KAKI BOLA

KAKI BOLA

Share

Bola Bola dan Bola

>Info - Info TERKINI tentang bola sepak
>TAG kepada rakan yang gilakan bola sepak
>Boleh DM untuk kongsikan info terkini

Follow iG Kaki Bola di :
goo.gl/sklfOW

22/08/2021

Cawangan Argentina .

22/02/2021

OLE BELUM PUTUS ASA

Manchester City kini mempunyai kelebihan 10 mata ke atas United hasil 18 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Ole Gunnar Solskjaer belum berputus asa dalam membawa Manchester United memintas Manchester City di puncak Liga Perdana Inggeris.

City kini mempunyai kelebihan 10 mata ke atas pesaing tetangganya itu selepas memenangi 18 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Prestasi turun naik United sendiri menyumbang kepada jurang besar itu, tetapi Red Devils merakam kemenangan kedua dalam enam aksi liga selepas menewaskan Newcastle 3-1 di Old Trafford.

"Kami perlu terus mengekori. Setiap kali mendapat tiga mata kami sudah melakukan tugas kami dan kini kami hanya perlu melihat apa yang pasukan lain lakukan," kata Solskjaer.

Bruno Fernandes dan Marcus Rashford sekali lagi menemui sasaran walaupun United tidak beraksi pada prestasi terbaik mereka.

Rashford membuka jaringan pada minit ke-30 tetapi Allan Saint-Maximin kembali menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

Daniel James meletakkan United di depan pada minit ke-57 sebelum Fernandes menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kemenangan.

Dua kemenangan dalam 14 perlawanan meletakkan Newcastle hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.

10/03/2020

IFWAT DIREHATKAN

Penjaga gol utama Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim menerima akibat di atas aksi goyah dalam dua perlawanan pertama CIMB Liga Super 2020 apabila ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak membuat keputusan merehatkannya bagi perlawanan ketiga menentang UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam pada Rabu.

Kedah tewas 0-1 kepada Johor Darul Takzim dalam aksi sulung dan disusuli kekalahan 3-4 kepada Terengganu FC pada Sabtu lalu, menyaksikan Ifwat Akmal teruk dikecam penyokong Lang Merah.

Menurut Aidil, tindakan itu bukan hukuman tetapi lebih kepada mahu memberi ruang berehat kepada penjaga gol skuad B-23 negara itu dan dia akin penjaga gol itu akan kembali kepada prestasi terbaiknya.

"Saya harus membantu Ifwat kerana semua orang tahu dia sudah banyak membantu pasukan sebelum ini ketika di final pada musim lalu.

"Jadi, kena beri ruang kepada dirinya untuk berehat seketika dan saya kena ingatkan satu aksi buruk bukan bermakna dia adalah seorang penjaga gol yang teruk.

"Saya mahu dia kembali bangkit selepas ini dan bersedia bagi hadapi perlawanan seterusnya pada penghujung minggu nanti iaitu berdepan Selangor," katanya.

Ketiadaan Ifwat bermakna Muhd Azri Ghani bakal mengemudi gawang Kedah berdepan dalam aksi menentang UiTM memandangkan penjaga gol kedua Shahril Shaari masih dalam penggantungan perlawanan.





03/02/2020

LIRIDON KRASNIQI SAH WARGANEGARA MALAYSIA

Program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila Liridon Krasniqi, pemain tengah berasal dari Kosovo, hari ini secara rasminya telah pun menjadi warganegara Malaysia.

Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.

Ia seterusnya mula digerakkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan disusuli mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat - jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019.

Untuk itu, FAM dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Liridon telah sah memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian selepas beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, sebentar tadi.

Dengan memperoleh MyKad dan bergelar warganegara Malaysia, Liridon yang genap berusia 28 tahun pada 1 Januari 2020 kini selangkah sahaja lagi untuk layak menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi iaitu hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.

Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan.

FAM juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin serta para pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang telah banyak membantu sepanjang proses untuk Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian ini.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Liridon.

Kredit : FAM





01/02/2020

DEADLINE IS OVER

January 2020 berakhir, kini 1 February yang ditunggu-tunggu, petanda tarikh akhir menjual dan membeli pemain untuk pintu perpindahan musim sejak sudah sah tertutup.

