22/08/2026
Malam semalam merupakan malam sesi main bagi BPS BC di mana 5 court telah ditempah oleh team kami. 2 court ditempah untuk sesi training manakala bakinya digunakan untuk sesi main santai. Di samping itu yang mana masih mencari geng untuk main badminton, boleh roger min tak kisah jantina,bangsa serta tak kisah anda di level apa apa pun. Terbuka utk semua golongan. Sesi training pun ada buka juga. Yang berminat boleh pm admin. Setiap hari selasa dan jumaat kami akan bermain di Cl Sports. Moga lebih ramai yang dapat join group kami. Majulah sukan demi negara.
10/08/2026
PERLAWANAN PERSAHABATAN BPS BC × TEAM SINGLORY
Pada Sabtu yang lalu, BPS BC berbesar hati menerima jemputan daripada Team Singlory untuk mengadakan Perlawanan Persahabatan buat pertama kalinya antara kedua-dua pasukan dengan kesemua 30pair yang beraksi. Terima kasih kepada Team Singlory sudi mengajak team kami untuk perlawanan persahabatan dan juga terima kasih untuk penganjuran yang sangat tersusun, layanan yang baik serta semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang perlawanan berlangsung.
Walaupun keputusan kali ini tidak memihak kepada kami, kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan menjadikannya sebagai satu pengalaman yang amat berharga untuk terus berkembang sebagai sebuah pasukan.
Perlawanan persahabatan seperti ini bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi menjadi platform terbaik untuk meningkatkan tahap permainan, membina persefahaman dalam kalangan pemain, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti badminton. Setiap perlawanan memberikan ruang untuk kami menilai kekuatan dan kelemahan, di samping menjadi motivasi untuk terus memperbaiki prestasi pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli BPS BC yang telah meluangkan masa dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk mewakili pasukan. Semangat, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap pemain amat kami hargai. Kemenangan bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan, sebaliknya usaha, kerjasama dan semangat berpasukan yang dipamerkan adalah sesuatu yang membanggakan.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyokong dan rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan. Kehadiran anda semua telah menyemarakkan lagi suasana perlawanan dan menyumbang kepada kejayaan program ini.
Semoga hubungan baik yang telah terjalin antara BPS BC dan Singlory akan terus berkekalan. Kami berharap akan ada lebih banyak lagi peluang untuk bekerjasama dan bertemu dalam perlawanan-perlawanan persahabatan pada masa akan datang.
InshaAllah, BPS BC akan terus komited untuk berlatih, memperkukuhkan semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti permainan agar mampu memberikan persembahan yang lebih baik pada setiap kejohanan dan perlawanan yang disertai.
Terima kasih Team Singlory. Terima kasih seluruh warga BPS BC. Jumpa lagi di gelanggang. 🏸 Nanti kita set untuk rematch balik ya.
08/08/2026
Malam semalam merupakan malam sesi main bagi BPS BC di mana 5 court telah ditempah oleh team kami. 1 court ditempah untuk sesi training manakala bakinya digunakan untuk sesi main santai. Di samping itu yang mana masih mencari geng untuk main badminton, boleh roger min tak kisah jantina,bangsa serta tak kisah anda di level apa apa pun. Terbuka utk semua golongan. Sesi training pun ada buka juga. Yang berminat boleh pm admin. Setiap hari selasa dan jumaat kami akan bermain di Cl Sports. Moga lebih ramai yang dapat join group kami. Majulah sukan demi negara.
05/08/2026
Malam semalam merupakan malam sesi main bagi BPS BC di mana 3 court telah ditempah oleh team kami. Di samping itu yang mana masih mencari geng untuk main badminton, boleh roger min tak kisah jantina,bangsa serta tak kisah anda di level apa apa pun. Terbuka utk semua golongan. 1 court training pun ada buka juga. Yang berminat boleh pm admin. Setiap hari selasa dan jumaat kami akan bermain di Cl Sports. Moga lebih ramai yang dapat join group kami. Majulah sukan demi negara.
02/08/2026
Friendly Game BPS BC vs Sin Glory BC
🏸 Perlawanan persahabatan antara BPS BC dan Sin Glory BC akan berlangsung pada 8.8.2026 (Sabtu) bertempat di Dewan G&R, Batu Pahat dan bermula pada jam 8.30 malam.
