Mutiara JR. Academy

Call Directions Contact the business

Mutiara JR. Academy Akademi pembangunan bola sepak belia οΏ½
Fokus disiplin, kemahiran & karakter pemain

πŸ“Š CURRENT STANDINGS | MYL U16 πŸ”₯Satu perlawanan berlalu. Perjalanan baru bermula. πŸ”΄βšͺSelepas aksi pembukaan Malaysia Youth...
29/09/2026

πŸ“Š CURRENT STANDINGS | MYL U16 πŸ”₯
Satu perlawanan berlalu. Perjalanan baru bermula. πŸ”΄βšͺ

Selepas aksi pembukaan Malaysia Youth League (MYL) Musim B 2026, skuad U16 Mutiara JR Academy kini berada di kedudukan ke-4 Kumpulan B.

πŸ“Š 1 Perlawanan | 0 Menang | 0 Seri | 1 Kalah | 0 Mata

Keputusan pertama belum memberikan mata yang dicari, tetapi untuk sebuah skuad yang sedang membina pengalaman dan keserasian, setiap minit di atas padang membawa pelajaran yang cukup berharga.

Kini fokus beralih kepada perlawanan seterusnya. Bukan melihat apa yang sudah terlepas, tetapi bagaimana kita memberikan respon selepasnya.

Kumpulan B masih terbuka, perjalanan masih panjang dan peluang masih ada untuk diperjuangkan. πŸ’ͺπŸ”₯

Terus bekerja. Perbaiki kelemahan. Kekalkan disiplin. Dan apabila peluang datang, rebut bersama sebagai satu pasukan.
πŸ‰ U16 MJR β€” perjalanan baru bermula.
ZERO TO HERO

BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
πŸ”΄βšͺ WE ARE MJR

πŸ“Š MYL U12 | CURRENT STANDINGS πŸ”₯Perjalanan masih panjang. Perjuangan belum selesai. πŸ’ͺ⚽Selepas 2 perlawanan dalam saingan ...
29/09/2026

πŸ“Š MYL U12 | CURRENT STANDINGS πŸ”₯
Perjalanan masih panjang. Perjuangan belum selesai. πŸ’ͺ⚽

Selepas 2 perlawanan dalam saingan Malaysia Youth League (MYL) Musim B 2026, skuad U12 PRIME Mutiara JR Academy kini berada di kedudukan ke-7 dengan 1 mata.

πŸ“Š 2 Perlawanan | 0 Menang | 1 Seri | 1 Kalah | 1 Mata

Bukan permulaan yang kita harapkan, tetapi inilah realiti sebuah perjalanan. Setiap keputusan memberi pengalaman, setiap kesilapan memberi pengajaran dan setiap perlawanan membuka ruang untuk kita menjadi lebih baik.

Masih banyak yang perlu diperbaiki β€” daripada fokus, komunikasi, disiplin bertahan sehinggalah keberanian membuat keputusan di atas padang.

Namun satu perkara tidak berubah β€” kita terus bekerja.

Kedudukan hari ini bukan penamat. Masih ada perlawanan untuk dikejar, masih ada mata untuk diperjuangkan dan masih ada ruang untuk U12 PRIME bangkit. πŸ‰πŸ”₯

Jangan lihat sejauh mana kita berada di belakang. Lihat berapa banyak ruang yang masih ada untuk kita bergerak ke hadapan.
Terus belajar. Terus berjuang. U12 PRIME, bangkit bersama! πŸ’™πŸ’›
ZERO TO HERO
BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
WE ARE MJR

πŸ”₯🐯 LIGA SUPARIMAU PENANG U14 | PERJALANAN BARU BERMULASelepas aksi pertama Liga Suparimau, U14 WARRIOR Mutiara JR Academ...
29/09/2026

πŸ”₯🐯 LIGA SUPARIMAU PENANG U14 | PERJALANAN BARU BERMULA
Selepas aksi pertama Liga Suparimau, U14 WARRIOR Mutiara JR Academy kini berada di kedudukan ke-3 carta liga.