Sebentar, dah tutup ke 'January Transfer Windows'?
Pasukan EPL ada masa sehingga 11pm GMT pada Jumaat 31 January 31 untuk menyelesaikan pembelian, yang bermakna bersamaan 7 pagi 7-8 pagi waktu Malaysia, Sabtu 1 Februari. Bagaimanapun, kelab dibenarkan memohon sedikit masa pengesahan (lebih dari waktu tutup) jika mereka berjaya melakukan 'submission of transfer paper work' sebelum 'deadline'.

Jadi, sebaik 8 pagi berlalu dan tanpa apa-apa berita sahihnya, ia bermakna Chelsea telah berjaya tenang tanpa pembelian, yang julung-julung kali berlaku untuk Chelsea pada pasaran Januari kali ini.

Arsenal menanda tangani Pablo Mari dan Cedri (kedua-duanya secara pinjaman), Leicester menanda tangani Ryan Bennet (secara pinjaman), Liverpool dengan Takumi Minamino dan Joe Hardy, Manchester United p**a dengan Bruno Fernandez dan Nathan Bihsop, Tottenham dengan Gedson Fernandez, Giovani Lo Celso dan Steven Bergwjin dan Wolves p**a dengan 5 pemain baharu sekaligus.

Hanya Manchester City dan Chelsea tanpa pemain baharu, dengan City hakikatnya sedang ampuh dengan 2 kesebelasan kuat dalam pasukan, sedang Chelsea p**a dimaklumi sebuah pasukan muda yang 'promising' tetapi kurang pengalaman untuk mengekalkan persaingan untuk 4 tempat terbaik.

Frank Lampard tampak agak kecewa dengan kegagalan Marina Granovskaiya mendapatkan pemain pilihan beliau (bukan pilihan BOD), terutama apabila beliau terang-terang mahu penyerang, perancang dan pemain pertahanan kiri (1 setiap posisi) tetapi gagal mendapatkannya sampai ke sudah.

Lampard bagaimanapun mengatakan bahawa beliau masih tetap yakin dengan kemampuan pasukan sedia ada, cuma 'kegagalan mendatangkan pemain baharu' membuatkan beliau terpaksa mengaku bahawa Chelsea kini 'underdog' dalam mendapatkan kedudukan ke Champions League musim depan.

Cuma di pihak penyokong Chelsea, ia mengairankan mengenangkan BOD Chelsea bersungguh merayu pengurangan penggantungan, untuk akhirnya 'steady' tanpa sebarang pembelian. Apa barang minta kurang tempoh gantung untuk akhirnya telan air liur dan kecewakan Lampard dengan harapan palsu yang padu.



13/01/2020

JIKA NAK BAWA KES AKHYAR KE FIFA, TERUSKAN- TMJ

KFA yang tidak mahu melepaskan Akhyar pada mulanya menerima tamparan hebat selepas dia yang bersatus ejen bebas akhirnya mengambil keputusan secara drastik untuk berhijrah ke Selatan.

Apa yang mencuri tumpuan, KFA yang agak berang menyifatkan JDT ‘tapping up’ atau ‘mencuri’ Akhyar tanpa prosedur yang betul bertindak menyuarakan ketegasan mereka untuk membawa kes berkenaan ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Namun, pemilik kelab juara Liga Super lima kali berturut-turut, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dengan lantang tidak gentar sekiranya skuad Helang Merah bertindak sedemikian.

Jelasnya, mana-mana pemain mempunyai hak mereka untuk menentukan destinasi atau hala tuju ke pasukan lain selagi ianya tidak bertentangan dengan peraturan termasuk menebua baki kontrak dengan majikan lama.

Tunku turut menegaskan KFA sepatutnya tidak menyalahkan pihak lain dan seharusnya melihat kekurangan mereka berhubung keputusan Akhyar meninggalkan kelab tersebut.

