11/05/2026
Kejohanan Memanah Tradisional Bintulu 2026 & Bintulu International Invitation Challenge (BIIC)
Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development Sarawak - MYSED
Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu adalah persatuan berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan Sarawak (B-SWK-13667)
11/05/2026
Kejohanan Memanah Tradisional Bintulu 2026 & Bintulu International Invitation Challenge (BIIC)
Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development Sarawak - MYSED
03/05/2026
Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Sarawak
Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development Sarawak - MYSED
SUNTIKAN DANA RM35,700, PERKASA KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL BINTULU
BINTULU, 3 Mei - Kejohanan Bintulu International Invitation Challenge 2026 menerima geran RM35,700 daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), bagi menyokong Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu.
Geran tersebut disampaikan oleh Penguasa MYSED Bahagian Bintulu, Barin Medan sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan sukan tradisional.
Menurut kenyataan MYSED, sumbangan berkenaan bertujuan melancarkan penganjuran kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mei hingga 3 Mei itu, yang menghimpunkan penyertaan pemanah dari seluruh Sarawak serta jemputan dari dalam dan luar negara.
Dana tersebut juga diyakini mampu menjadi pemangkin agar penganjuran kejohanan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, profesional dan berimpak tinggi.
Kejohanan itu menjadi platform mengetengahkan bakat dalam sukan memanah tradisional, memperkukuh jaringan persahabatan serantau serta mempromosikan Bintulu sebagai destinasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.
Wartawan dan Foto: ISKANDAR SHAH
30/04/2026
Bintulu International Invitation Challenge 2026
Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development Sarawak - MYSED
BINTULU INVITATION GRAND EVENT 2026
Terima kasih Dato' Seri Tiong King Sing
Dato' Seri Tiong King Sing (拿督斯里张庆信)
05/04/2026
Terima kasih Dato' Seri Tiong King Sing (拿督斯里张庆信)
05/04/2026
SIARAN MEDIA
PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL BAHAGIAN BINTULU
Sumbangan Geran RM20,000 Dana Pembangunan Lapang Sasar Memanah di Bintulu
Bintulu, Sarawak – Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu dengan penuh rasa syukur dan penghargaan menerima sumbangan geran berjumlah RM20,000.00 bagi tujuan pembangunan lapang sasar memanah di kawasan Parlimen P217 Bintulu.
Sumbangan ini telah disampaikan melalui inisiatif yang disokong oleh Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing (拿督斯里张庆信) , Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang diwakili oleh Encik Steaven, sebagai usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan memanah serta aktiviti komuniti di Parlimen Bintulu.
Geran ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menaik taraf kemudahan lapang sasar memanah, termasuk penyediaan infrastruktur asas, penambahbaikan kawasan latihan, serta meningkatkan keselesaan dan keselamatan para pemanah.
Majlis penyerahan ini turut berlangsung dengan penyertaan lebih 150 orang pemanah dari seluruh Bahagian Bintulu, melibatkan kategori remaja dan dewasa. Kehadiran komuniti yang begitu memberangsangkan ini mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap sukan memanah di Sarawak.
Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Diharapkan sumbangan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat baharu serta memperkukuhkan lagi kedudukan sukan memanah di Bintulu.
“Sokongan ini bukan sahaja membantu dari segi fasiliti, malah memberi semangat kepada komuniti pemanah untuk terus aktif dan berdaya saing,” kata Presiden Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu.
Persatuan komited untuk terus menganjurkan program, kejohanan, dan latihan bagi memastikan kesinambungan serta perkembangan sukan memanah tradisional di Bintulu.
Tamat
04/04/2026
Bintulu, 4 April - Terima Kasih YB Iskandar Turkee, ADUN N67 Jepak di atas sokongan dan bantuan dalam pembangunan Padang Memanah Komuniti Kampung Jepak. Semoga dengan adanya Padang Memanah Kg Jepak ini akan melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru dari Jepak.
Terima kasih YB Iskandar Turkee
04/04/2026
BINTULU, 3 April 2026 - YB DATUK MAJANG RENGGI, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, ADUN N70 Samalaju yang diwakili Puan Hajah Dora menyampaikan sumbangan bagi Pembangunan Padang Memanah Sementara Bintulu di Kg Jepak.
Terima Kasih YB
Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.70 Samalaju