Alternative Cycling Club - ACC Gombak

Alternative Cycling Club - ACC Gombak

Share

Alternative Cycling Club - ACC Gombak merupakan platform terkini anak muda yang meminati sukan basikal di serata tanah air. Kami di Gombak menyediakan wadahnya.

ACC Gombak bercita-cita melahirkan individu yang mahir di dalam sukan basikal dan memanfaatkan kebolehan yang ada untuk tujuan yang bermanfaat.

Photos from Alternative Cycling Club - ACC Gombak's post 30/01/2025

Kayuhan Solidariti Palestine semalam sempena sokongan kepada Minggu Al-Quds Sedunia 2025 yang dilancarkan baru-baru ini. Kayuhan solidariti ini anjuran bersama NGO Ikhlas Care dan ACC Gombak.

Kayuhan sebagai tanda sokongan penuh kami terhadap perjuangan membebaskan Al-Quds. Kami nak pergi sana tak mampu. Lalu kami buatlah apa yang termampu.

31/12/2023

Alhamdulillah, selesai kayuhan untuk tahun 2023 ini. Azam tahun 2024 dapat kayuh lebih jauh lagi dengan pace lebih tinggi, insyaAllah.

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata;

“Rasulullah SAW bersabda: Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah swt daripada Mukmin yang lemah.

Gombak.

14/10/2023

Solo ride ACC Gombak for G4Z@ this evening. Kayuhan solidariti untuk sahabat-sahabat seperjuangan.

Nak pergi ke sana tak mampu, jadi buatlah mana-mana yang mampu. Jom semua riders, kita kayuh untuk kesejahteraan umat Islam G4z@


23/01/2023

Jangan berhenti kayuh .

Photos from Alternative Cycling Club - ACC Gombak's post 18/12/2022

1,000 kilometers ride in 1 year. (19 Disember 2021 - 19 Disember 2022)

Alhamdulillah, tercapai sudah personal target untuk kayuh 1,000 kilometer dalam masa setahun semalam walaupun ada berbaki 2 hari lagi sebelum cukup tempoh setahun.

Terima kasih kepada Alternative Cycling Club (ACC) Gombak yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti sihat seperti ini.

Bukan hadiah medal atau wang ringgit yang dikejar, tapi hadiah kesihatan tubuh badan itulah yang lebih utama.

Ibnu Majah ada meriwayatkan sebuah hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan(iman)."

Jom kayuh untuk sihat tubuh badan kerana kesihatan badan juga adalah sebahagian urusan agama.

Credit to FB Muhammad Fadzli bin Abu Bakar (Mantan Pengarah DACS Malaysia)


10/06/2022

SYABAB QURBAN 1443H

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)”
Surah Al-Kauthar 108:2

Syabab Care mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam menyampaikan daging korban segar kalian buat penduduk miskin di Kawasan dan Negara Terpilih.

Bermula dari kadar serendah RM 390 sebahagian, anda berpeluang berkorban ke Kemboja, Mindanao Filipina, Lombok Indonesia, Pattani Thailand hatta ke Afghanistan dan Sudan termasuk Selangor dan Sabah.

Daftarkan penyertaan qurban anda di sini 🔰
https://syababcare.my/?ref=Muhammad+Fadzli+Abu+Bakar

atau hubungi 🔰
Wasap.my/60162259002/SyababQurban
untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Sumbangan juga boleh dimasukkan ke akaun berikut :
12225010033772 - BANK ISLAM
TETUAN PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN DAN KEBAJIKAN

Wakil Sah : Fadzli

Photos from Alternative Cycling Club - ACC Gombak's post 28/02/2022

Kayuhan basikal sempena minggu Al-Quds.

Alhamdulillah, Sdra Fadzli, bekas Pengarah DACS Malaysia dan DACS Gombak melakukan kayuh solo basikal sempena Minggu Al-Quds yang sedang berlangsung sekarang.

"Niat di hati nak join Kayuhan Al-Quds di Kedah bersama penganjur, tapi tak mampu nak pergi ke sana. Jadi kayuh di sekitar Gombak-KL je lah sambil pakai baju MyAqsa bagi sama-sama menyatakan solidariti kepada pejuang Al-Quds", kata beliau.

Nak join konvoi motor ARC, motor p**a uzur tak mampu nak ride jauh-jauh. Jadi kesimp**annya, tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

Minggu al-Quds Sedunia akan berjalan serentak di seluruh dunia pada 25 Februari hingga 5 Mac 2022.

Bertujuan untuk mengangkat solidariti ummah, memberi pendedahan berkenaan sejarah, kepentingan serta ancaman yang dihadapi oleh Masjid Al-Aqsa dan orang-orang Palestin.

Jom sertai program-program yang bakal berlangsung.

Bersama kita memperteguh solidariti Al-Quds dengan saudara-saudara kita di Palestin, sekaligus terlibat dalam menjayakan Minggu Al-Quds Sedunia ini insya-Allah.



18/10/2021

ALTERNATIVE CYCLING CLUB (ACC) GOMBAK BERSOLAWAT.

Kayuhan sempena Maulidur Rasul 1443 Hijrah sekitar Gombak dan Kuala Lumpur petang tadi. Sambil kayuh sambil bersolawat ke atas nabi.

Memiliki tubuh badan yang sihat dan kekal aktif adalah selari dengan tuntutan Islam seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."

(Hadis Riwayat Bukhari)

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah."

(Hadis Riwayat Muslim)

Ayuh perbanyakkan solawat setiap masa ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang senantiasa merindui kita selaku umatnya.

"MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI"



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Batu Caves?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Batu Caves
68100