11/05/2026
Terima kasih S**a Filem kongsi pendapat kami 😁. Setiap orang, setiap pihak ada pendapat masing2. Kita raikan sahaja pendapat mereka. Naskhah filem ini pun adalah hasil garapan pendapat pengarah dan pengarang cerita.. Dalam seni silat, kadang yang "indah" itu belum tentu berfungsi, mungkin hanya sulaman kepada "isi".. Boleh jadi yg "buruk" juga yg dipakai di situasi sebenar.
Geng silat sendiri approved Tarung: Unforgiven!
Filem ni bukan sekadar aksi. Tapi ianya filem yang mempersembahkan silat dalam gaya moden!
Tarung: Unforgiven kini di pawagam.
Tarung: Unforgiven: https://youtu.be/16h4xbDWoNk
08/05/2026
https://youtu.be/IMPZZXGjRj8?si=ezlaJc84NinRLhLn
Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada Penerbit, Pengarah dan Koreografer.
Tanpa sebarang clue pada Trailer.. Dalam dentum dentam aksi.. Terselit seni yg indah.
"Yang menari inilah asal usul kau"..
Garapan yang menarik pada sikap pasang dan permainan tapak.. Nampaklah permainan Melayu itu hidup.
Tarung: Unforgiven | OFFICIAL TRAILER
Pertarungan terbesar abad ini, TARUNG! Trailer Rasmi Tarung: UnforgivenBertarung Di Pawagam 7 Mei 2026. Dari Pengarah ...
04/05/2026
Terima kasih kerana meraikan pesilat2 Batu Pahat. Inilah sinergi antara pihak sekolah dan badan NGO seperti kami dan PESAKA BATU PAHAT untuk menghasilkan pelajar sekolah yang seimbang sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
25/04/2026
Selesai sudah perjuangan pesilat2 kita dalam Acara Seni Silat. Terima kasih kepada semua pihak terutama mereka yang memainkan peranan utama membangun, memimpin dan berjalan bersama dalam perjuangan ini iaitu Cikgu Yazid, Cikgu Arnie, Cikgu Akmal dari Seni Silat Langkah Melayu.. Cikgu Aziron dan Cikgu Su dari Kuntao Sendeng Panambahan. Penghargaan khas kepada Pengetua dan Pentadbir sekolah SMK Dato' Onn, Batu Pahat Johor dan SMK Seri Medan yang memberi dorongan semangat dan memudahkan urusan pendaftaran pesilat2.
Kita teruskan untuk menuju ke JADE GAMES SIRI 2 nanti.
23/04/2026
Doa mengiringi mereka yang berjuang untuk daerah . Semoga SELAMAT, SIHAT DAN BERJAYA MEMBAWA KEMENANGAN untuk daerah.
Atlit2 Batu Pahat terdiri dari:
1. Seni Silat Sunda Asli
2. Seni Silat Gayung Fatani
3. Seni Silat Langkah Melayu
4. Seni Silat Kuntau Sendeng Panambahan
5. Silat Seni Sukma Perkasa