Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Directions Website Contact the business

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Official Page of Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

|| NOTIS PEMAKLUMAN PELANTIKAN CARETAKER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UTHM SESI 2025/2026 ||Assalamualaikum wbt., Sal...
23/10/2026

|| NOTIS PEMAKLUMAN PELANTIKAN CARETAKER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UTHM SESI 2025/2026 ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Sesi 2025/2026 telah berakhir pada 10 Oktober 2026, jam 12.00 tengah malam.

Sehubungan dengan itu, pengurusan hal ehwal pelajar yang melibatkan urusan MPP akan dikendalikan oleh Caretaker Majlis Perwakilan Pelajar sehingga pelantikan rasmi MPP UTHM Sesi 2026/2027 diumumkan.

Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai bagi memastikan segala urusan berkaitan mahasiswa dan universiti dapat diteruskan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”

____________________________________________

|| NOTICE ON THE APPOINTMENT OF THE CARETAKER STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL (MPP) UTHM FOR THE 2025/2026 SESSION ||

Assalamualaikum wbt., Greetings and Salam Nadi Untuk Semua.

Please be informed that the term of appointment of the Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Student Representative Council (MPP UTHM) for the 2025/2026 Session ended on 10 October 2026 at 12.00 midnight.

In this regard, the management of student affairs involving MPP matters will be handled by the Caretaker Student Representative Council until the official appointment of the MPP UTHM for the 2026/2027 Session is announced.

The cooperation and support of all parties are greatly appreciated to ensure that all matters related to students and the university continue to be carried out smoothly.

Thank you.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

|| NOTIS PEMBUBARAN BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (MPP UTHM) SESI 2025/2026 ||As...
09/10/2026

|| NOTIS PEMBUBARAN BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (MPP UTHM) SESI 2025/2026 ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Dengan ini dimaklumkan bahawa barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Sesi 2025/2026 secara rasminya telah dibubarkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan universiti, barisan pentadbiran, seluruh warga kerja serta mahasiswa UTHM atas segala sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang sesi ini. Segala jasa dan kebersamaan yang terjalin amatlah dihargai.

Kami telah berkhidmat dengan segala kemampuan, dan kami melangkah pergi dengan seribu kenangan serta harapan agar suara mahasiswa akan terus didengari dan diperjuangkan.

Sekian, terima kasih.

”NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

|| PENGHARGAAN KEPADA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (MPP UTHM) SESI 2025/2026 ||Assalamu...
09/10/2026

|| PENGHARGAAN KEPADA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (MPP UTHM) SESI 2025/2026 ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Terima kasih diucapkan atas penghargaan yang diberikan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Sesi 2025/2026. Penghargaan ini amat bermakna dan diharapkan dapat menjadi nadi serta suntikan semangat untuk semua.

Segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang sesi ini merupakan satu bukti dedikasi dalam membawa suara mahasiswa serta memperjuangkan kebajikan dan kepentingan bersama. Semoga segala pengalaman dan sumbangan yang diberikan menjadi kenangan bermakna serta pemangkin kepada usaha yang lebih baik pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

07/10/2026

Makanan percuma untuk student?? 👀
Student Lounge pun ada keee?? 😭✨
Jom tengok apa yang ada dekat sini 👀



||   : TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEPULUH MAHASISWA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ATAS PELANTIKAN SEBAGAI AHLI DEWAN...
07/10/2026

|| : TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEPULUH MAHASISWA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ATAS PELANTIKAN SEBAGAI AHLI DEWAN MUDA JOHOR SESI 2026/2027 ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Dewan Muda Johor (DMJ) terus menjadi wadah penting dalam mengetengahkan suara, pandangan dan aspirasi generasi muda dalam pembangunan negeri. Menerusi ruang perbincangan, perkongsian idea dan perbahasan, belia di negeri ini diberikan peluang untuk mengemukakan cadangan yang menyumbang kepada hala tuju pembangunan negeri selaras dengan Agenda Maju Johor 2030. Ia adalah medium demokratik yang bersifat tersusun dan bebas yang mengumpulkan anak muda Johor daripada pelbagai latar belakang bagi membincang serta menyalurkan kritikan, saranan dan ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan Malaysia.

Sempena Majlis Apresiasi & Tautan Kasih Dewan Muda Johor 2026 yang berlangsung di Dewan Utama MBIP pada 26 September 2026, watikah pelantikan telah disampaikan kepada ahli-ahli Dewan Muda Johor Sesi 2026/2027. Majlis ini turut meraikan sumbangan ahli DMJ sesi 2024/2025 serta mengeratkan hubungan antara generasi kepimpinan muda Johor.

Dikesempatan ini, ingin diucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Muda Johor Sesi 2026/2027. Semoga amanah ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan belia dan pembangunan Negeri Johor.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

|| TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER I SESI 2026/2027 ||Assalamualaikum wbt., Sala...
13/09/2026

|| TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER I SESI 2026/2027 ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Sesi 2025/2026 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada seluruh mahasiswa baharu Program Sarjana Muda Semester I Sesi 2026/2027 ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Selamat melangkah ke alam pengajian tinggi dan memulakan perjalanan baharu sebagai warga UTHM. Semoga setiap langkah yang diambil dipenuhi dengan pengalaman bermakna serta ilmu yang bermanfaat untuk kerjaya.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”

____________________________________

|| CONGRATULATIONS AND WELCOME TO THE NEW UNDERGRADUATE STUDENTS FOR SEMESTER I, SESSION 2026/2027 ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

The Student Representative Council?of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM), Session 2025/2026, would like to extend its warmest congratulations and welcome to all new undergraduate students of Semester I, Session 2026/2027, to Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Welcome to the journey of higher education and to a new chapter as members of the UTHM community. May every step of this journey be filled with meaningful experiences and valuable knowledge that will benefit you in your future careers.

Thank you.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

|| TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBHG. PROF. TS. DR. ABDUL RASID BIN ABDUL RAZZAQ DI ATAS PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI TIMBALAN ...
10/09/2026

|| TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBHG. PROF. TS. DR. ABDUL RASID BIN ABDUL RAZZAQ DI ATAS PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Sesi 2025/2026 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pelantikan ini berkuat kuasa bermula 15 September 2026 hingga 14 September 2028.

Semoga pelantikan semula ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam memperkukuh kebajikan, pembangunan sahsiah, kesejahteraan serta kecemerlangan mahasiswa UTHM.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”

____________________________

|| CONGRATULATIONS TO YBHG. PROF. TS. DR. ABDUL RASID BIN ABDUL RAZZAQ ON HIS REAPPOINTMENT AS DEPUTY VICE-CHANCELLOR (STUDENT AFFAIRS AND ALUMNI) OF UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ||

Assalamualaikum wbt., Greetings and Salam Nadi Untuk Semua.

The Student Representative Council of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Session 2025/2026 would like to extend our highest congratulations to YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq on his reappointment as Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs and Alumni) of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

The reappointment takes effect from 15 September 2026 until 14 September 2028.

May this reappointment continue to serve as a catalyst for excellence in strengthening student welfare, character development, well-being, and the overall excellence of UTHM students.

Thank you.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Address

Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar UTHM:

Shortcuts

Share