“Jika hari ini Safawi Rasid (pemain JDT) datang kepada saya dan mengatakan dia mahu menebus kontraknya dan meninggalkan kelab ini, saya akan terima dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak boleh kecewa dengannya atau pasukan yang hendak mendapatkan pemain itu. Kenapa? Kerana ini bermakna kelab tidak menjaga pemain itu dengan baik sehingga mendorong pemain untuk berhijrah.

“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan kelab ini kerana tidak dapat menjaga pemain dengan baik. Saya akan melihatnya sebagai satu kegagalan kami kerana mungkin kami ada melakukan kesilapan. Sekarang, Kedah menyalahkan orang lain.”

Sehubungan itu , TMJ turut menyuarakan JDT membolot Akhyar dengan cara yang betul selepas pemain itu berstatus ejen bebas.

“Terdapat klausa dalam peraturan bola sepak yang menyatakan bahawa seorang pemain boleh meninggalkan pasukan pada akhir musim sekiranya dia inginkan, dengan mengikut prosedur tertentu.

“Apabila terdapat laporan Akhyar sedang berusaha untuk menamatkan kontraknya dengan Kedah dan sedang menunggu keputusan FAM (tetapi) Kedah tidak mengendahkan permintaannya untuk membincangkan perkara itu, kami menyatakan bahawa kami hanya akan mendekati Akhyar apabila dia sudah meninggalkan kelab itu dan menjadi ejen bebas.

“Jadi, apakah kesilapan JDT untuk menandatangani Akhyar selepas ada pengumuman oleh FAM bahawa dia dibenarkan menjadi ejen bebas?

“Pertama, anda tidak faham peraturan. Kedua, anda menyalahkan orang lain untuk kelemahan anda sendiri. Jika Kedah berkeras ingin membawa Akhyar atau JDT ke CAS atau pun FIFA, teruskan,” kata TMJ dalam kenyataan di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Dalam perkembangan lain, meskipun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris memberitahu isu itu tetap akan diheret ke FIFA dan CAS.

Sekiranya KFA berjaya menunjukkan bukti kukuh wujudnya unsur ‘curi’ pemain kepada badan induk dunia berkenaan, kemungkinan Akhyar dan JDT mampu berdepan hukuman penggantungan dari FIFA.

Macam mana FAM kata xsalah tapi keputusan AIAC kata salah p**ak????

*sumber 2019*



#2019






11/01/2020

JDT BERKEMUNGKINAN TERLEPAS ACL 2020 & LIGA SUPER 2020

Jika Kedah FA menang diatas kes perpindahan Akhyar Rasyid di mahkamah timbang-tara sukan. JDT BERKEMUNGKINAN dilarang sama sekali beraksi daripada sebarang jenis pertandingan bola sepak sama ada di peringkat domestik mahupun pentas antarabangsa.

Ini kerana jika benar kes ini diputuskan memihak kepada Kedah FA, sudah semestinya JDT tidak terlepas daripada hukuman berat yang bakal menanti (sila rujuk statut hukuman mahkamah timbang tara dan peraturan semasa FIFA).

Hal ini kerana kesalahan yang dilakukan ini amat serius, malah lebih malang lagi jika hukuman ini berlanjutan sehingga 2 tahun. Ini bermakna berkemungkinan tiada Pasukan Malaysia yang akan bertanding dalam saiangan Piala ACL pada tahun 2020 dan peluang terbuka kepada pemenang Liga Super 2020 untuk beraksi pada saingan Piala ACL 2021.

Berkemungkinan tiada kelibat JDT di Liga Super 2020 dan pentas ACL 2020 & 2021. Ini sudah pasti mendatangkan kerisauan kepada peminat-peminat pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT FC) yang mahukan pasukan kesayangan mereka beraksi dipentas tertinggi asia dan sekali lagi mendakap piala liaga super bagi kali ke-7 berturut-turut.

Apa-apa pun mari kita sama-sama saksi dan nantikan petkembangam kes ini. adakah kes ini berpihak kepada Kedah FA atau JDT FC ?




05/01/2020

AIDIL TIDAK TERKESAN KEDAH TUMBANG DI KOTA BHARU

Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Ishak tidak terkesan dengan kekalahan pasukannya kepada Kelantan pada aksi persahabatan pra musim di Kota Bharu, malam semalam.

