Komuniti Pendaki / Hiker Hutan Simpanan Kekal Soga

Komuniti Pendaki / Hiker Hutan Simpanan Kekal Soga

Share

Disini kita berkongsi maklumat sebagai Pendaki yang menjaga keselamatan diri, rakan2, org lain & Hutan.

Sebagai mata telinga kerajaan menyalurkan maklumat dalam menjaga Hutan Simpan disamping hobi yg sihat berjalan kaki, hiking & menikmati keindahan alam,

Photos from Jabatan Perhutanan Negeri Johor's post 17/12/2023
01/12/2023

[πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π“π€πŒπ€π π„πŠπŽ π‘πˆπŒππ€ & 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 π“π€πŒπ€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘]

Berikutan daripada musim tengkujuh, terdapat beberapa Jabatan Perhutanan Negeri yang memaklumkan penutupan Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) di bawah seliaannya sepertimana berikut:

a. Negeri Johor
Penutupan melibatkan semua TER dan HTN. TER Gunung Pulai dan TER Gunung Pulai 2 telah ditutup mulai 20 November 2023. HTN Gunung Arong akan ditutup mulai 15 Disember 2023.

b. Negeri Kedah
Penutupan melibatkan TER Puncak Janing, TER Sungai Teroi, TER Tupah, TER Lata Mengkuang, TER Sungai Rambai, TER Lata Batu dan TER Ulu Paip. Manakala, TER Bukit Wang telah ditutup mulai 15 Jun 2023.

c. Negeri Kelantan
Penutupan melibatkan semua TER & HTN.

d. Negeri Pahang
Penutupan melibatkan TER Chamang, TER Lentang, TER Parit Fall, TER Lata Meraung, TER Som, TER Berkelah, TER Bukit Pelindung, TER Jerangkang, TER Teladas, TER Jeransang, TER Terenggun, TER Lata Berembun, TER Lata Jarum, TER Lata Lembik, TER Jeriau, TER Menchali, TER Bukit Bertangga, TER Gunung Senyum, TN Tasik Chini, TN Cameron Highlands. Penutupan juga melibatkan kawasan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam kawasan hutan tertutup.

e. Negeri Perak
Penutupan melibatkan TER Ulu Kinta, TER Lata Iskandar dan TER Sungai Sulu.

f. Negeri Selangor
Penutupan melibatkan semua TER & HTN.

g. Negeri Sembilan
Penutupan melibatkan semua TER & HTN.

h. Negeri Terengganu
Penutupan melibatkan semua TER kecuali TER Jambu Bongkok.

Tiada penutupan sementara dilaksanakan bagi Negeri Melaka, Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dibuat melalui Jabatan Perhutanan Negeri berkenaan sepertimana pautan: https://www.forestry.gov.my/my/organisasi/jabatan-perhutanan-negeri

Anda semua diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti kegemaran anda di Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.





28/11/2023

π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¨π—§π—¨π—£π—”π—‘ 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗑 π—˜π—žπ—’ π—₯π—œπ— π—•π—” (π—§π—˜π—₯), 𝗧π—₯π—˜π—ž π—£π—˜π—‘π——π—”π—žπ—œπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 𝗧π—₯π—˜π—ž π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ π—Ÿπ—”π—¦π—”π—ž π——π—œ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯.

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA SEGALA AKTIVITI DI TAMAN EKO-RIMBA (TER), TREK PENDAKIAN DAN TREK SUKAN LASAK AKAN DITUTUP KEPADA PENGUNJUNG AWAM MULAI:

𝟎𝟏 πƒπˆπ’π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ‘ π’π„π‡πˆππ†π†π€ πƒπˆπŒπ€πŠπ‹π”πŒπŠπ€π πŠπ„π‹π€πŠ
(KECUALI HUTAN TAMAN NEGERI GUNUNG ARONG & TREK PENDAKIAN GUNUNG ARONG YANG AKAN MULA DITUTUP PADA πŸπŸ“ πƒπˆπ’π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ‘ π’π„π‡πˆππ†π†π€ πƒπˆπŒπ€πŠπ‹π”πŒπŠπ€π πŠπ„π‹π€πŠ)

PENUTUPAN INI ADALAH SEBAGAI LANGKAH-LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI MENGELAKKAN SEBARANG KEJADIAN ATAU KEMALANGAN YANG TIDAK DIINGINI BERIKUTAN MUSIM TENGKUJUH.

𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π“π€β€™π™πˆπŒ

31/10/2023

Notis Penutupan Taman Eko Rimba (TER) Gunung Belumut, Kluang pada 03 November 2023 sehingga 09 November 2023.

#𝐉𝐏𝐍𝐉

23/10/2023

Notis Penutupan Trek Pendakian Gunung Lambak, Kluang pada 26 Oktober 2023.

Photos from Mountain Conqueror Resources- Jr0143487-D's post 31/03/2023

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Batu Pahat