SMK DP KEDIT

Call Directions

SMK DP KEDIT Bersama Menyumbang Ke Arah Kecemerlangan

18/04/2026
11/04/2026
𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐊𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐑, 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐃𝐄𝐇: "𝑨𝑰𝑹 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑱𝑬𝑹𝑵𝑰𝑯 𝑴𝑬𝑵𝑮𝑨𝑳𝑰𝑹 𝑲𝑬 𝑴𝑼𝑨𝑹𝑨"Di SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, s...
11/04/2026

𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐊𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐑, 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐃𝐄𝐇:
"𝑨𝑰𝑹 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑱𝑬𝑹𝑵𝑰𝑯 𝑴𝑬𝑵𝑮𝑨𝑳𝑰𝑹 𝑲𝑬 𝑴𝑼𝑨𝑹𝑨"

Di SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, susana kehidupan anak- anak Kedit dan ibu bapa murid SMK Datuk Patinggi Kedit bermula seawal dini hari turun ke ladang, menoreh getah, ada yang ke kebun lada hitam dan ladang kelapa sawit yang diusahakan secara kecil-kecilan. Ada juga menjadi buruh binaan, dalam arus pemodenan yang rancak di Betong. Ada juga yang bergantung daripada hasil hutan dan tangkapan ikan air tawar. Mereka menjualnya di tamu bandar Betong. Ini usaha untuk menyara keluarga kerana realiti masyarakat majoritinya daripada kelompok B40. Ada juga anak-anak cikgu dan pegawai-pegawai kerajaan serta swasta. Apa pun yang hebatnya juga ibubapa masyarakat Kedit sangat menyokong program-program sekolah.

Mengutamakan pendidikan sebagai wardah mengubah taraf kehidupan. Penuh dengan harapan agar anak-anak mereka berjaya di masa depan melalui jalan pendidikan. Kebanyakan murid-murid datang dari kawasan hulu. Lebih tepat daripada ulu Batang Skrang, Batang Layar dan Batang Padeh. Mereka merupakan anak-anak intan permata Kedit. Umpama air jernih mengalir ke muara kehidupan.

𝐍𝐀𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 2025: 𝐒𝐌𝐊 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐓.
Kejayaan SPM 2025 bagi SMK Datuk Patinggi Kedit merupakan satu manifestasi kegigihan yang luar biasa. Walaupun rata-rata murid datang dari kawasan hulu seperti Batang Skrang, Batang Layar, dan Batang Padeh, kualiti pendidikan yang diterjemahkan melalui angka-angka ini membuktikan bahawa "𝐚𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐫𝐧𝐢𝐡" dari hulu ini mampu mengalir membawa kecemerlangan ke muara masa depan mereka.

1. 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑: 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐓.
Murid-murid ini telah membuktikan bahawa walaupun latar belakang keluarga B40 bukanlah penghalang untuk bersaing bersungguh-sungguh.

𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮: Seramai 16 orang calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang, dengan seorang permata sekolah meraih 8A.

𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥: Di sebalik rutin seawal dini hari, mereka tetap fokus sehingga mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) yang membanggakan iaitu 4.69.[selepas semakan semula calon GPS meningkat menjadi 4.68] Kekal dua tahun berturut-turut di digit yang kepala empat.

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧: Sebanyak 95.89% murid layak mendapat sijil, memastikan jalan mereka ke menara gading atau bidang kemahiran terbuka luas. Meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 1.99%.

2. 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔: 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐌𝐁𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍.
Guru-guru SMK Datuk Patinggi Kedit bertindak sebagai arkitek dan insperasi yang membentuk modul pembelajaran berkesan sehingga sebelas mata pelajaran SPM mencapai kelulusan 100%.

Mata pelajaran kritikal dan teknikal seperti Sains Komputer, Fizik, Kimia, Biologi, dan Ekonomi mencatatkan kelulusan penuh. Ini menunjukkan guru-guru berjaya menanamkan minat dan kefahaman mendalam dalam subjek yang sering dianggap sukar, memastikan tiada anak didik yang tertinggal di belakang.

3. 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍.
Ibu bapa di kawasan Kedit dan sekitarnya adalah "𝐩𝐚𝐡𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩" di sebalik tabir kejayaan ini. Meskipun sibuk berkerja contohnya; menoreh getah, mengusahakan lada hitam, kelapa sawit, atau menjadi buruh binaan, mereka meletakkan pendidikan sebagai wadah utama untuk mengubah taraf hidup keluarga. Sokongan tidak berbelah bahagi terhadap program sekolah menjadi tunjang kekuatan emosi murid untuk terus berjuang di sekolah walaupun jauh dari keluarga di hulu sungai atau pedalaman.

