04/07/2025
"Boleh pakcik ikut? "
Boleh. Ye jom.
Eh tapi kenapa pakcik yg drive ni?
"Ah bolehh.. "
Ah ye baiklah.. Sy duduk sebelah..Sedap juga jadi penumpang sekali sekala..
Sampai di Puspakom Jb, kenderaan sedia ada telah ramai menunggu.. Kami beratur dlm que yg panjang.. pakcik tetap steady menungu dalam kereta..
Eh pakcik tak apa.. boleh tunggu di kerusi yang disediakan..
"Tak apa, boleh je tunggu sini ( dalam kereta )"
Kesudahannya.. hampir 3 jam juga masa dari rumah dan siap proses pemeriksaan tukar milik.
Cuaca sedikit hujan berselang seli gerimis.. setelah hampir ke rumahnya, pakcik ajak mengeteh sebentar memandangkan jam hampir 9 mlm..
Kedai Thailand cik? ok.. baik..
"Jangan takut, bukan kita nk order lobster.." Sekali pakcik order siakap stim ,dan semangkuk tomyam campur.. telan air liur kejap.. betul ke pakcik nak makan banyak ni... kesudahannya, pakcik makan beberapa suap je.. sy yg makan selebihnya.. ha ha..
Dalam pada tu, rancak pakcik bercerita tentang asal usulnya, umurnya sudah 68 tahun. Banyak pengalaman hidup, tapi sudah kurang kawan bersembang. Ramai kawan kawannya telah arwah . Sekarang tinggal bersendirian di Permas Jaya, anaknya ada 8, semuanya tinggal di Kuala Lumpur.
Tak berani sy nak bertanyakan perihal anaknya.
Sy dah berniat, kadar upah akan sy berikan diskaun.. memandangkan pakcik sendiri yang membawa kereta dan sama2 menunggu.. Tak disangka dia juga belanja makan malam, hidangan mewah p**a.. Sudahnya kami sama2 berebut untuk membayar harga hidangan tersebut..
Begitulah secebis kisah seorang runner puspakom, sebenarnya ini bukan pertama kali wakil daripada pihak pelanggan mengikuti runner menjalankan tugasan.. tapi yang ini lain sikit..
Moga segala urusan Pakcik dipermudahkan dan semuanya baik2 sahaja.
P/s: Penulis menjalankan khidmat runner puspakom bagi kawasan
Melaka & Johor.
Pembaharuan insuran dan cukai jalan juga ada disediakan.
11/06/2025
Big shout out to my newest top fans! 💎 Mohd Eliyas Yaakob
mantappp
19/02/2025
Milik siapakah? 10km sebelum rnr machap hala utara
24/01/2025
Salam Jumaat
Pengumuman penting!
Sebaran ini untuk makluman 1 negara ya 🫡
1 - Pembaharuan insuran ikut budget
2 - Pembaharuan Cukai Jalan ( digital / fizikal akan diposkan )
3 - Pembaharuan Lesen ( digital / fizikal akan diposkan )
4 - Pembaharuan Ssm ( pos )
5 - Carian rasmi / persendirian ( Johor & Melaka )
Happy Chinese New Year 2025 !
Terima kasih.
Sudahkah anda belajar? sila komen...
Insuran 3rd party + roadtax digital < 150cc rm130 sahaja
wasap.my/+60127015821/MrS
21/01/2025
Maaf org Johor terbabas masuk kawasan..
Melaka Jb trip balik hari.. 🫣
Rezeki semalam dapat rasa nasi ambeng petronas BBU.
Masa duduk JB tak pernah dapat sebab selalu habis awal. Alhamdulillah.
Harap harap dapat job Melaka - N9 - KL ke Utara la p**ak kali ni 🫣
Moga dipermudahkan urusan kita semua.
Kalau Melaka jem sebab banyak trafic light, masih boleh berkereta.. Johor jem tak boleh bincang.🗿 Betul ke betul?
03/01/2025
JOHOR BAHRU Runner Services
Jurugegas
Johor Bahru,
Johor.
-----------------------------------------------------------------------------
Penduduk Johor Bahru Khasnya,
Pelanggan dari Seluruh Malaysia Amnya.
Tuan / Puan,
Assalammualaikum.
PER : PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya, Jb Runner Services bertugas sebagai Jurugegas ingin memaklumkan kepada pihak Tuan / Puan tentang perletakan jawatan saya bermula 31/12/2024.
3. Untuk makluman Tuan / Puan, perletakan jawatan ini bukan lah secara tiba tiba tetapi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Keputusan ini tidak mudah namun hidup perlu diteruskan.
4. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan / Puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya ketika melaksanakan tugas.
5. Sehubungan dengan itu, saya mendoakan semua yang pernah berurusan dan berkongsi rezeki dengan saya agar dipermudahkan segala urusan dan dilancarkan lagi rezekinya.
6. Saya juga memohon ampun dan maaf jika ada terlebih dan terkurang selama kita berurusan. Terima kasih orang Jb.
Terima kasih Jb.
7. Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami akan beroperasi di Negeri Melaka selepas ini berkuatkuasa serta merta. ( Hi orang Melaka ! )
Mohon doakan perjalanan baru ini agar masih diberikan rezeki di tempat baru.
Terima kasih semua Team JB Runner Community , 01 Official Runner JOHOR, Bridgerunner: JB to SG Delivery, Road Runner Johor Bahru, Runner pg servis untuk kenangan yang di bina bersama. Jumpa lain hari in sha allah.
Sekian Terima Kasih.
Yang benar,
Jb Runner Services
Sign off 🫡
2016 - 2024
27/12/2024
Sesiapa ada kehilangan lugage @ travel bag di terminal Feri Puteri Harbour ?
23.12.2024 sy ditugaskan untuk mengambil lugage yang dipercayai tertinggal oleh pelanggan dari Terengganu yg baru p**ang dari Batam dan terus membuat penghantaran melalui Pos.
Hari ini dapat panggilan dari Balai Polis Ampang mengatakan bahawa bag yg sy tebus dan kirimkan tersebut adalah milik org lain. Jeng3.
Hal ini terjadi kerana Bag Pemilik Terengganu adalah 100% sama dengan pemilik sebenar.
2 2 bag kedua dua owner tertinggal dan saya sebagai runner hanya menyelesaikan tugasan.
Owner sebenar telah datang meminta nasihat di Balai Polis Ampang pada petang tadi. Tetapi tidak membuat laporan.
Pihak Balai juga tidak mendapatkan nombor telefon pemilik sebenar.
Jika owner sebenar ada ternampak pos ini boleh hubungi saya .
17/12/2024
Done post.
PTG KULAI ☑️
Penyerahan Notis tuntutan ☑️
Pos anak kunci ☑️
Freegift kalender 2025 dari Gdex. Terima kasih.
Selamat Tahun baru 2025. Moga ada sinar.
Nexttt
Mahkamah Jb
PTG nusajaya
IPD kulai
Moga urusan kita semua dipermudahkan.. maaf yg mana tak dapat sambut job.
Terima kasih semua yg berkongsi rezeki.
✈️
04/12/2024
Alhamdulillah masih ada rezeki terima kasih 🫡
Siap sedia
Job penampalan esok 5/12/24
Jb - Layang² - Kluang - Bp - terus naik Melaka utk event berkawan dgn rxz katanya 🫰
Untuk sebarang pertanyaan dan tugasan blh wasap awal.
Luncurrr