30/08/2026
⚽ KEJOHANAN BOLA PADANG 9 SEBELAH 🏆
Semangat kesukanan dan kebersamaan anak muda terus disemarakkan! 💪🔥
Anak Muda Taman Greenwood tampil menyertai Kejohanan Bola Padang 9 Sebelah, membawa semangat juang, disiplin dan kekitaan dalam setiap perlawanan.
Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membina ukhuwah, keyakinan diri dan semangat komuniti melalui sukan. 🤝⚽
Ayuh Anak Muda Taman Greenwood!
Berjuang dengan semangat, bermain dengan sportif dan bawa nama taman dengan penuh bangga! 💚🔥
10/12/2025
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه...
Assalamualaikum ....
Dukacita dimaklumkan.. Abdul Khalil hj Ghani 34 tahun ( anak Arwah Hj Ghani Jln 3 Gwp ) telah meninggal dunia tngahari ini di rumah Ibu Mertuanya di Perlis.. . Maafkan dan halalkan lah dia sekiranya ada salah kata, tingkah laku dan makan dan minum semasa hidupnya...
Harap Maklum..
01/03/2025
KEPUTUSAN PERLAWANAN | GREENWOOD FC VS CHAMPION FC
Perlawanan persahabatan yang berlangsung semalam menyaksikan aksi sengit antara Greenwood FC dan Champion FC, dengan kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas 90 minit permainan.
Perlawanan ini bukan sekadar menguji kehebatan di atas padang, tetapi juga menjadi medan untuk memperkukuh ukhuwah dan semangat kesukanan antara pemain dari kedua-dua pasukan.
# # # Senarai Penjaring Greenwood FC:
⚽ Zul Panda – 1 gol
⚽ Adam Cepet – 2 gol
Syabas kepada semua pemain yang telah menunjukkan aksi terbaik dengan penuh semangat juang serta kesefahaman yang tinggi di dalam padang. Setiap jaringan, hantaran, dan gerakan yang dipamerkan membuktikan kesungguhan serta usaha keras yang telah dicurahkan sepanjang perlawanan.
Walaupun keputusan seri, semangat yang ditunjukkan jauh lebih bermakna daripada sekadar angka di papan skor. Insha Allah, perlawanan seperti ini akan terus menjadi platform bagi kita semua untuk mengukuhkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan dalam komuniti bola sepak kita.
Bagi pihak Greenwood FC, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua pemain, penyokong, dan seluruh umat Islam. Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, kesabaran, serta kekuatan buat kita semua.
"Puasa jangan tak puasa, haa!" 😆
Teruskan berlatih, kekalkan semangat kesukanan, dan jumpa lagi di perlawanan seterusnya!
31/08/2024
Terima kasih Greenwood FC.
Futsal Santai bersama Pemuda.
19/03/2024
Malam ke 9 Ramadan. Jemaah makin susut tidak seperti malam pertama Ramadan. Masjid atau surau sekitar korang dah berapa saff?
Lokasi : Masjid Ar Rahimah, Taman Greenwood
24/09/2022
Nok ko suasano jah….
Greenwood FC [4] vs Tahfiz Al Yamani [0]
-Omar
-Izzudin
-Aiman
-Izzudin
09/04/2022
Alhamdulillah. Solat jenazah Arwah Azam Zakaria memenuhi ruang solat. Ramai yang sayang Arwah Azam.
Waktu nak tanam pun ramai kawan2 berebut nak bantu cangkul dan mudahkan urusan kubur Arwah Azam tadi.
Awan pun mendung sepanjang proses pengkuburan bacaan talkin oleh tuan imam tadi.
Semoga ini semua petanda kematian khusnul khotimah. Semoga Allah ampun kan segala dosa dan kesalahan Arwah Azam. Dan menjadikan kuburan itu adalah sebahagian dari taman-taman Syurga.
09/04/2022
Kami kehilangan seorang sahabat sama2 main bola petang.
Dibulan Ramadan yang mulia ini dipilih Allah untuk dijemput ke alam yang seterusnya.
Berehatlah wahai Azam Zakariaa sesungguhnan kami juga akan menyusuri perjalananmu suatu hari nanti.