Leetonia Jr.

Leetonia Jr. Leetonia Jr

Syabas kepada Gadafi atas kejayaan terpilih mewakili Sarawak dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026 (12 TKB) di Pulau Pina...
20/08/2026

Syabas kepada Gadafi atas kejayaan terpilih mewakili Sarawak dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026 (12 TKB) di Pulau Pinang.

Satu pencapaian yang amat membanggakan buat keluarga, pasukan dan seluruh warga LS Academy..

Teruskan berjuang dan harumkan nama Sarawak!

TAHNIAH!PEMAIN LEETONIA JR – PYFCT U16  2025Atas kejayaan terpilih menyertai skuad MUKAH FA bagi menghadapiKEJOHANAN LIG...
14/08/2026

TAHNIAH!
PEMAIN LEETONIA JR – PYFCT U16 2025

Atas kejayaan terpilih menyertai skuad MUKAH FA bagi menghadapi
KEJOHANAN LIGA PREMIER SARAWAK 2026.

Semoga terus berusaha, berdisiplin dan memberikan yang terbaik.
Bangga melihat perjalanan dari Leetonia Jr ke KV Miri Landas dan terus ke Mukah FA! ⚽💪

10/08/2026

🎥 VIDEO PILIHAN ADMIN

Di sebalik semangat anak-anak di atas padang, ada ibu bapa yang sentiasa hadir memberi sokongan.

Menang atau kalah bukan segalanya. Yang penting mereka berani mencuba, belajar dan menikmati permainan.

Terus sokong, terus beri semangat.

Kerana sokongan ibu bapa adalah kekuatan terbesar mereka.

PETRONAS YOUTH FOOTBALL CLOSED TOURNAMENT PSK10 BINTULU


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan anak-anak kita dalam kejohanan Petron...
09/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan anak-anak kita dalam kejohanan Petronas Youth Football Closed Tournament U10 2026.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, Manager, Head Coach, Assistant Coach dan Fisio atas segala kerjasama, pengorbanan, masa dan sokongan yang diberikan sepanjang latihan sehinggalah selesai kejohanan ini.

Kepada anak-anak Leetonia Soccer Academy, tahniah dan syabas! Kamu semua telah berusaha dan memberikan yang terbaik di atas padang. Mungkin keputusan kali ini belum seperti yang kita harapkan, tetapi setiap perlawanan memberikan pengalaman yang sangat berharga.
Menang kita syukuri, kalah kita pelajari.

Yang penting, jangan pernah takut untuk mencuba, jangan mudah berputus asa dan teruskan berlatih. Hari ini mereka belajar, esok mereka akan menjadi lebih baik.

Insya-Allah, sekiranya ada rezeki, peluang dan kemampuan dari segi bajet kelab, kita akan cuba membawa anak-anak ini menyertai lagi kejohanan-kejohanan lain pada masa akan datang. Kita mahu mereka terus mendapat pengalaman, membina keyakinan dan menikmati perjalanan mereka dalam dunia bola sepak.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa berada di belakang anak-anak, memberi semangat ketika menang dan terus menyokong ketika kalah. Sokongan kita semua amat bermakna buat mereka.

Kita datang bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi untuk membina pengalaman, persahabatan, disiplin dan masa depan anak-anak.
Teruskan berusaha anak-anak. Perjalanan masih panjang.
Menangis hari ini, siapa tau masa akan datang akan berubah menjadi senyuman

Pengurusan
LEETONIA JR & LEETONIA SOCCER ACADEMY


TAHNIAH AZZREIL! Syabas kepada Azzreil atas pencapaian sebagai Top Scorer dengan 6 gol !Prestasi yang sangat membanggaka...
09/08/2026

TAHNIAH AZZREIL!

Syabas kepada Azzreil atas pencapaian sebagai Top Scorer dengan 6 gol !

Prestasi yang sangat membanggakan.. Teruskan usaha dan semangat juang...

TAHNIAH LSA! Syabas kepada Leetonia Soccer Academy (LSA) atas pencapaian Tempat Ke-3 dalam kejohanan Petronas Youth Foot...
09/08/2026

TAHNIAH LSA!

Syabas kepada Leetonia Soccer Academy (LSA) atas pencapaian Tempat Ke-3 dalam kejohanan Petronas Youth Football Closed Tournament 2026...

Terima kasih kepada semua pemain atas usaha dan semangat juang yang tinggi, barisan jurulatih atas bimbingan, pasukan pengurusan atas komitmen, serta ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi...

Kejayaan ini milik kita bersama..

Sesi latihan hari ini sebagai persiapan terakhir sebelum menyertai PYFCT U10 di Bintulu..Semua pemain menunjukkan fokus,...
06/08/2026

Sesi latihan hari ini sebagai persiapan terakhir sebelum menyertai PYFCT U10 di Bintulu..

Semua pemain menunjukkan fokus, disiplin dan semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran akan datang...

Terima kasih kepada coach dan ibu bapa atas sokongan yang berterusan..

Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh kejayaan..

Alhamdulillah, sesi latihan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pemain atas komitmen yang ditunjukkan sert...
05/08/2026

Alhamdulillah, sesi latihan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pemain atas komitmen yang ditunjukkan serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu..

Pada masa yang sama, seluruh warga Leetonia Soccer Academy mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Coach Aubrey..

Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan terus diberi kekuatan untuk membimbing serta mencurahkan ilmu kepada anak-anak akademi. Terima kasih atas segala komitmen dan dedikasi yang diberikan..

Happy Birthday, Coach!

Latihan hari ini...Persiapan menuju perlawanan...Fokus! Disiplin! Konsisten!Terima kasih coach & ibu bapa..
03/08/2026

Latihan hari ini...
Persiapan menuju perlawanan...
Fokus! Disiplin! Konsisten!

Terima kasih coach & ibu bapa..

Petronas Youth Football Closed Tournament U10 2026 Bintulu
01/08/2026

Petronas Youth Football Closed Tournament U10 2026 Bintulu



Address

Bintulu
97000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Leetonia Jr. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category