Warga Selayang ‼️ kat kelana jaya ada buat LELONG pakaian raya.. Serbu‼️
✔️ Ada cabutan bertuah jugak tuu 😍
Warga Selayang
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Warga Selayang, Sports & Recreation Venue, No. 47-1, Jalan Prima SG 3/1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Batu Caves.
Bukit Taman sri gombak @ Jalan pinggiran batu caves
05/06/2024
PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH GOMBAK BERSAMA ANGGOTA SEKTOR BALAI POLIS SELAYANG
Gombak, 4 Jun 2024 (Selasa) - YDH ACP Noor Ariffin bin Mohamad Nasir, Ketua Polis Daerah Gombak telah mengadakan perjumpaan bersama anggota sektor Balai Polis Selayang di Bilik Taklimat Balai Polis Selayang.
Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengetahui sektor-sektor yang ada dibawah pentadbiran Balai Polis Selayang. Dalam perjumpaan ini juga YDH Tuan KPD Gombak mendengar permasalahan dikawasan sektor serta trend jenayah di setiap sektor. YDH Tuan KPD Gombak juga menyampaikan beberapa amanat kepada anggota sektor untuk lebih mendekati penduduk di komuniti setempat sesuai dengan tema "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada".
Turut hadir, YDH Supt. Abang Kaderi bin Abang Wasli, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Ketua-Ketua Bahagian, Insp Mohd Ridzuan bin Alang, Ketua Polis Balai Selayang serta Anggota Sektor Balai Polis Selayang.
05/10/2023
PERHATIAN:
-: PEMILIK INI, SILA HADIR KE KSTAR FAMILY KARAOKE PRIMA GOMBAK UTK DAPATKAN SEMULA WALLET ANDA YG TERTINGGAL.. BERJUMPA WAKIL PIHAK KAMI DI BAHAGIAN KAUNTER..
‼️KAMI DARI PIHAK KSTAR TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SEKIRANYA ADA BERLAKU KEHILANGAN APA² YG BERNILAI ATAU PENTING DIDALAM WALLET INI..
HARAP MAKLUM..
KSTAR GOMBAK FAMILY KARAOKE
16/12/2022
DUNIA
Tanah runtuh Genting Highland:
Angka kematian meningkat kepada 16, 17 hilang
Tanah runtuh Genting Highland: Angka kematian meningkat kepada 16, 17 hilang
Anggaran Waktu Membaca: 2 min
Tanah runtuh Genting Highland: Angka kematian meningkat kepada 16, 17 hilang
(Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia/Twitter)
Diterbitkan : 16 Dec 2022 09:34AM
Dikemas Kini : 16 Dec 2022 02:28PM
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 16 orang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di Gohtong Jaya, Genting Highland, awal pagi Jumaat (16 Dis).
7 masih hilang setakat 1 tengah hari, manakala 61 lagi ditemui selamat, menurut polis.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata fokus utama pasukan penyelamat adalah mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih tertimbus.
Beliau berkata demikian semasa melawat mangsa yang cedera di Hospital Selayang di Selangor.
Polis menyatakan antara mereka yang disahkan meninggal dunia termasuk dua budak lelaki, seorang budak perempuan, lapan wanita dan dua lelaki.
Ketua Polis daerah Hulu Selangor Suffian Abdullah berkata secara keseluruhan sekitar 94 mangsa terjejas, dengan kesemuanya penduduk tempatan termasuk pekerja di tapak perkhemahan tersebut.
Menurut BH Online, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, memaklumkan bahawa lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka antara mangsa tanah runtuh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pegawai bomba mula tiba di tapak kejadian sekitar pukul 3.00 pagi selepas menerima panggilan meminta bantuan pada 2.24 pagi.
Menurutnya kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father's Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan jalan berkenaan.
Ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata kegagalan kaki cerun dipercayai punca kejadian runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan awal pagi tadi.
Siasatan awal mendapati tiada tanda awal runtuhan dikenal pasti, selain memaklumkan keadaan cerun adalah landai dan memenuhi kriteria cerun selamat.
Sehubungan itu, katanya, semua lokasi aktiviti riadah sekitar Batang Kali akan ditutup kepada umum sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Armizan Mohd Ali, berkata kepada Bernama TV, pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Hulu Selangor turut bersama membantu pasukan keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kenyataan menyebut akan meninjau kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, malam ini.
Beliau mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri lain juga turut melawat lokasi kejadian termasuk Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak/ Tugas-tugas Khas), Mohd Ali.
