08/05/2023
Pihak CAAM menasihatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan sepanjang penganjuran Search and Rescue Exercise (SAREX) LIMA β23 bermula pada 9 hingga 11 Mei 2023 di Langkawi, Kedah.
Larangan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang melaksanakan latihan SAR di beberapa lokasi utama sekitar pulau peranginan tersebut.
Penggunaan dron tanpa kelulusan juga dikhuatiri boleh mengganggu pergerakan latihan yang menggunakan aset udara khususnya helikopter.
CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam dan Civil Aviation Directives (CADs).
βββββββββββββββββββββββββ
CAAM would like to advice the public not to fly drones throughout the Search and Rescue Exercise (SAREX) LIMA '23 happening from 9th to 11th May 2023 in Langkawi, Kedah.
This is to avoid any unwanted incident especially involving the safety and security aspects of the public as well as the rescue teams who are carrying out the Search and Rescue (SAR) training in key locations around Langkawi Island. The use of drones without approval is also feared to disrupt training movements involving air assets, especially helicopters.
CAAM would like to remind everyone that any aviation activity including the operation of drones that may cause danger to the public or property is subject to Section 4 of the Civil Aviation Act 1969 (Act 3); Regulation 98, Regulation 140-144, Civil Aviation Regulations and Civil Aviation Directives (CADs).
Sumber: Civil Aviation Authority of Malaysia