Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat

Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, Sport & recreation, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, Banting.

31/10/2025

Selamat maju jaya kepada kontinjen PKD Kuala Langat yang akan menyertai Sukan Muhibbah menentang pasukan daripada Kelab Perubatan Hospital Melaka pada 1 November 2025 (Sabtu).

Bertandinglah dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam acara bola jaring, bola tampar dan ping pong.

Semoga kejayaan berpihak kepada kita — PKD Kuala Langat, terus gagah di medan sukan! 💪🏆

Photos from Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat's post 26/10/2025

Pertandingan Bola Jaring PKD Kuala Langat.

Tarikh : 25 Oktober 2025.
Masa : 7.30 Pagi.
Hari : Sabtu.
Tempat : Padang Awam Kampung Sungai Buaya.



Photos from Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat's post 26/10/2025

Perlawanan Persahabatan Ping Pong Menentang Pasukan dari AMKOR TECHNOLOGY MALAYSIA SDN. BHD.

Tarikh : 25 Oktober 2025.
Masa : 8.00 Pagi.
Hari : Sabtu.
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok



Photos from Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat's post 26/10/2025

Perlawanan Persabatan Bola Tampar Anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan PKD Kuala Langat

Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Gelanggang Bola Tampar IPD Kuala Langat

Agensi terlibat:
1.Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
2.Hospital Banting


Photos from Wellness Hub Kuala Langat's post 26/10/2025
Photos from Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat's post 13/07/2025

*Keputusan Penuh Pertandingan Ping Pong Tertutup PKD Kuala Langat 2025*

Single Lelaki

1.En Fikri KKTS
2.En Irfan UPK
3.En Shahrin KKTPG

Single Wanita

1.Sn Shafira UKS
2.Sn Zatul KKJ
3.Dr Yew Mei Lee KKTS

Double Lelaki

1.KKTD -Dr Jazmi + En Arif
2.KKTS - En Amerul + En Nasrullah
3.KKJ - En Muaz + En Muaz

Photos from Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat's post 18/05/2025

AKTIVITI REKREASI: EKSPEDISI MERENTAS SG CHILING, KUALA KUBU BHARU

Wellness Hub Kuala Langat dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan PKD Kuala Langat telah mengadakan aktiviti rekreasi iaitu Ekspedisi Merentas Sungai Chiling yang akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Mei 2025. Perjalanan bermula jam 4.30 pagi dengan menaiki tiga kenderaan iaitu bas persiaran, van dan pacuan empat roda.

Setibanya di tempat parkir pintu masuk Sungai Chiling, peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua dan seorang pegawai atau pembantu perubatan. Doa selamat telah dibacakan sebelum memulakan ekspedisi.

Perjalanan ke Air Terjun Sungai Chiling mengambil masa selama satu jam. Peserta perlu melalui beberapa arus sungai sehingga ke paras pinggang sebelum sampai ke air terjun. Terdapat banyak ikan di dalam sungai menanti pengunjung di setiap arus. Peserta bebas untuk memberi makan kepada ikan dengan makanan ikan yang telah dibekalkan.

Peserta telah selamat turun ke bawah pada jam 12.00 tengah hari. Kenderaan bertolak pulang pada jam 1.30 petang dan tiba di Banting pada jam 4.30 petang.

Semoga aktiviti yang diadakan ini memberi pengalaman yang indah buat semua peserta dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Photos from Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat's post 28/03/2025

Program Ihya Ramadan 2025

27 Mac 2025 (Khamis) - Terima kasih diucapkan kepada Dr Norhayati binti Mokhtar, Pegawai Kesihatan Daerah PKD Kuala Langat merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan & Sukan PKD Kuala Langat atas penyampaian sumbangan hasil kutipan Program Ihya' Ramadan 2025 anjuran Kelab Kebajikan & Sukan PKD Kuala Langat kepada Rumah Anak Yatim Assolihin Kanchong Darat.

Sebanyak Rm 2010 telah diserahkan kepada Rumah ini. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga amalan kita ini diterima oleh Allah swt.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Banting?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat
Banting
42700