Mssdbp Outreach 2023

Mssdbp Outreach 2023

Share

BERITA SUKAN

17/01/2023

ONE SCHOOL ONE DREAM ❀️‍πŸ”₯❀️‍πŸ”₯❀️‍πŸ”₯

17/01/2023

TIGS LITS πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

17/01/2023

OLAHRAGAWATI U14

Tidak disangka lagi , VARSHINI A/P SASIDHARAN , peserta dari SMK Datuk Menteri mendapat gelaran olahragawati U14 . Mendapat pingat emas dalam acara 100m dan 400m dengan catatan masa 13.10s dan 64.78s . Dia juga berjaya mendapatkan rekod baharu pada separuh akhir 400m dengan catatan masa 63.60s .

Rahsia kejayaannya untuk berjaya adalah bapanya sendiri yang melatihnnya untuk kejohanan kali ini . Dia sentiasa melakukan latihan hari-hari demi menggenggam pingat emas .

Pada kejoahanan MSSD yang lepas , dia telah mendapat gelaran olahragawati dan pada kejohanan kali ini rezeki masih berpihak kepadannya . Masih mengekalkan prinsipnya , sentiasa mahu memecahkan rekod dan ingin bertanding di MSSM .

17/01/2023

OLAHRAGAWAN U14

Sebelum kejohanan melabuhkan tirai , peserta dari SMK Tinggi Batu Pahat , MUHAMMAD DAFI DANIAL BIN JASMAN dinobatkan sebagai olaharagawan bagi kategori U14 . Berusia 14 tahun mampu memecahkan rekod lontar peluru dengan jarak 11.49m sekali gus menolak rekod lama daripada NG KUAN YUAN yang dibuat pada tahun 2017 dengan jarak 10.91m . Dia juga dapat mendapat pingat perak dalam acara lempar cakera dengan jarak 27.44m .

Katanya , beliau tidak berapa kerap menjalani latihan kerana terdapat beberapa latihan lain . Menurut jurulatihnya , dia memerlukan makan yang lebih untuk kekalkan stamina dan sentiasa melakukan sesi gim bersama .

Kebangkitannya pada kejohanan kalini membuatkan dia bersyukur kerana pada kejohanan yang lepas , dia tidak memenangi sebarang pingat mahupun anugerah .

Harapannya untuk kejohanan akan datang hanya menyasarkan pingat gangsa sekurang-kurangnya . Dia juga berkata , emas pada kejohanan kali ini hanyalah sebuah tuah dan jika diberi peluang untuk mendapat gelaran olahragawan pada kejohanan akan datang dia sentiasa terima . Dia juga berharap agar dia berjaya dalam bidang sukan pada masa hadapan .

17/01/2023
Photos from Mssdbp Outreach 2023's post 17/01/2023

Kejohanan Outreach Olahraga MSSD Batu Pahat 2022 yang berlangsung pada 14 Januari 2023 bertempat di Institut Pendidikan Guru kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat telah pun melabuhkan tirainya.

Sebanyak 34 buah sekolah menengah dan 8 buah cawangan mewakili sekolah rendah-sekolah rendah di Batu Pahat telah menyertai kejohanan ini.

Majlis penutupan rasmi kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Encik Azman bin Khambali.

Dengan pungutan pingat emas tertinggi, iaitu sebanyak 4 pingat emas pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa membolehkan Zon Penggaram menjadi Johan bagi kategori sekolah rendah, manakala Zon Bandar mendapat naib johan dengan kutipan 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Dalam kejohanan ini juga menampakkan bangkitnya SMK Dato’ Syed Esa menggungguli carta kutipan pingat dengan mendapat 7 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Manakala SMK (P) Temenggung Ibrahim dengan kutipan 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa telah mendapat naib johan.

Semoga dengan adanya kejohanan ini dapat menyediakan atlet-atlet yang terpilih bagi membentuk pasukan olahraga daerah Batu Pahat yang lebih berdaya saing hendaknya.

Photos from Mssdbp Outreach 2023's post 14/01/2023

Majlis Penyampaian Hadiah Sesi 3
Kejohanan Outreach MSSD Batu Pahat 2022
14 Januari 2023

Photos from Mssdbp Outreach 2023's post 14/01/2023

Acara 1500m akhir L14 L16 P14 P16 .

Photos from Mssdbp Outreach 2023's post 14/01/2023

Barisan jawatankuasa dan pegawai sedang menjalankan tugas.

Photos from Mssdbp Outreach 2023's post 14/01/2023

Telah berlangsungnya acara 205 ( 400m P14 ) , 206 ( 400m P16 ) , 207 ( 400m L14 ) dan 208 ( 400m L16 ) . Tahniah kepada yang berjaya .

Photos from Mssdbp Outreach 2023's post 14/01/2023

Persediaan peserta-peserta dan urus setia kejohanan sebelum bermulanya acara pada petang ini . Semangat !!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


PPD BATU PAHAT
Batu Pahat
83000