Kelab Muaythai revolution kota marudu

Directions

Kelab Muaythai revolution kota marudu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Muaythai revolution kota marudu, Sports Team, Bandau Kota Marudu.

Sesi Perkongsian Seni Bela Diri, Inspirasi, Impian & Visi .Syukur, selesai sudah Program Pembentukan Karakter Generasi M...
30/09/2026

Sesi Perkongsian Seni Bela Diri, Inspirasi, Impian & Visi .

Syukur, selesai sudah Program Pembentukan Karakter Generasi Madani 2026 peringkat sekolah yang berlangsung di Dewan SJKC Khoi Ming pada hari ini, 30 September 2026.

Terima kasih banyak kepada pihak SJKC Khoi Ming, khususnya Guru besar, iaitu Tn Kui Chin serta PK Kokum, cikgu Wong Pau Ling, atas jemputan dan kepercayaan untuk kami berkongsi sedikit pengalaman bersama para pelajar.

Dalam sesi ini, turut bersama barisan jurulatih Revo KM iaitu Coach Fazli, Coach Yudai dan Coach Mex, serta atlet jemputan yang bersama kami Malaeka, Wallace dan Vincent.
Terima kasih kepada semua coach dan atlet yang meluangkan masa serta memberikan komitmen untuk menjayakan sesi perkongsian ini.
Semoga apa yang dikongsikan hari ini bukan sekadar tentang seni bela diri, tetapi juga tentang disiplin, keyakinan diri, impian dan usaha untuk mencapai cita-cita.

Buat adik-adik pelajar, semoga ada sesuatu yang boleh dibawa pulang daripada perkongsian kita hari ini. Teruskan bermimpi, percaya pada diri sendiri dan jangan takut untuk mencuba. πŸ’ͺ

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan.

Impian tanpa usaha hanya tinggal impian.
Bila ada disiplin, usaha dan doa, Pasti ada jalannya. πŸ™

πŸ¦… REVO KM β€” WE TRAIN TOGETHER, WE GROW TOGETHER!

#
#


MEMBINA GENERASI MADANI MELALUI SUKAN MUAYTHAI .SK SOSOP PITAS.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK So...
24/09/2026

MEMBINA GENERASI MADANI MELALUI SUKAN MUAYTHAI .
SK SOSOP PITAS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Sosop, Pitas atas jemputan kepada KELAB REVOLUTION MUAYTHAI KOTA MARUDU untuk memperkenalkan aktiviti sihat melalui sukan Muaythai, selain berkongsi sedikit inspirasi, pengalaman dan perjalanan atlet kepada para pelajar.
Menerusi program ini, para pelajar berpeluang mengenali Muaythai bukan sekadar sebagai seni bela diri, tetapi sebagai sukan yang membentuk disiplin, keyakinan diri, keberanian dan kecergasan.

Kelab Revolution Muaythai Kota Marudu diwakili oleh Coach Yudai YuDai ProSeven bersama atlet Malaeka, yang turut berkongsi pengalaman serta pencapaiannya dalam arena Muaythai.

πŸ† PENCAPAIAN ADIK MALAEKA :
Peringkat negeri βœ…οΈ
Peringkat Kebangsaan βœ…οΈ
Peringkat antarabangsa βœ…οΈ

πŸ₯‡ 2x Juara Peringkat Kebangsaan
2025 & 2026 | | 35–40kg
Johan πŸ₯‡β€“ 1st Asian Muaythai Team & Youth Championship 2025 (Kategori U12)
Naib Johan πŸ₯ˆβ€“ 1st IFMA Muaythai School World Championships 2026 (Kategori U14)
πŸ… Best Boxer Female – Sabah Muaythai Expo 2026.

Sekali lagi, terima kasih SK Sosop Pitas atas sokongan, kepercayaan dan jemputan kepada kami.









Setiap kali anak melangkah masuk ke gym, ada pengorbanan ibu bapa di belakangnya. Hantar anak, tunggu latihan selesai, k...
11/09/2026

Setiap kali anak melangkah masuk ke gym, ada pengorbanan ibu bapa di belakangnya.
Hantar anak, tunggu latihan selesai, kemudian bawa pulang.
Terima kasih atas komitmen dan kepercayaan kepada kami.

