAH TEAM MUAYTHAI MELAKA! ❤️💪🥊
Semoga pengalaman SUKMA kali ini menjadi asas untuk kita kembali dengan lebih kuat, lebih matang dan lebih bersedia pada masa akan datang.
MELAKA BOLEH! 🔥🥊
MELAKA KUAT! 💪
MUAYTHAI MELAKA TERUS MELANGKAH! 🥊🏅
24/08/2026
SUKMA XXII SELANGOR 2026
GANGSA BUAT MUAY THAI MELAKA! 🥉🥊
Puteri Balqis Binti Muhammad Shah Banah berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Melaka menerusi acara Muay Thai Wanita 54-57kg.
Tampil dengan penuh keberanian, ketahanan dan semangat juang tinggi, Puteri Balqis memberikan tentangan terbaik sepanjang saingan sehingga berjaya memastikan tempat di podium.
Pencapaian ini menjadi satu lagi hasil membanggakan buat kontinjen Melaka di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.
Tahniah Puteri Balqis atas perjuangan dan kejayaan membawa pulang pingat gangsa buat Team Melaka!
24/08/2026
SUKMA XXII SELANGOR 2026
GANGSA BUAT MUAY THAI MELAKA! 🥉🥊
Muhammad Khairul Ikhwan Bin Mohd Din berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Melaka menerusi acara Muay Thai Lelaki 57-60kg.
Tampil dengan penuh keberanian, disiplin dan semangat juang tinggi, Muhammad Khairul Ikhwan memberikan tentangan terbaik sepanjang saingan sehingga berjaya memastikan tempat di podium.
Pencapaian ini menjadi satu lagi hasil membanggakan buat kontinjen Melaka di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.
Tahniah Muhammad Khairul Ikhwan atas perjuangan dan kejayaan membawa pulang pingat gangsa buat Team Melaka!
24/08/2026
SUKMA XXII SELANGOR 2026
GANGSA BUAT MUAY THAI MELAKA! 🥉🥊
Muhammad Amirul Shah Bin Abdillah berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Melaka menerusi acara Muay Thai Lelaki 63.5-67kg.
Tampil dengan penuh keberanian, ketahanan dan semangat juang tinggi, Muhammad Amirul memberikan tentangan terbaik sepanjang saingan sehingga berjaya memastikan tempat di podium.
Pencapaian ini menjadi satu lagi hasil membanggakan buat kontinjen Melaka di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.
Tahniah Muhammad Amirul atas perjuangan dan kejayaan membawa pulang pingat gangsa buat Team Melaka!