20/07/2026
𝐋𝐌𝐒 𝐔𝟏𝟕: 𝐍𝐄𝐗𝐆𝐄𝐍 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐁𝐈 🔰
Kasih Sayang FC memperkenal 𝗟𝗠𝗦 𝗨𝟭𝟳: 𝗡𝗲𝘅𝗚𝗲𝗻 — kejohanan futsal khas untuk pemain berusia 17 tahun ke bawah.
𝗟𝗠𝗦 𝗨𝟭𝟳: 𝗡𝗲𝘅𝗚𝗲𝗻 membuka ruang kepada generasi baharu dari daerah Tanjung Manis dan sekitar untuk beraksi dalam suasana pertandingan yang lebih kompetitif — selain memperkukuhkan pembangunan futsal di peringkat akar umbi, serta memberi peluang kepada pemain muda untuk mendapatkan pengalaman pertandingan sejak usia awal.
LMS turut membuka ruang kerjasama kepada individu/agensi/syarikat yang berminat untuk bersama-sama menyokong pembangunan bakat muda serta menyemarakkan lagi kempen “𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐅𝐮𝐭𝐬𝐚𝐥 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐀𝐠𝐚𝐢𝐧”. 🔰