Sebaliknya Aidil Sharin berkata, pertemuan tersebut lebih kepada proses menguji kesemua pemainnya sebelum berlepas ke Kemboja untuk menghadapi siri persahabatan, hari ini.

“Kita tahu pra musim ini lebih kepada try and error benda yang kita nak buat, (apa) objektif kita datang ke sini (Kota Bharu).

“Bukan sahaja keputusan tetapi apa yang boleh kita tengok untuk menghadapi kelayakan Liga Juara-Juara Asia,” katanya kepada Cakap Sukan sejurus perlawanan.

Pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, skuad Lang Merah tumpas 1-2 kepada Kelantan hasil jaringan Mohd Nazrin Nawi dan Mohd Amirul Shafik Che Soh manakala Kpah Sean Sherman menjaringkan gol tunggal buat pelawat.

Jelas pengendali import Singapura itu lagi, perkara paling penting sekarang adalah melihat anak buahnya meningkatkan tahap kecergasan dalam perlawanan selepas memulakan persiapan sejak enam minggu lalu.

“Semuanya berkisar soal match fitness dan siapa yang sesuai untuk diturunkan dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Asia itu.

“Kita ada lima perlawanan lagi, jadi apa yang kita boleh nampak (pertemuan dengan Kelantan), Baddrol (Bakhtiar) tak main, Keon (Khairul Helmi Johari) pun tak main, macam saya cakap semuanya dalam peringkat mencuba dan saya beri peluang kepada pemain beraksi,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai gandingan Sean Sherman-Tchetche Kipre, sebagai jurulatih dia pasti mahu menuntut sesuatu daripada kedua-dua penyerang import itu.

“Keserasian mereka okey, ini baru perlawanan kedua mereka, masih awal lagi bukan satu dua perlawanan terus dapat persefahaman.

“Mereka bukan datang dari negara yang sama, bermain dengan pasukan (terdahulu) yang sama, jadi kita harus bersabar dan beri peluang kepada mereka,”ujarnya lagi.



26/12/2019

NEGERI SEMBILAN PERLU KEMBALI KE LIGA SUPER

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Satwant Singh merasakan pasukannya perlu kembali beraksi di Liga Super Malaysia tahun depan.

Beliau menganggap skuad musim depan mempunyai potensi untuk berada dalam dua kedudukan terbaik di Liga Perdana musim depan.

“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan MFL.

“Ini kerana sudah lama kami tinggalkan Liga Super dan sudah tiba masa untuk kita lebih serius memburu slot tersebut pada musim 2021 nanti.”

Skuad Rusa membuat keputusan mengejutkan apabila melantik jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Sazali Saidon sebagai jurulatih baharu dan membawa masuk dua bekas pemain kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah dan Shahrom Kalam.

Mereka juga berjaya membawa masuk bekas pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin.

Musim lepas, Negeri Sembilan menduduki tangga keenam dalam saingan Liga Perdana dengan mengutip 29 mata daripada 20 perlawanan.




24/12/2019

THE FIGHTERS KEHILANGAN CHANTURU

FELDA United FC akur terlepas khidmat pemain berpengalaman, S Chanturu apabila pemain tengah itu memutuskan tidak bersama kelab berkenaan.

Ketiadaan Chanturu pasti memberi impak terutama jentera tengah The Fighters selepas kehilangan beberapa pemain yang memilih pasukan baru bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Namun, pengendali kelab itu, Mohd Nidzam Jamil percaya The Fighters mampu untuk mengimbangi ketiadaan pemain berpengalaman dengan kehadiran pemain import.

"Ketiadaan mereka sememangnya memberi kesan dalam mempersiapkan pasukan mengharungi cabaran getir dalam saingan Liga M musim depan.

"Tapi saya percaya dengan menyandarkan pemain sedia ada termasuk Jasazrin Jamaluddin yang juga pemain senior diharap membantu memperkasakan The Fighters," katanya.

Sebelum ini, empat pemain membuat keputusan meninggalkan kelab itu ialah Hadin Azman yang juga kapten pasukan musim ini, Christie Jayaseelan, Arif Fadzillah Abu Bakar dan Norazlan Razali.