πŸ“Š Selepas 1 Perlawanan
⚽ Main: 1
❌ Kalah: 1
πŸ₯… GD: -1
πŸ† Mata: 0

Keputusan pertama mungkin belum memihak kepada kita, namun kekalahan tipis itu memberikan banyak pengalaman dan perkara yang boleh dipelajari oleh skuad U14 Warrior.
Liga masih panjang. Ini baru langkah pertama. πŸ’ͺ

Apa yang penting sekarang adalah bagaimana pemain bangkit, belajar daripada kesilapan dan terus memperbaiki permainan dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Kami tidak mengejar kesempurnaan dalam sehari.

Kami sedang membina sebuah pasukan. ⚽πŸ”₯
Terus bekerja. Terus percaya. Terus berjuang.

βš”οΈ U14 WARRIOR β€” THE JOURNEY CONTINUES.
πŸ’™πŸ’› WE ARE MJR
πŸ‰ ZERO TO HERO

BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA

πŸ”₯⚽ KEDUDUKAN TERKINI U14 | LABPP 2026 β€οΈπŸ’™Perjalanan masih panjang, tetapi Skuad U14 Mutiara JR Academy terus berada dala...
29/09/2026

πŸ”₯⚽ KEDUDUKAN TERKINI U14 | LABPP 2026 β€οΈπŸ’™
Perjalanan masih panjang, tetapi Skuad U14 Mutiara JR Academy terus berada dalam kelompok yang bersaing.

Selepas 6 perlawanan, U14 MJR kini berada di kedudukan ke-5 dengan kutipan 10 mata.
πŸ“Š Rekod semasa:

βœ… 3 Menang
🀝 1 Seri
❌ 2 Kalah
πŸ† 10 Mata

Apa yang menarik, persaingan di bahagian tengah carta cukup rapat. Beberapa pasukan berkongsi jumlah mata yang sama, jadi setiap perlawanan selepas ini akan menjadi peluang untuk U14 terus memperbaiki kedudukan.

Untuk sebuah skuad yang masih melalui proses membina keserasian, disiplin taktikal dan kematangan permainan, setiap perlawanan memberikan pengalaman yang berbeza.

Menang jangan terlalu selesa.
Kalah jangan cepat tunduk.
Seri jangan berhenti mencari apa yang boleh diperbaiki.

Kerana pembangunan pemain bukan dinilai daripada satu keputusan sahaja β€” tetapi daripada bagaimana mereka belajar, berubah dan kembali lebih baik pada perlawanan seterusnya. πŸ’ͺπŸ”₯

Masih ada ruang untuk naik.
Masih ada mata untuk diburu.

Dan yang paling penting, masih ada banyak peluang untuk membuktikan kemampuan.

Teruskan kerja, U14. Jangan terlalu melihat siapa di atas atau siapa di bawah β€” fokus kepada permainan kita sendiri dan kejar satu demi satu. πŸ‰βš½
β€οΈπŸ’™ BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
πŸ‰ WE ARE MJR!
πŸ”₯ ZERO TO HERO

πŸ”₯⚽ KEDUDUKAN TERKINI U12 | LABPP 2026 πŸ’›πŸ©΅Selesai 12 perlawanan, Skuad U12 Mutiara JR Academy kini berada di kedudukan ke-...
29/09/2026

πŸ”₯⚽ KEDUDUKAN TERKINI U12 | LABPP 2026 πŸ’›πŸ©΅
Selesai 12 perlawanan, Skuad U12 Mutiara JR Academy kini berada di kedudukan ke-4 liga dengan kutipan 24 mata.

πŸ“Š Rekod setakat ini:
βœ… 7 Menang
🀝 3 Seri
❌ 2 Kalah
πŸ† 24 Mata

Satu kedudukan yang positif, tetapi perjalanan masih belum selesai. Malah Round 4 baru-baru ini sekali lagi menunjukkan bahawa pasukan ini masih mempunyai banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Walaupun berjaya membawa pulang 6 mata daripada 3 perlawanan, U12 belum mempamerkan permainan terbaik mereka.

Masalah lambat panas dan kesilapan mudah masih perlu diberi perhatian.

Tetapi ada satu perkara yang semakin jelas tentang pasukan ini…

Mereka ada karakter untuk bangkit. Mereka ada β€œaura comeback”. πŸ”₯πŸ’ͺ

Apabila ketinggalan, mereka tidak mudah menyerah. Apabila permainan menjadi sukar, mereka masih mahu melawan sehingga wisel terakhir.