4. 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑: 𝐕𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍.
Pihak pentadbir sekolah telah menunjukkan kemudi yang stabil. Berdasarkan trend 2021-2024, GPS sekolah menunjukkan peningkatan yang konsisten dan berjaya dikekalkan pada tahap 4.68 bagi tahun 2025. Melalui slogan "𝐊𝐄𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐑𝐈: 𝑴𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒐𝒓𝒘𝒂𝒓𝒅 𝑭𝒐𝒄𝒖𝒔 𝑻𝒐𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝑬𝒙𝒄𝒆𝒍𝒍𝒆𝒏𝒄𝒆", pentadbir berjaya menyatukan sinergi antara guru, murid, dan komuniti untuk memastikan prestasi sekolah kekal baik dan stabil.

𝐊𝐈𝐋𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐓 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐒𝐀𝐓 [𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 2025]
Kejayaan SMK Datuk Patinggi Kedit merangkul kecemerlangan dalam pertandingan ASAT 2025 peringkat negeri Sarawak merupakan satu lakaran sejarah yang membanggakan yang julung kalinya bergelar juara. Kemenangan ini bukan sekadar piala, malahan bukti keberkesanan visi "𝐊𝐄𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐑𝐈" dalam melahirkan modal insan yang kompetitif. Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di sebalik kejayaan ini, para pelajar yang merupakan "anak intan permata" dari hulu Batang Skrang, Batang Layar, dan Batang Padeh telah membuktikan bahawa kekangan sosioekonomi keluarga B40 bukan penghalang untuk bersaing di peringkat negeri. Semangat juang mereka yang kental, berbekalkan disiplin tinggi, menjadi tunjang utama kemenangan.

Guru-guru bertindak sebagai pemikir dan perancang untuk kejayaan dengan memberikan bimbingan teknikal yang tuntas, manakala pihak pentadbir sekolah memastikan hala tuju strategik sentiasa fokus ke arah kecemerlangan demi menterjemahkan Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Tidak dilupakan, doa dan sokongan padu, jitu dan berterusan ibu bapa yang bekerja keras di ladang dan kebun menjadi azimat penguat semangat. Sesungguhnya, kejayaan ASAT dan SPM 2025 ini membuktikan bahawa air jernih dari pedalaman, kini telah mengalir gagah ke muara kejayaan. Majlis Kesyukuran Kedit 2026 menjadi pentas penghargaan usaha gigih warga sekolah dan komuniti Kedit.

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍
Kejayaan SPM dan ASAT 2025 ini bukan sekadar statistic, lagu dan cerita di atas kertas, tetapi adalah sebuah perjuangan tentang harapan kalis masa depan kecemerlang Pendidikan. Seperti aliran air jernih dari Batang Skrang, Batang Layar, dan Batang Padeh yang tidak pernah berhenti mengalir, semangat anak-anak SMK Datuk Patinggi Kedit juga tidak akan luntur untuk terus menyumbang ke arah kecemerlangan diri, keluarga, dan masyarakat Betong.

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐢𝐭!
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚

Alexanda anak Ajon Tinggi
Pengetua,
SMK Datuk Patinggi Kedit







10/04/2026

PROJEK DIWAN BARU BA SMK DATUK PATINGGI KEDIT UDAH DIKEMENDAR

BETONG, 9 April: Pengawa ngaga diwan baru ba Sekula Sekondari (SMK) Datuk Patinggi Kedit udah dikemendar, ku Dr Johnical Rayong Ngipa.

Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Engkilili nya madahka tinda projek beungkus RM1.1 juta nya udah ditutup kena bulan March tu tadi lalu iya madah diri andal projek nya deka dipejalaika enggau jampat nengah ejensi Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak.

“Tu antara projek dibaruh Opis Menteri Pelajar Malaysia (KPM).

“Siti agi pra kunterik ungkup sekula ditu iya nya SK Nanga Enteban dibaruh Projek Sekula Repuk iya nya ngaga kuarters pengajar enggau bilik-bilik kelas ke beungkus RM34 juta.

“Tu dikena mutarka penanggul nadai diwan, bisi enam buah sekula primari deka digaga nengah RTP enggau penyampau bajet lebih kurang RM600,000 deka dipejalaika lengkas pengudah chabut undi bulan April tu ila,” ku iya.

Dr Johnical mansutka pekara nya rambau Pengerami Makai Selamat Kedit 2026 diatur ba Diwan SMK Datuk Patinggi Kedit ditu, pagi tadi.

Berita Penuh : https://www.tvsarawak.my/2026/04/09/projek-diwan-baru-ba-smk-datuk-patinggi-kedit-udah-dikemendar/

03/04/2026
Ohh Haa!Gayu Guru Gerai Nyamai,Lantang Senang Nguan Menua.
30/05/2025

Ohh Haa!
Gayu Guru Gerai Nyamai,
Lantang Senang Nguan Menua.

Tahniah.Selamat Datang Ke SMK Datuk Patinggi Kedit.
28/05/2025

Tahniah.
Selamat Datang Ke SMK Datuk Patinggi Kedit.

Address

KM 7. 2 Jalan Betong/Kuching
Betong
95700

Opening Hours

Monday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Tuesday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Wednesday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Thursday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Friday 07:45 - 11:40
14:00 - 16:45

Telephone

+6083472018

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK DP KEDIT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category