21/06/2022
Pengayuh basikal kebanyakkannya bergantung kepada jalan persekutuan. Namun kita tahu terdapat pelagai isu mengenai penyelenggaraan jalan yang boleh membahayakan keselamatan.
Tidak dinafikan belanja besar perlu, namun jika perlaksanaan dan kualiti kerja sekadar melepas batuk ditangga, sepastinya ia bukan penyelesaian terbaik untuk tempoh masa panjang.
22/02/2022
Kerana nila setitik
Antara perkara yang tidak bertimbang rasa dibuat oleh segelintir cyclists Malaysia.
CEO HIBAH on TikTok
Balas kepada
21/02/2022
Ciapan daripada Twitter pada 2020 menunjukkan usaha majlis perbandaran di Melbourne dalam memperkenalkan laluan berbasikal di sana.
Sasaran mereka ialah untuk mewujudkan 40 km laluan basikal dalam bandar mereka
City of Melbourne on Twitter
“We’re installing more than 500 meters of new protected bike lanes each week. Here is a video of Queensbridge street which shows how these protected lanes make a real difference for cyclists. This is part of our plan to fast-track 40km of new bike lanes over two years. https://t.co/AJA2oLLokF”
12/02/2022
Hanya jauhari mengenal manikam.
Panduan jarak selamat antara basikal dan kereta.
Selamat kayuh selamat (KASEM) semua!
04/02/2022
Kita boleh tahu sesuatu komuniti, tamadun ataupun bandar itu selamat apabila ia berada di tahap di mana anak-anak kecil boleh berkayuh dengan riang sebegini.
Vala Afshar on Twitter
“Children using a bicycle-bus to get to places is what safe cities look like https://t.co/6qVhMFEeHa”
25/01/2022
Adakah empunya kenderaan datang sekali dengan pakej tahap CIVIC yang tinggi, ataupun sebaliknya? 🤔
Polis akan memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli kelab kereta untuk memberi keterangan dalam masa terdekat selepas gambar mereka berkumpul di lorong kecemasan di Lebuh raya Temiang-Pantai, tular menerusi media sosial : KPD Nilai
24/01/2022
Rider setiap kali kayuh je atas jalan Malaysia ni, sepastinya akan terdedah kepada 5 risiko tersebut:
1 - Kerosakkan jalan raya dan tiada/kurang penyelengaraan daripada mereka yang bertanggungjawab (Gambar 1)
2 - Aspek rekabentuk, kejuruteraan dan penggunaan bahan ‘sub-standard’ pada jalan raya yang tiada ciri-ciri keselamatan (Gambar 2 & 3)
3 - Kelalaian rider sendiri, mahupun daripada rakan2 rider lain (Gambar 4)
4 - Kelalaian daripada kenderaan lain yang menggunakan jalan raya (Gambar 5)
5 - Kecaman Netizen minda kelas ketiga (sorry, yang ni takde gambar! 😂)
17/01/2022
Selain daripada selamat, kajian** mendapati mereka yang pakai helmet menikmati kesan sampingan, seperti nampak 5x ganda lebih pintar, malahan lebih kacak berbanding mereka yang tak pakai helmet
Jadi, pakai la helmet tu walaupun janggal sekali
**Nota kaki: kajian tidak rasmi papan kekunci Google