Mentaliti seperti inilah yang perlu terus dipupuk β€” sambil belajar untuk lebih fokus sejak minit pertama, bukan selepas dihukum pihak lawan.

Berada di Top 4 selepas 12 perlawanan bukan alasan untuk selesa. Sebaliknya, ia menjadi cabaran untuk bekerja lebih keras kerana setiap mata selepas ini semakin bernilai.

Jangan hanya belajar bagaimana untuk bangkit selepas ketinggalan.

Belajarlah bagaimana untuk mengawal permainan supaya kita tidak perlu mengejar. πŸ’›πŸ©΅

Teruskan kerja, U12.
24 mata sudah dikumpul β€” perjalanan masih panjang dan masih ada ruang untuk naik lebih tinggi. πŸ‰πŸ”₯
BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
πŸ’›πŸ©΅ WE ARE MJR!
πŸ”₯ ZERO TO HERO

πŸ”₯⚽ KEDUDUKAN TERKINI U10 | LABPP 2026 🀍❀️Satu langkah demi satu langkah. Skuad U10 Mutiara JR Academy terus menunjukkan ...
29/09/2026

πŸ”₯⚽ KEDUDUKAN TERKINI U10 | LABPP 2026 🀍❀️
Satu langkah demi satu langkah. Skuad U10 Mutiara JR Academy terus menunjukkan perkembangan yang positif.

Selepas 12 perlawanan, U10 MJR kini berada di kedudukan ke-6 dengan kutipan 14 mata, hasil daripada:

βœ… 4 Kemenangan
🀝 2 Seri
❌ 6 Kekalahan
πŸ† 14 Mata

Lebih menggembirakan, Round 4 baru-baru ini menyaksikan perubahan yang cukup baik apabila U10 berjaya mengutip 5 mata tanpa sebarang kekalahan β€” 1 menang dan 2 seri. πŸ”₯πŸ’ͺ

Percaturan baharu barisan kejurulatihan mula memperlihatkan sesuatu yang positif.

Anak-anak semakin berani, semakin memahami permainan dan mula menunjukkan karakter apabila berada di atas padang.

Namun kedudukan ke-6 bukan tempat untuk kita berhenti.

Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, masih ada banyak perkara yang perlu dipelajari dan masih ada ruang yang besar untuk pasukan ini berkembang.

Dalam pembangunan bola sepak usia muda, kita tidak mencari perubahan dalam sehari. Kita mahu melihat mereka hari ini lebih baik daripada mereka semalam. 🌱⚽

Daripada jatuh, mereka belajar bangun.
Daripada kalah, mereka belajar memperbaiki.
Daripada latihan, mereka membina keyakinan.

Teruskan momentum U10. Jangan cepat selesa. Jangan takut melakukan kesilapan ketika belajar. πŸ”₯

Carta hanya menunjukkan kedudukan kita hari ini β€” usaha, disiplin dan kesungguhan akan menentukan di mana kita berada esok. 🀍❀️
BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
πŸ‰ WE ARE MJR!
πŸ”₯ ZERO TO HERO

πŸ’™βš½ JANGAN NILAI PERJALANAN MEREKA HANYA MELALUI CARTASelesai 12 perlawanan, Skuad U8 Mutiara JR Academy kini mengumpul 8...
29/09/2026

πŸ’™βš½ JANGAN NILAI PERJALANAN MEREKA HANYA MELALUI CARTA
Selesai 12 perlawanan, Skuad U8 Mutiara JR Academy kini mengumpul 8 mata hasil daripada 2 kemenangan, 2 seri dan 8 kekalahan.

Ya, hari ini nama MJR masih berada di bahagian bawah carta.

Tetapi untuk anak-anak seusia ini, kedudukan hari ini bukan penamat kepada perjalanan mereka. Ia hanyalah satu titik kecil dalam proses yang masih panjang. 🌱⚽

Ada antara mereka yang masih belajar mengawal bola dengan baik.

Ada yang sedang membina keberanian untuk berdepan lawan.

Ada yang baru memahami posisi dan cara bermain sebagai satu pasukan.

Sebab itu setiap kemenangan kita raikan, setiap keputusan seri kita hargai dan setiap kekalahan kita jadikan pelajaran.

Mungkin hari ini mereka belum berada di atas.
Mungkin hari ini mereka masih banyak melakukan kesilapan.

Tetapi siapa tahu… pemain yang sedang jatuh, bangun dan belajar hari ini mungkin menjadi pemain yang paling sukar dihentikan suatu hari nanti. πŸ”₯

Jangan takut bermula dari bawah.
Kerana sesuatu yang hebat tidak semestinya bermula dengan kemenangan β€” kadang-kadang ia bermula dengan keberanian untuk terus mencuba walaupun berkali-kali tewas.

Kepada anak-anak U8 MJR, terus datang latihan. Terus kejar bola. Terus belajar. Terus bergembira dengan permainan ini.

Hari ini kita bina asas.
Esok kita bina keyakinan.
Satu hari nanti, kita akan lihat sejauh mana mereka telah pergi. πŸ’™πŸ’›

Perjalanan masih panjang, anak-anak.
Keep going. Your story has only just begun. πŸ‰πŸ”₯
BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
πŸ’™πŸ’› WE ARE MJR!
πŸ”₯ ZERO TO HERO

⚽ TIDAK SEMUA PEMAIN BERMULA SEBAGAI BINTANG ⭐Ada yang bermula dengan serba kekurangan.Ada yang masih mencari keyakinan....
28/09/2026

⚽ TIDAK SEMUA PEMAIN BERMULA SEBAGAI BINTANG ⭐
Ada yang bermula dengan serba kekurangan.
Ada yang masih mencari keyakinan.
Ada yang jatuh berkali-kali, melakukan kesilapan dan pernah rasa dirinya jauh tertinggal.

Tetapi satu perkara yang boleh mengubah semuanya β€” jangan berhenti mencuba.

Bakat mungkin memberi sedikit kelebihan, tetapi disiplin, usaha, kesungguhan dan keberanian untuk terus belajar yang akan membawa seorang pemain lebih jauh.

Hari ini mungkin belum menyerlah.
Hari ini mungkin belum menjadi pilihan.

Tapi selagi masih sanggup turun berlatih, mendengar teguran dan memperbaiki diri β€” cerita itu masih belum selesai. πŸ’ͺ⚽

β€œTidak semua pemain bermula sebagai bintang. Ada yang hanya terus berlatih ketika orang lain sudah berhenti mencuba.”

Teruskan perjalanan.
Dari kosong, kita bina sedikit demi sedikit.
ZERO TO HERO. πŸ’™πŸ’›
WE ARE MJR. πŸ‰βš½

πŸ”₯⚽ LABPP ROUND 4 | U12 MUTIARA JR ACADEMY πŸ’›πŸ’™6 mata berjaya dibawa pulang! πŸ’ͺBukan persembahan terbaik U12, tetapi satu pe...
28/09/2026

πŸ”₯⚽ LABPP ROUND 4 | U12 MUTIARA JR ACADEMY πŸ’›πŸ’™
6 mata berjaya dibawa pulang! πŸ’ͺ

Bukan persembahan terbaik U12, tetapi satu perkara yang cukup jelas β€” skuad ini ada jiwa untuk melawan sampai habis. πŸ”₯

Dalam saingan LABPP Round 4, U12 Mutiara JR Academy menamatkan tiga perlawanan dengan rekod:
βœ… 2 Menang
❌ 1 Kalah
πŸ† 6 Mata Dibawa Pulang

Secara keseluruhan, permainan kali ini masih belum berada pada tahap terbaik mereka.

Masalah yang sama masih perlu diberikan perhatian β€” lambat mendapatkan rentak permainan dan kesilapan-kesilapan mudah yang akhirnya memberi ruang kepada pihak lawan.

Kadang-kadang macam dah jadi tabiat pula… πŸ˜…

Kena bagi lawan gol dulu, baru enjin nak panas! πŸ”₯πŸ˜‚

Tapi di situlah satu karakter menarik skuad U12 ini mula kelihatan.

Apabila ketinggalan, mereka tidak mudah mengalah. Mereka mula meningkatkan tempo, berani menekan, mengejar semula permainan dan menunjukkan satu β€œaura comeback” yang semakin menjadi identiti pasukan ini. πŸ’ͺ⚽

Sikap mahu melawan sehingga wisel terakhir itu memang layak diberikan pujian. ❀️

Namun untuk pergi lebih jauh, U12 perlu belajar bermula dengan fokus sejak minit pertama, bukan hanya bermain pada tahap sebenar selepas dihukum pihak lawan.

Kesilapan mudah perlu dikurangkan kerana apabila bertemu pasukan yang lebih kuat, satu kesilapan kecil sahaja boleh menentukan keputusan perlawanan.

6 mata adalah hasil yang positif, tetapi masih banyak kerja menanti.

Ambil kemenangan sebagai keyakinan.
Ambil kekalahan sebagai pelajaran.
Dan kekalkan mentaliti tak mahu menyerah apabila berada di belakang. πŸ”₯

Syabas kepada semua pelatih, barisan Coaches, Management serta waris yang terus memberikan sokongan kepada U12 MJR. πŸ‘πŸ’›πŸ’™

Jangan tunggu kena gol baru nak hidup, U12! πŸ˜…πŸ”₯
Next round, kita panas dari wisel pertama!
BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
πŸ’™πŸ’› WE ARE MJR!
πŸ”₯ ZERO TO HERO

πŸ‰βš½ LABPP ROUND 4 | U10 MUTIARA JR ACADEMY πŸ”₯Alhamdulillah, satu perubahan yang cukup positif buat Skuad U10 MJR! πŸ’™πŸ’›Selepa...
28/09/2026

πŸ‰βš½ LABPP ROUND 4 | U10 MUTIARA JR ACADEMY πŸ”₯
Alhamdulillah, satu perubahan yang cukup positif buat Skuad U10 MJR! πŸ’™πŸ’›

Selepas melalui beberapa pusingan yang mencabar, Round 4 kali ini memperlihatkan wajah berbeza U10 Mutiara JR Academy apabila berjaya membawa pulang 5 mata dengan rekod TANPA KALAH dalam 3 perlawanan! πŸ”₯πŸ‘

πŸ“Š ROUND 4
βœ… 1 Menang
🀝 2 Seri
πŸ”₯ 3 Perlawanan Tanpa Kalah
πŸ† 5 Mata Berjaya Dibawa Pulang

Kali ini turut menyaksikan percaturan baharu daripada barisan kejurulatihan U10, dan anak-anak berjaya memberikan respons yang cukup baik di atas padang.

Lebih tersusun, lebih berani bersaing dan paling penting β€” mereka mula menunjukkan keyakinan sebagai sebuah pasukan. πŸ’ͺ⚽

Ini bukan bermakna semuanya sudah sempurna. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan perjalanan masih panjang.

Tetapi perubahan kecil yang menghasilkan perkembangan positif inilah yang kita mahu lihat.

Daripada keputusan-keputusan sebelum ini, anak-anak tidak berhenti belajar. Mereka kembali ke latihan, cuba lagi dan kali ini berjaya menamatkan satu pusingan tanpa sebarang kekalahan. ❀️

Syabas kepada semua pelatih U10 dan barisan Coaches atas usaha serta percaturan kali ini.

Terima kasih juga kepada waris yang terus percaya, hadir dan memberikan sokongan kepada anak-anak tanpa mengira keputusan. πŸ™Œ

5 mata mungkin sekadar angka di carta liga, tetapi perubahan yang ditunjukkan hari ini jauh lebih bernilai.

Jangan cepat berpuas hati U10.
Kekalkan momentum. Terus belajar. Terus memburu! πŸ‰πŸ”₯
BERSATU β€’ BERJUANG β€’ BERJAYA
πŸ’™πŸ’› WE ARE MJR!
πŸ”₯ ZERO TO HERO

Address

Padang Bola Sepak Permatang Damar Laut
Batu Maung

Opening Hours

Monday 17:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 11:00
Sunday 08:00 - 11:00

Telephone

+601162445082

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mutiara JR. Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mutiara JR. Academy:

Shortcuts

Share