Tahniah dan syabas kepada ahli BPS BC yang telah terpilih untuk sesi kali ini.
Mari kita berikan persembahan yang terbaik, kekalkan semangat kesukanan dan eratkan silaturahim melalui badminton.
Bersatu dalam sukan, eratkan persahabatan!
01/08/2026
🔥 Inilah jersi rasmi BPS BC bagi musim 2026/2027!
Dengan wajah baharu, semangat baharu, dan satu matlamat yang sama – terus melangkah lebih jauh di gelanggang. 💪🏸
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan penaja kami iaitu Batu Pahat Batu Pahat SPORT dan juga team Onexox Batu Pahat yang memberi sokongan kepada BPS BC pada musim ini. Kepercayaan anda bakal menjadi pembakar semangat kami untuk terus berkembang.
Semoga musim 2026/2027 membawa lebih banyak kejayaan! ❤️
28/07/2026
Malam lepas merupakan malam sesi main bagi BPS BC di mana 3 court telah ditempah oleh team kami. Di samping itu yang mana masih mencari geng untuk main badminton, boleh roger min tak kisah jantina,bangsa serta tak kisah anda di level apa apa pun. Terbuka utk semua golongan. 1 court training pun ada buka juga. Yang berminat boleh pm admin. Setiap hari selasa dan jumaat kami akan bermain di Cl Sports. Moga lebih ramai yang dapat join group kami. Majulah sukan demi negara.
25/07/2026
Malam semalam merupakan malam sesi main bagi BPS BC di mana 4 court telah ditempah oleh team kami. Di samping itu yang mana masih mencari geng untuk main badminton, boleh roger min tak kisah jantina,bangsa serta tak kisah anda di level apa apa pun. Terbuka utk semua golongan. Sesi training pun ada buka juga. Yang berminat boleh pm admin. Setiap hari selasa dan jumaat kami akan bermain di Cl Sports. Moga lebih ramai yang dapat join group kami. Majulah sukan demi negara.
20/07/2026
PERLAWANAN PERSAHABATAN BPS BC × TEAM PATTERN (KALI KE-4)
Pada Sabtu yang lalu, BPS BC berbesar hati menerima jemputan daripada Team Pattern untuk mengadakan Perlawanan Persahabatan kali ke-4 antara kedua-dua pasukan. Terima kasih kepada Team Pattern atas penganjuran yang tersusun, layanan yang baik serta semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang perlawanan berlangsung.
Berdasarkan keputusan keseluruhan, BPS BC mencatatkan 6 kemenangan, 5 seri dan 9 kekalahan. Walaupun keputusan kali ini tidak memihak kepada kami, kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan menjadikannya sebagai satu pengalaman yang amat berharga untuk terus berkembang sebagai sebuah pasukan.
Perlawanan persahabatan seperti ini bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi menjadi platform terbaik untuk meningkatkan tahap permainan, membina persefahaman dalam kalangan pemain, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti badminton. Setiap perlawanan memberikan ruang untuk kami menilai kekuatan dan kelemahan, di samping menjadi motivasi untuk terus memperbaiki prestasi pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli BPS BC yang telah meluangkan masa dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk mewakili pasukan. Semangat, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap pemain amat kami hargai. Kemenangan bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan, sebaliknya usaha, kerjasama dan semangat berpasukan yang dipamerkan adalah sesuatu yang membanggakan.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyokong dan rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan. Kehadiran anda semua telah menyemarakkan lagi suasana perlawanan dan menyumbang kepada kejayaan program ini.
Semoga hubungan baik yang telah terjalin antara BPS BC dan Team Pattern akan terus berkekalan. Kami berharap akan ada lebih banyak lagi peluang untuk bekerjasama dan bertemu dalam perlawanan-perlawanan persahabatan pada masa akan datang.
Insya-Allah, BPS BC akan terus komited untuk berlatih, memperkukuhkan semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti permainan agar mampu memberikan persembahan yang lebih baik pada setiap kejohanan dan perlawanan yang disertai.
Terima kasih Team Pattern. Terima kasih seluruh warga BPS BC. Jumpa lagi di gelanggang. 🏸