02/08/2026
Majlis Penyerahan Bendera MSSD Kluang kepada Kontinjen MSSD Olahraga Kluang Tahun 2026. Telah disempurnakan oleh Tn Hj Ayub Bin Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.
Majlis Sukan Sekolah Daerah Kluang adalah penggerak program sukan di peringkat sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
02/08/2026
Majlis Penyerahan Bendera MSSD Kluang kepada Kontinjen MSSD Olahraga Kluang Tahun 2026. Telah disempurnakan oleh Tn Hj Ayub Bin Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.
02/08/2026
Tahniah pasukan Kriket MSSD Kluang atas kejayaan ini
Usaha tidak kenal penat lelah membuahkan hasil dan kejayaan yang membanggakan πππ
Terima kasih warga Kriket Daerah Kluang atas pengorbanan tuan/puan
Detik kemenangan pasukan Kriket MSSD Kluang
https://www.facebook.com/share/v/1BcueapRT1/?mibextid=wwXIfr
30/07/2026
Semoga berjaya Pasukan Hoki MSSD Kluang P18 dalam perlawanan akhir esok πππ
Warga Kluang mendoakan kejayaan pasukan
30/07/2026
Semoga berjaya Pasukan Kriket MSSD Kluang L18 dalam perlawanan akhir esok πππ
Warga Kluang mendoakan kejayaan pasukan
14/04/2026
PELANCARAN JERSI KONTINJEN MSSD KLUANG KE MSSJ TAHUN 2026
Majlis pelancaran jersi kontinjen ini telah disempurnakan oleh En Zainuddin Bin Md Ramlan, Timbalan PPD Pembangunan Murid PPD Kluang di Stadium Kluang bersama pasukan merentas desa MSSD Kluang
Dengan kombinasi motif warna emas, merah dan biru, ianya diharapkan dapat membangkitkan semangat perwira kepada atlit mssd Kluang yang akan membawa cabaran di peringkat MSSJ pada tahun 2026 ini
"Go Kluang, Flyhigh!!"
"Kluang, Conquer The Challenge !!!"
06/04/2026
Latihan intensif Pasukan Merentas Desa (Cross Country MSSD Kluang) bagi menghadapi kejohanan Merentas Desa MSSJ Tahun 2026 di Sekolah Seni pada 8 April 2026 akan datang
21/03/2026
Majlis Sukan Sekolah Daerah Kluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua
>> hati-hati dalam perjalanan, semoga selamat tiba ke destinasi menziarahi yang tersayang
" Semoga Aidilfitri ini menyemarakkan lagi semangat kesukanan, memperkukuh ukhuwah serta membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada semua atlet, guru dan warga pendidikan "
04/03/2026
Telah berlangsung pada hari ini 4 Mac 2026- Mesyuarat Teknikal Ragbi MSSJ Tahun 2026 dengan tuan rumah adalah Daerah Kluang bagi tahun 2026.
Mesyuarat yang berlangsung di SM Sains Johor ini telah dihadiri semua Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan PTPS daerah-daerah selain turut hadir penyelaras ragbi MSSJ negeri Johor En Hanaffi, Su MSSD Kluang En Mubin, PT negeri Haji Hasrul serta Ketua Jurulatih B12 dan B18.
Beberapa permuafakatan dan keputusan berkaitan perjalanan Kejohanan nanti telah dimuktamadkan dan diharapkan dapat melancarkan lagi kejohanan yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2026 nanti.
11/02/2026
PENGHARGAAN
Kejohanan Merentas Desa MSSD Kluang 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kejohanan Merentas Desa MSSD Kluang Tahun 2026 dengan penuh komitmen dan dedikasi yang tinggi- JPN Johor, PPD Kluang, Institut Pertanian Ayer Hitam Kluang, PDRM, Persatuan Olahraga Kluang, AJK Pengelola Kejohanan dan terutama sekali sekolah daerah Kluang yang telah menyertai kejohanan pada kali ini.
Pemantauan dilakukan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor oleh
Tuan Haji Kamal Bin Haji Ahmad Untong,
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
yang hadir membuat pelepasan larian kepada para peserta.
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Tuan Haji Ayub Bin Ibrahim,
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
atas kesudian hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Seramai 1018 atlit mengambil bahagian dalam edisi Merentas Desa MSSD kali ini.
Semoga segala usaha dan sokongan yang diberikan menjadi pemangkin kecemerlangan sukan di daerah Kluang.
Untuk lebih banyak koleksi gambar kejohanan
https://photos.app.goo.gl/4EYS7QfAFiJvwT3v7
Go Kluang, flyhighh!!!!
Facebook rasmi PPD Kluang :
https://www.facebook.com/ppdkluang/
Telegram rasmi MSSD Kluang :
https://t.me/mssdkluangofficial
Facebook rasmi MSSD Kluang
https://www.facebook.com/share/1BpDwWNv8z/?mibextid=wwXIfr
10/02/2026
Mesyuarat MSSD - MSSZ Kluang Bil 1 / 2026 (SK Lelaki Bandar Kluang)
9 Februari 2026 - MSSD Kluang telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan barisan kepimpinan MSSZ (5 MSSZ) daerah Kluang khusus dalam usaha menentukan hala tuju MSSD Kluang bagi tahun 2026.
Perbincangan adalah tertumpu kepada usaha-usaha meningkatkan pencapaian atlit daerah Kluang dalam pelbagai jenis sukan, selain penumpuan bagi menjadikan MSSZ sebagai hub latihan berpusat olahraga yang perlu diwujudkan oleh setiap zon sebagai pusat rujukan komuniti setempat.
Semoga usaha ini dapat digembleng dengan sepenuhnya demi kemenjadian murid daerah Kluang
Go Kluang, flyhigh!!!!
Facebook rasmi PPD Kluang :
https://www.facebook.com/ppdkluang/
Telegram rasmi MSSD Kluang :
https://t.me/mssdkluangofficial
Facebook rasmi MSSD Kluang
https://www.facebook.com/share/1BpDwWNv8z/?mibextid=wwXIfr