07/12/2022
𝐎𝐏 𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐁𝐒𝐏𝐓𝐃 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊
"𝑴𝒆𝒍𝒆𝒏𝒕𝒖𝒓 𝑩𝒖𝒍𝒐𝒉 𝑩𝒊𝒂𝒓𝒍𝒂𝒉 𝑫𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒆𝒃𝒖𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂"
Pada 07 Disember 2022 (Rabu) Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah menjalankan Op Didik di Jalan Sungai Tua - Ulu Yam berhampiran dengan SMK Taman Selayang, SMK Sri Selayang, SK (1) Taman Selayang dan SK (2) Taman Selayang.
Operasi bermula jam 12.00 tengahari sehingga 1.45 tengahari,Operasi ini melibatkan 2 Pegawai Kanan,15 Anggota Polis Trafik dan 10 Anggota Polis dari Balai Polis Selayang.
Seramai 187 orang dan 164 buah kenderaan telah diperiksa. Sebanyak 142 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan lalulintas terutamanya kesalahan tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu.
Penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berterusan bagi memupuk kesedaran terhadap pelajar sekolah dan penduduk setempat untuk mematuhi undang-undang lalulintas sepertimana peribahasa melayu "𝑴𝒆𝒍𝒆𝒏𝒕𝒖𝒓 𝑩𝒖𝒍𝒐𝒉 𝑩𝒊𝒂𝒓𝒍𝒂𝒉 𝑫𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒆𝒃𝒖𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂".
07/12/2022
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan Pertandingan Battle of The Band MPS 2022 pada 10 Disember 2022 (Sabtu) bertempat di Dataran Sungai Tua, Batu Caves.
Peringkat saringan akan diadakan pada pukul 2.00 petang manakala pertandingan akhir akan diadakan pada pukul 8.30 malam. Pertandingan akhir Battle Of The Band MPS 2022 akan dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Mamat Exist.
Hadir beramai-ramai bagi menyaksikan kumpulan-kumpulan hebat berentap merebut gelaran Juara Battle Of The Band MPS 2022. 🎤🤩
07/12/2022
Assalamualaikum and Hai Parents !
Mencari Home Tuition?
ADAKAH ANDA?
==========
→ Tidak cukup masa atau jauh ingin menghantar anak ke kelas tuisyen di luar?
→ Tidak cukup masa untuk mengajar anak?
→ Ingin tahu format terbaru pendidikan sekolah masa kini?
→ Mengalami kesukaran untuk mengajar anak sendiri?
→ Inginkan kelas persendirian untuk anak anda?
→ Mengalami masalah anak ketinggalan di sekolah?
*Nota Akan Disediakan bagi setiap pelajar
*Kelas Tambahan Percuma akan diberikan kepada semua pelajar
JANGAN RISAU..
=========================
✔ Tutor sedia untuk ke RUMAH ANDA.
✔ Menjimatkan MASA.
✔ Masa kelas adalah FLEXIBLE.
✔ Kelas AKAN DIGANTI sekiranya pelajar mempunyai urusan
Click link di bwh untuk membuat pendaftaran segara😇
http://www.wasap.my/60183704365/tuisyen
09/08/2022
ANDA DIJEMPUT UNTUK SERTAI KAMI!
✅ Wedding Planners
✅ Catering
✅ Florists/Wedding Deco
✅ Photographers/Videographers
✅ Bridal Studio
✅ Bridal Boutique
✅ Tailor Made Boutique
✅ Makeup Artist (MUA)
✅ Henna Artist
✅ Convention Centre
✅ Sound Lighting System
✅ Wedding Doorgifts
Aaron Network bakal mengadakan “2022 Bridal Festival” di AEON Mall Bandaraya Melaka, AEON Mall Bukit Indah Johor Bahru dan Aeon Mall Shah Alam!
Dengan jaminan promo secara besar-besaran untuk menarik pengunjung melalui bunting di jalan utama, Facebook dan Instagram.
Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan seperti cabutan bertuah berbentuk voucher kelengkapan perkahwinan dan perarakan dan persandingan pengantin!
Tarikh :
6 - 11 September 2022 (AEON Mall Bandaraya Melaka)
20 - 25 September 2022 (AEON Mall Bukit Indah Johor Bahru)
8 - 13 November 2022 (AEON Mall Shah Alam)
Daftar sebagai vendor 2022 Bridal Fesival sekarang!
https://linktr.ee/aaronnetwork
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
No. 47-1, Jalan Prima SG 3/1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Batu Caves
68100