Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak

Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak

Share

LAMAN RASMI PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK
NO. PENDAFTARAN N-SWK-12733

Photos from Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak's post 20/07/2026

KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA NEGERI SARAWAK 2026

16/07/2026

# SIARAN MEDIA

# # KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA NEGERI SARAWAK 2026

*BINTULU, SARAWAK* – Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak (PMTNS) dengan kerjasama rakan strategik akan menganjurkan *Kejohanan Memanah Traditional Terbuka Negeri Sarawak 2026* pada *17 hingga 19 Julai 2026* bertempat di *Padang Memanah Jepak* dan *Stadium Bintulu*.

Kejohanan ini menghimpunkan pemanah dari seluruh Sarawak sekali gus menjadi platform terbaik untuk mempromosikan sukan memanah tradisional, mencungkil bakat baharu dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti pemanah.

Selain menjadi medan persaingan yang sihat, kejohanan ini turut memberi penekanan kepada sukan memanah tradisional sebagai salah satu sukan yang semakin mendapat sambutan di Malaysia. Penganjuran kejohanan seumpama ini selaras dengan usaha memperkasakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk mewakili negeri pada kejohanan yang lebih tinggi.

Sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung, para peserta akan bersaing dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan mengikut peraturan dan format pertandingan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa teknikal.

PMTNS merakamkan penghargaan kepada semua Kementerian Belia dan Sukan, penaja, rakan kerjasama, sukarelawan serta pihak yang sentiasa menyokong pembangunan sukan memanah tradisional di Sarawak. Sokongan daripada semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan penganjuran kejohanan ini.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Bintulu dijemput hadir bagi menyaksikan aksi menarik para pemanah serta memberikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Kehadiran masyarakat bukan sahaja akan memeriahkan suasana pertandingan, malah menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan memanah tradisional di negeri ini.

# # # Maklumat Kejohanan

* *Program:* Kejohanan Memanah Tradisional Terbuka Negeri Sarawak 2026
* *Tarikh:* 18 & 19 Julai 2026
* *Lokasi:* Padang Memanah Jepak & Stadium Bintulu
* *Anjuran:* Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak (PMTNS) bersama rakan penganjur
* *Disokong oleh:* Persatuan Memanah Tradisional Bintulu, Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM), dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

*Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:*
*Urus Setia Kejohanan Memanah Traditional Terbuka Negeri Sarawak 2026*
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak (PMTNS).

07/07/2026

Takwim Memanah Sarawak

Julai- Disember 2026

27/05/2026

KENYATAAN MEDIA

KONTINJEN MEMANAH TRADISIONAL SARAWAK KE KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN 2026

KONTINJEN Memanah Tradisional Sarawak bersedia membawa cabaran negeri ke Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2026 bermula 30 Mei & 31 Mei 2026 di Perlis dengan semangat juang tinggi untuk memberikan saingan terbaik di pentas kebangsaan.

Penyertaan kali ini melibatkan barisan atlet, jurulatih dan pegawai yang telah menjalani persiapan rapi sebagai usaha memperkukuhkan prestasi kontinjen Sarawak dalam sukan memanah tradisional.

Pihak pengurusan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pembangunan sukan memanah tradisional di Sarawak.

Diharapkan semua atlet dapat menampilkan aksi terbaik dan terus mengharumkan nama Sarawak.

Bujang Bin Ham
Presiden
Persatuan Memanah Tradisional Sarawak

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

15/05/2026

AKAN DATANG!!!

KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL LIGA BORNEO 2026

10/05/2026

Kejohanan Memanah Tradisional Negeri Sarawak Siri 2 - Miri 2026

Tarikh: 13hb & 14hb Jun 2026
Lokasi : SK Anchi Miri

Kategori
i. Dewasa L & W
íi. Remaja U18 L+P
iii. Cilik U12 L+P

Jarak
i. Dewasa 30m & 40m
ii. Remaja & Cilik 20m

Target Face
i. Dewasa - TF PLATC
ii. Remaja & Cilik - Fita 80cm Full

Yuran
i. Dewasa Rm50
ii. Remaja Cilik Rm10

Pendaftaran dibuka
1hb June 2026

Pertanyaan
Hj Bujang 019 8846595

PMT_Sarawak on TikTok 12/04/2026

Jom follow

PMT_Sarawak on TikTok 11 Followers, 1 Following, 16 Likes - Watch awesome short videos created by PMT_Sarawak

Photos from Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak's post 02/04/2026

SIARAN MEDIA

PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK

KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK SIRI-1

Belawai, Sarawak – Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kejohanan Memanah Tradisional Negeri Sarawak Siri-1 telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah di Belawai, Sarawak.

Kejohanan ini telah menarik penyertaan lebih daripada 150 orang peserta dari seluruh negeri Sarawak, melibatkan kategori remaja dan dewasa. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap sukan memanah tradisional dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan kemahiran, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi. Selain menjadi platform pertandingan, kejohanan ini juga berperanan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemanah dari pelbagai lokasi di Sarawak.

Penganjuran kejohanan ini selaras dengan usaha Persatuan untuk memartabatkan sukan memanah tradisional, di samping melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini termasuk penganjur bersama, sukarelawan, peserta serta penyokong yang hadir.

Diharapkan kejohanan seperti ini akan terus mendapat sambutan dan sokongan pada masa akan datang demi pembangunan berterusan sukan memanah tradisional di negeri Sarawak.

“Memanah Tradisional, Warisan Kita”

Sekian, terima kasih.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bintulu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bintulu
97000