Setakat ini, Hadin sudah mengesahkan pasukan baharu yang disertai iaitu Kedah, Arif Fadzillah (Terengganu FC), Norazlan (Melaka United), Christie (PJ City FC) dan Chanturu belum membuat pengumuman.

Bagi menghadapi saingan Lga M musim depan, Felda United mengesahkan empat pemain import bersama kelab itu iaitu Khairul Amri Kamal dari Singapura, Ryutaro Megumi (Jepun), Nicholas Velez (Argentina) dan Nikola Raspopovic (Serbia)



24/12/2019

TFC II TAGIH SENTUHAN MINTAH

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) II, Roshadi Wahab, yakin penyerang import, Jordan Mintah, berupaya mengulangi prestasi cemerlang bersama bekas pasukannya.

Malah, Roshadi turut gembira dengan prestasi penjaring terbanyak Liga Vietnam itu dalam sesi latihan sejak menyertai TFC II daripada Kaya FC dua minggu lalu.

Walaupun belum diuji dalam aksi pemanas badan bertemu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan TFC minggu lalu, kelincahan Mintah semakin berada dalam prestasi terbaik.

"Dia (Mintah) berjaya mendapatkan keserasian dengan tonggak import serta pemain tempatan lain biarpun belum 100 peratus.

"Saya berpuas hati dengan persembahannya sejak awal menyertai sesi latihan TFC II dan yakin dia mampu menunjukkan taring sebenar dalam Liga Perdana," katanya.

Sementara itu, Roshadi menyifatkan pemain muda negeri itu tetap akan memainkan peranan penting dalam pasukannya musim depan.

Antaranya Engku Nur Shakir Engku Yacob dan Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali yang menyinar bersama skuad Piala Presiden, TFC III, sebelum ini.

"Walaupun ada pemain import, tidak bermakna khidmat tonggak muda ini akan dipinggirkan, sebaliknya TFC II akan memainkan peranan menonjolkan pemain muda.

"Mereka akan bersama pasukan ini dalam misi tiga teratas Liga Perdana serta kembali merampas Piala Cabaran," kata Roshadi.

Kredit : *Terengganu FC (TFC)*


19/12/2019

LUNASKAN SEGERA WANG INSENTIF

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyelesaikan tunggakan wang insentif kepada semua persatuan negeri yang masih belum menerima geran berkenaan sehingga kini.

Menurutnya, SAFA juga masih belum menerima baki wang insentif itu, termasuk wang imbuhan kemenangan Liga Perdana 2019.

"Ketiadaan geran insentif terbabit bukan saja menyusahkan persatuan tetapi ia juga mencerminkan pengurusan FAM mahupun MFL yang tidak konsisten dan teratur," katanya.

"Tidak pernah dalam sejarah bola sepak negara di mana FAM tidak dapat menyelesaikan geran insentif sebelum ini.

"Persatuan negeri selama ini dibebani dengan kesemua perbelanjaan perlawanan, termasuk pembayaran pengadil yang terpaksa dibayar dahulu oleh negeri sebelum dibayar kemudian oleh FAM," tambahnya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, semalam.

Beliau juga berkata sekiranya FAM atau MFL tidak dapat menguruskan kesemua tanggungjawab berkenaan secara profesional, adalah lebih baik dua badan induk itu dirombak atau distruktur semula agar kewibawaannya tidak dipertikai dan akan ramai penaja senang hati membantu mereka.

"Kami tahu perbelanjaan untuk satu musim bukanlah sedikit, malah kelewatan persatuan membayar gaji kepada pemain lazimnya akan didenda oleh FAM atau FIFA, namun bagaimana p**a keadaan apabila FAM p**a yang bermasalah?

"Bagi SAFA, geran insentif berkenaan amat penting bagi pembentukan pelapis di peringkat negeri dan sekiranya tiada (geran), sudah pasti perancangan pembangunan bola sepak negeri akan terbantut," katanya.



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bangsar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kampung Kerinchi, Jalan Pantai Baru
Bangsar
59200