Kami akan terus membentuk mereka sedikit demi sedikit Γ bukan hanya menjadi fighter, tetapi menjadi anak yang berdisiplin, rajin dan kuat semangat.

πŸ₯Š SEBUAH PERJUANGAN YANG TIDAK SIA-SIA πŸ₯ŠKejohanan Muaythai Sukan Tempur KebangsaanπŸ“ Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lump...
07/09/2026

πŸ₯Š SEBUAH PERJUANGAN YANG TIDAK SIA-SIA πŸ₯Š

Kejohanan Muaythai Sukan Tempur Kebangsaan
πŸ“ Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Dengan penuh rasa syukur, Kelab Revolution Muaythai Kota Marudu menutup tirai kejohanan ini dengan pencapaian 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa .
4 medal untuk Kota Marudu dan Negeri Sabah.

πŸ₯‡ Malaeka Batrisyia Binti Abdul Lazi β€” Emas, U14 Female 35–40kg
πŸ₯ˆ Afreena Darwisyah Binti Abdul Lazi β€” Perak, U12 Female 35–40kg
πŸ₯‰ Vincent Liew Lip Fung β€” Gangsa, U14 40–45kg
πŸ₯‰ Mica Claira β€” Gangsa, U14 40–45kg

Sementara itu, Nick Nynell Arletto Kent Anddy, Wallace Isaiah Wilfred, Charice Aurelia Lee Victor dan Daisy Wong berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Walaupun belum berjaya membawa pulang medal, perjuangan dan keberanian mereka tetap kami banggakan.

Tahniah buat semua pejuang muda Revo yang telah berani melangkah ke pentas pertandingan dan memberikan segala yang mereka ada. Ada yang perlu melalui sehingga 5 perlawanan sebelum berjaya mengejar emas. Penat, sakit, tekanan dan cabaran semuanya ditempuhi, namun mereka tetap bertahan dan terus melangkah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang Hadir sentiasa berdiri di belakang anak-anak .Menemani, menjaga, memberi semangat dan tidak pernah putus mendoakan perjuangan mereka.

Buat keluarga yang berada jauh, setiap doa, mesej dan sokongan kamu semua tetap kami rasakan. Walaupun tidak berada di sisi, kamu tetap menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. πŸ™

Terima kasih kepada Dr. Azwan turut bersama membantu dalam pengurusan atlet sepanjang kejohanan.
Kerjasama Padu dari kedua jurulatih Revo iaitu Coach Yudai & Coach mex sama-sama bertungkus-lumus mengurus dan menjaga atlet. Masa, tenaga dan penat lelah yang dicurahkan bersama akhirnya membuahkan hasil.

BUAT SEMUA PEJUANG REVO
Kemenangan ini bukan sekadar tentang pingat. Ia adalah bukti bahawa usaha, disiplin, keberanian dan semangat untuk tidak menyerah mampu membawa kita lebih jauh.
Kepada yang berjaya membawa pulang medal teruskan merendah diri dan terus berusaha.
Kepada yang belum berjaya jangan anggap perjalanan kamu berakhir di sini. Belajar daripada kekalahan, perbaiki kesilapan dan kembali lebih kuat.

Kerana perjuangan sebenar bukan tentang siapa yang tidak pernah jatuh, tetapi siapa yang memilih untuk bangun setiap kali jatuh dan terus melangkah.

πŸ”₯ REVO KOTA MARUDU
SATU PASUKAN, SATU PERJUANGAN, SATU KELUARGA!



πŸ™ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH πŸ™Di sebalik setiap langkah atlet kami ke gelanggang, ada insan-insan yang m...
07/09/2026

πŸ™ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH πŸ™

Di sebalik setiap langkah atlet kami ke gelanggang, ada insan-insan yang memilih untuk percaya, membantu dan berdiri bersama perjuangan ini.

❀️ TK GROUP
❀️ Agrowaise (En. Waise)
❀️ Dr. Velus
β™₯️Encik fabian
Sumbangan dan sokongan yang diberikan bukan sekadar nilai kewangan. Ia adalah kepercayaan, semangat dan kekuatan yang membantu anak-anak muda Kota Marudu membawa nama pasukan ke pentas yang lebih besar.

Kami sangat menghargai setiap bentuk sokongan yang diberikan. Mungkin bagi sesetengah orang ia hanya satu sumbangan, tetapi bagi kami, ia adalah sebahagian daripada perjalanan seorang atlet untuk berani bermimpi, berjuang dan membuktikan kemampuan mereka.

Terima kasih kerana percaya kepada anak-anak muda kami.
Terima kasih kerana percaya kepada Revo Kota Marudu.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjuangan ini. ❀️

Daripada seluruh keluarga besar Kelab Revolution Muaythai Kota Marudu, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sokongan dan keprihatinan yang diberikan.

πŸ† 4 MEDAL UNTUK REVO
πŸ† 4 MEDAL UNTUK KOTA MARUDU
πŸ† 4 MEDAL UNTUK SABAH

πŸ₯‡ 1 EMAS | πŸ₯ˆ 1 PERAK | πŸ₯‰ 2 GANGSA

Medal mungkin menjadi bukti di atas kertas, tetapi perjuangan, pengorbanan dan sokongan di belakangnya adalah sesuatu yang tidak ternilai.

TERIMA KASIH kerana menjadi sebahagian daripada keluarga REVO. πŸ™


DUA ADIK-BERADIK MENUJU PENTAS FINAL! πŸ”₯KEJOHANAN MUAYTHAI SUKAN TEMPUR KEBANGSAAN 2026πŸ₯Š MALAEKA BATRISYIA BINTI ABDUL LA...
06/09/2026

DUA ADIK-BERADIK MENUJU PENTAS FINAL! πŸ”₯
KEJOHANAN MUAYTHAI SUKAN TEMPUR KEBANGSAAN 2026

πŸ₯Š MALAEKA BATRISYIA BINTI ABDUL LAZI
πŸ“ Kategori: 36–40kg U14
🏫 SMK Kota Marudu

πŸ₯Š AFREENA DARWISYAH BINTI ABDUL LAZI
πŸ“ Kategori: 35–40kg U12
🏫 SJKC Khoi Ming Kota Marudu

Beberapa bout lagi mereka akan beraksi di pentas final untuk merebut PINGAT EMAS. πŸ₯‡
Mohon doakan perjuangan dua beradik ini. πŸ™
Semoga diberikan kekuatan, ketenangan, keberanian dan rezeki untuk membawa pulang kemenangan utk SABAH.
GO FOR GOLD! πŸ₯‡πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Doakan perjuangan kami. 🀲πŸ₯Š8 pejuang muda Revo Kota Marudu kini membawa nama daerah dan negeri Sabah ke pentas Kejohanan ...
02/09/2026

Doakan perjuangan kami. 🀲πŸ₯Š

8 pejuang muda Revo Kota Marudu kini membawa nama daerah dan negeri Sabah ke pentas Kejohanan Muaythai Sukan Tempur Kebangsaan 2026.

Kami sudah berusaha, kini kami serahkan segalanya kepada Tuhan.
Mohon doa dan sokongan daripada semua. πŸ™

REVO KOTA MARUDU β€” BERJUANG DENGAN HATI!


πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™terima kasih Sabah Revolusi
28/08/2026

πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™terima kasih Sabah Revolusi

Terima kasih Daily Express Malaysia
06/08/2026

Terima kasih Daily Express Malaysia

KOTA MARUDU: Two students from Sekolah Menengah Advent Goshen (SMAG) have once again demonstrated that excellence extends beyond the classroom after capturing one gold medal and one silver medal at the Keningau Open Muaythai Championship 3.0, further enhancing the school’s growing reputation for sporting achievement.

Competing against talented fighters from across Sabah, Charice Aurelia Lee Victor emerged as champion after winning the gold medal in the 16–17 years, 49kg category, while fellow student Aricca Evea Noemi delivered an impressive performance to secure the silver medal in the 16-year-old, 49–51kg category.

Full story: https://www.dailyexpress.com.my/news/286014/sekolah-menengah-advent-goshen-duo-bag-gold-and-silver/

Address

Bandau Kota Marudu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Muaythai revolution kota marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category