20/05/2026
⚽ Kejohanan Bola Sepak MSSPP Kategori 12TKB Peringkat Zon Bukit Mertajam 2026
Semoga berjaya kepada semua pasukan bertanding.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bola Sepak Rendah Zon Bukit Mertajam, Sports League, CHEROK TO'KUN, JLN KULIM, Bukit Mertajam.
20/05/2026
⚽ Kejohanan Bola Sepak MSSPP Kategori 12TKB Peringkat Zon Bukit Mertajam 2026
Semoga berjaya kepada semua pasukan bertanding.
20/05/2026
06/12/2025
Terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan dalam pelbagai bentuk kepada Pasukan Bola Sepak Zon Bukit Mertajam sempena Kejohanan Pembangunan Bola Sepak MSSPP Kategori 11TKB Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 baru-baru ini.
26/11/2025
KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSSPP KATEGORI 11TKB PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2025
📆 Rabu | 26 November 2025
📍 Padang Impian Kembara & SK Juara
26/11/2025
🥈NAIB JOHAN
KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK PEMBANGUNAN 11TKB PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2025
Alhamdulillah. Dengan izin-Nya Pasukan Zon Bukit Mertajam berjaya meraih Naib Johan bagi edisi kali ini. Ucapan penghargaan kepada SK Juara yang menyediakan padang latihan terutamanya Tuan Guru Besar En. Roslan bin Abu Hasan yang sentiasa memberi ruang dan menyokong pasukan. Terima kasih kepada Kelab Impian Kembara khasnya Encik Rostam (Studio Abah) yang menjadi penyambung jalinan antara sekolah dan komuniti.
Ribuan terima kasih kepada ibubapa yang tak jemu-jemu memberikan sokongan kepada pasukan zon dari kejohanan peringkat zon, sesi pemilihan, sesi latihan dan hinggalah ke hari kejohanan. Terima kasih juga atas sumbangan wang ringgit, makanan, minuman, masa, tenaga dan keprihatinan yang tinggi dalam pasukan.
Jutaan tahniah kepada semua pemain dari pelbagai sekolah yang membentuk satu pasukan yang mantap dan berdaya saing. Tahniah juga kepada barisan guru yang membimbing pasukan.
👩🏫Cikgu Mohd Helmi (SK Permai Indah) selaku Pengurus Teknik,
👩🏫Cikgu Hafizuddin (SK Juru) selaku Jurulatih,
👩🏫Cikgu Yusnizan (SKMB2) selaku penolong jurulatih,
👩🏫Cikgu Amirul Rahimi (SK Alma) selaku pengurus pasukan,
guru-guru lain yang turut membantu melatih dan membimbing pemain,
🧑🏫Cikgu Mohd Rizal (SK Kebun Sireh),
🧑🏫pengadil Cikgu Ismi (SKMB),
🧑🏫Cikgu Norshamfaizie (SK Juara),
🧑🏫 Cikgu Vijay (SK Alma Jaya)
dan ramai lagi.
25/11/2025
👕 Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Bola Sepak 11TKB Zon Bukit Mertajam 2025
📆 Selasa | 25 November 2025
📍 Padang Awam Cherok To'kun
Alhamdulillah. Ribuan terima kasih kepada Puan Amilah (Amy) atas sumbangan set jersi kepada semua pemain pasukan zon. Sesi penyerahan dijalankan bersama guru-guru barisan kejurulatihan pasukan zon. Pihak pengurusan pasukan amat menghargai jasa, sumbangan dan sokongan yang terus diberikan oleh Puan Amy.
Semoga dipermudah urusan dan murah rezeki selalu. Aminn InsyaAllah.. Doakan kejayaan pasukan Zon Bukit Mertajam dalam Kejohanan Bola Sepak Pembangunan 11TKB Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 yang akan berlangsung pada Rabu, 26 November 2025.
15/11/2025
Undian Kumpulan
Kejohanan Bola Sepak Pembangunan MSSPP Kategori 11TKB Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025
15/11/2025
Perlawanan Persahabatan Pasukan Zon Bukit Mertajam 11TKB mlwn Zon Permatang Pauh 11TKB & Impian Kembara 12TKB. Penyerahan kit latihan sumbangan waris En. Khairi (Lebai) & Studio Abah (Abah Tam).
Terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan.