KELAB TOMOI GAJAH HUTAN

KELAB TOMOI GAJAH HUTAN

Share

🥊🥊Martial art Toi Muay Boran🥊🥊
🐘 Permainan Sembilan Anggota 🐘
PPM-002-10-21082024
Since 2017

12/08/2026

La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

Kuat bertarung bukan ukuran,
Ilmu dicari jadi pegangan,
Rendah diri jadi kekuatan,
Itulah fighter penuh kematangan.

Wallahualam bissawab

13/06/2026

🥊 Throwback Fighter Mode ON!

Pulapol Sang Saka Biru Muaythai Warrior 2.0 💙🔥

Legenda mungkin berlalu, semangat pejuang kekal selamanya. 👊

02/05/2026

🔥 JOM SERTAI ACADEMY MUAY GAJAH HUTAN 🔥

Untuk gelanggang di Bangi, pendaftaran hanya RM60 (termasuk yuran pendaftaran) dan yuran bulanan cuma RM30 sahaja! 💥
Latihan sesuai untuk semua peringkat, dari beginner sampai fighter yang nak serius masuk gelanggang! 🥊

💪 Disiplin, stamina, teknik & mental fighter akan dibentuk dalam suasana latihan yang fokus dan bersemangat!

📍 Untuk Academy Muay Gajah Hutan, kami akan beroperasi tidak lama lagi!
Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan yuran bulanan akan diumumkan dari semasa ke semasa dan lokasi Muay Academy Gajah Hutan berada di SEMENYIH 📍

🔥 Jangan tunggu jadi hebat baru mula… mula dulu, baru jadi hebat!
JOM MASUK ACADEMY MUAY GAJAH HUTAN & BINA JIWA PAHLAWAN SEKARANG! 💥

29/04/2026

🔥 SEMEMNYIH / KAJANG / BANGI
BERSIAP SEDIA 🔥

Gelanggang bakal dibuka.Bukan sekadar gym… ini tempat lahirnya jiwa pejuang.

KELAB TOMOI GAJAH HUTAN (KTGH)akan membuka tirai di daerah Semenyih.

Di sini, kita bukan hanya belajar bertarung…kita belajar bertahan, melindungi diri, keluarga & maruah.

🥊 Latihan:

Muay Thai
Muay Boran (tradisional)
Self Defense (diutamakan)

Untuk yang benar” mahu berubah, dari biasa jadi kental, dari lemah jadi berani..

Kami jemput semua lelaki, wanita, anak muda…yang ada semangat pahlawan dalam diri 🤜🏽🤛🏽

💥 Bangkit. Berlatih. Bertahan.

📍 Sekitar Semenyih (lokasi akan diumumkan)📲 Untuk maklumat lanjut:
Abg Zam Tomoi - 0193053371 (Pengurus KTGH)
Cikgu Anwar Tomoi - 0166464153 (C.A.T)
Boy Capone Tomoi - 0137747327 (Setiausaha KTGH)
KTGH bukan untuk yang manja…tapi untuk yang bersedia jadi pejuang

15/04/2026

🇲🇾 JEMPUTAN RUMAH TERBUKA 🇹🇭
KELAB TOMOI GAJAH HUTAN (KTGH) 🐘🔥

Dengan penuh rasa syukur dan ukhuwah,
kami menjemput semua sahabat, keluarga & fighter
ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KTGH.

📍 Lokasi: Gelanggang KTGH
📅 Tarikh: 18/04/2026 (29 Syawal 1447H)
⏰ Masa: 8.30 Malam

🥊 Kelab Tomoi Gajah Hutan 🐘
Garang di gelanggang, santun di hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ✨




14/03/2026

Alhamdulillah…
Selesai sudah Majlis Iftar bersama keluarga Kelab Tomoi Gajah Hutan (KTGH).
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tahlil, memohon keberkatan serta kekuatan buat semua fighter dan sahabat seperjuangan.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.
Malam ini bukan sekadar berbuka puasa, tetapi mengeratkan ukhuwah dalam satu keluarga perjuangan.

Pohon teguh di tengah rimba,
Pukulan tomoi mencengkam bumi.
Bangsa Melayu jangan berbeza,
Bangkit bersatu kuatkan diri.

🐘 Kelab Tomoi Gajah Hutan
Satu gelanggang.
Satu keluarga.
Satu perjuangan.

🐘🥊🔥

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kelab Tomoi Gajah Hutan (Bangi Lama), Kelab Tomoi Gajah Hutan (Selayang Kg Bendahara)
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 21:30 - 22:30
Tuesday 21:30 - 00:00
Wednesday 21:30 - 22:30
Thursday 21:30 - 00:00
Friday 21:30 - 00:00
Saturday 21:30 - 00:00